Wednesday, November 7, 2012

SAH!!! HAJI HADI KATA ISU MURTAD TAK PENTING UNTUK PAS


Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi?

Sebelum ni aku pernah cabar PAS untuk menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Nurul Izzah yang mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad.

Tokoh PAS pertama yang bersuara ialah Khalid Samad yang menyokong Nurul Izzah. Khalid Samad sokong Nurul aku tak hairan, sebab bila JAIS di bawah Dr Hassan Ali buat serbuan di gereja untuk mencegah penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam, Khalid Samad lah orang pertama mengutuk tindakan JAIS. Punyalah hebat Khalid Samad bela mubaligh Kristian sampai dapat gelaran "Khalid Gereja"

Tapi bila Tok Guru besar dalam PAS, Haji Hadi Awang yang juga Presiden PAS turut mengulas bahawa tuntutan Nurul Izzah agar Melayu diberi hak untuk murtad bukan isu penting, maka jelaslah PAS sudah jauh terpesong dari pegangan asal mereka untuk menegakkan Islam.

Apa kata Haji Hadi?

Kenyataan Nurul Izzah Bukan Satu Keutamaan Sekarang - Hadi Awang


PAS tidak bercadang untuk membuat pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyatakan kebebasan beragama di negara ini sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk ke atas orang Melayu.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu tersebut bukan menjadi perkara utama memandangkan tumpuan parti ketika ini ialah menghadapi pilihan raya umum.



"Kita banyak lagi hal lain nak selesaikan dalam suasana menghadapi pilihan raya umum, jadi kita tidak tumpu isu itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, di sini, Selasa.


ASTAGHFIRULLAH HAL AZIM!!!

ISU MELAYU MURTAD BUKAN KEUTAMAAN BAGI PAS?

PILIHANRAYA LEBIH PENTING DARI MASALAH AKIDAH UMAT ISLAM?

Tengoklah kawan-kawan, inilah bukti paling jelas bahawa perjuangan PAS sekarang semata-mata mahu mengejar kuasa. Mereka mendabik dada kononnya mereka pejuang Islam tapi bila timbul isu besar tentang murtad, PAS kata isu akidah umat Islam tak penting, pilihanraya lebih penting.

Dan ini kata-kata dari Presiden PAS sendiri, bukannya tokoh cikai macam Khalid Gereja!

2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!
Dah terang lagi bersuluh, menegakkan syiar Islam bukan matlamat perjuangan PAS. Islam cuma dijadikan alat untuk memancing undi orang Islam.

Sampai bila orang Islam nak terpedaya dengan sandiwara PAS?

Apa kecoh-kecoh ni Haji Hadi?

No comments:

Post a Comment