Wednesday, March 13, 2013

ZAMAN KHAN BANTAI NURUL IZZAH “BUTA SEJARAH” KERANA MAHU MANSUHKAN PASUKAN GERAKAN AM & CAWANGAN KHAS



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Makin ramai nampaknya yang marah pada Nurul Izzah kerana mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Cawangan Khas sedangkan mereka telahpun mengorbankan nyawa menentang pengganas Sulu di Sabah.

Dan terkini, Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah turut menghentam politik sempit Nurul di kala wira-wira kita sedang menggadaikan nyawa Sabah.

Ni laporan yang aku petik dari portal the Mole.

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan memberitahu The Mole bahawa Pasukan Gerakan Am merupakan barisan pertama pertahanan yang melindungi negara daripada ancaman bahaya luar. Fungsi pasukan bukanlah semata-mata sebagai ‘polis hutan’ seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Pasukan Gerakan Am kita diperlukan dalam pelbagai aspek keselamatan negara. Khidmat mereka diperlukan untuk mengawal sempadan negara, kawasan-kawasan di mana rakyat tempatan sendiri tidak berani jejakkan kaki,” kata bekas Pesuruhjaya Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam itu lagi.

Menurut beliau, Pasukan Gerakan Am memainkan peranan dalam hal-hal seperti pencerobohan warga asing dan kawalan awam.

“Mereka telah memainkan peranan yang besar sewaktu Konfrontasi (antara Malaysia dan Indonesia pada era 1960-an).

“Kita tidak boleh menyangkal sumbangan mereka semata-mata kerana kita tidak faham sejarah,” tambah beliau lagi.

Zaman Khan menganggap cadangan untuk memansuhkan bahagian Cawangan Khas sebagai satu pendekatan yang dangkal.

“Jelas sekali cadangan tersebut datang daripada seorang individu yang tidak mengetahui fungsi setiap jabatan dalam angkatan polis.”

“Pegawai-pegawai Cawangan Khas adalah unit perisikan yang bertanggungjawab bagi mengumpul maklumat. Amerika Syarikat mempunyai badan perisikan mereka seperti FBI dan CIA. Malah hampir semua negara di dunia memiliki unit seumpamanya. Saya tidak faham bagaimana seseorang boleh mengeluarkan cadangan seperti ini.”

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Isnin lalu, dilaporkan terdapat sebuah video dengan durasi tiga minit memaparkan Nurul Izzah mempersoalkan keperluan wujudnya Pasukan Gerakan Am polis. Video tersebut telah dihujani kritikan di internet.

The Mole turut menyiarkan surat daripada pembaca yang dikenali sebagai Harry Kwok. Beliau mengaku telah menghadiri majlis tersebut di mana Nurul Izzah telah berucap dan melahirkan rasa terkejut apabila Nurul Izzah membuat kenyataan yang beliau rasakan tidak wajar.

Antara lain, Kwok menyebut: “Ketika Nurul Izzah menyampaikan ucapan, saya amat terkejut dan kecewa apabila beliau mengkritik pasukan polis kita dan berkempen untuk penstrukturan semula angkatan (PDRM).

“Saya terkejut kerana beliau tidak wajar sama sekali berucap demikian memandangkan pasukan polis kita sedang menghadapi situasi berbahaya di Lahad Datu pada ketika itu. Tiada kata-kata berunsur sokongan mahupun doa, hanya sindiran dan kritikan.

“Nurul Izzah berkata, ‘KITA TIDAK PERLUKAN PASUKAN GERAKAN AM’ (petikan sebenar ungkapan yang diulangi oleh Nurul Izzah beberapa kali). Hujah utama beliau adalah kerana ‘tiada lagi ancaman komunis di negara ini’, dan kemudiannya beliau terus membuat kenyataan bernada sinis tentang pihak kerajaan yang telah mengharamkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

4 comments:

  1. Camni ke anak puaka Al-Juburi nak berdebat dengan Raja Nong Chik?? Kirim salam je la... fakta pun tak tepat langsung...

    ReplyDelete
  2. Kencingpun belum lurus, baru terlepas dari pakai pampas dah nak mengajar orang tua-tua. Pengganas komunis dah lama hapus, tapi cik kak oooi, ancaman komunis sepanjang zaman. tak kan tak faham. Fahaman sosialis yang didukung oleh Parti Sosialis Rakyat yg telah bergabung denga Parti Keadilan yang kini disebut sebagai Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan sayap kanan fahaman kominis. Kalau tidak masakan Nik Aziz pada satu ketika dahulu perbah keluarkan "Fatwa" sendiri bahawa puak sosialis tak percaya tuhan (macam kominis). Sekarang Nik Aziz dah ubah fatwa. Cuba tanya dia sekarang grati dia ubah cakap (bukan kerana nyanyok tapi kerana politik)

    ReplyDelete
  3. Dia ingat, dia MP dia sdh pndai!..Serupa la mcm nenek aku kata.."CERDIK TAK BOLEH DIIKUT, BODOH MELAMPAU2NYA TAK BOLEH DIAJAR"..itu pun ada gak yg menyokong lg tu...2 x 5, 5 x 2???...memalukan org Melayu aje!

    ReplyDelete
  4. bro, link blog gua...TQ :)

    http://warisantamar.blogspot.com/

    ReplyDelete