Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
Sekarang ni Nurul sedang hebat diasak ekoran kenyataannya
menghina polis yang terkorban di Lahad Datu & Semporna menentang pengganas
Sulu.
Bagi mempertahankan dirinya, dia mendakwa kononnya
kenyataan beliau adalah merujuk kepada cadangan reformasi polis Pakatan untuk
menghapuskan jenayah di Malaysia.
Ini bermakna, Nurul Izzah mengaku memang Pakatan
bercadang untuk
MEMANSUHKAN PASUKAN GERAKAN AM
&
MEMANSUHKAN CAWANGAN KHAS.
Kononnya bila dimansuhkan Pasukan Gerakan Am &
Cawangan Khas, anggota polis ni ini akan ditugaskan semula sebagai pegawai
penyiasat jenayah jalanan. Maka akan selesailah masalah jenayah di Malaysia.
Begitulah formula mudah Pakatan.
Persoalannya sekarang, cukup ke jumlah anggota PGA untuk
selesaikan masalah jenayah di Malaysia?
Cadangan bodoh Pakatan untuk mansuhkan PGA sebenarnya dah
pernah dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri di Parlimen. Kalau Nurul rajin
turun Parlimen, mungkin dia dah tahu dari awal mengapa cadangan bodohnya itu
tak sesuai untuk dilaksanakan. Tapi Nurul lebih suka ponteng pergi parlimen dan
pergi makan angin memburukkan nama Malaysia di luar negara, jadi tu sebab dia tak tahu isu ni dah pernah
dijawab.
Berikut jawapan
Timbalan Menteri Dalam Negeri mengenai isu ini.
Tiada Cadangan Mansuhkan PGA: Abu Seman
KUALA LUMPUR: Kerajaan
tiada cadangan untuk memansuhkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Dewan Rakyat
diberitahu hari ini.
"Sebagai salah satu komponen dalam PDRM, PGA masih relevan dalam menjaga
keselamatan awam," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat
di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu
jumlah tenaga PGA serta adakah kerajaan bersedia menamatkan pasukan itu dan
menyerapkannya dalam pasukan lain untuk membanteras jenayah.
Abu Seman berkata, PGA yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH)
kini mempunyai kekuatan seramai 12,746 pegawai dan anggota.
Beliau berkata, pada masa ini pasukan itu ditugaskan untuk mencegah
penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin terutama di sempadan negara,
membanteras rompakan di laut dan mengawal keselamatan di Kompleks Kastam,
Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan Malaysia-Thailand serta Sarawak, dan
Malaysia-Kalimantan, Indonesia.
"Mereka juga terbabit membuat kawalan keselamatan Lapangan Terbang
Antarabangsa dan kawasan strategik lain, serta terbabit dalam operasi semasa
krisis atau bencana.”
Tu diaaaa Nuruuuul.
Mari kita dengar semula tuduhan Nurul mengenai PGA.
"Saya kata, you tak payah tambah polis. Polis dah cukup. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces."
"Saya kata, you tak payah tambah polis. Polis dah cukup. Semua polis itu ramai, kebanyakan besar dihantar jadi polis hutan, General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces."
Tuduhan 1
Kebanyakan besar polis
adalah dalam polis hutan (sekarang dikenali sebagai PGA).
Jawapan:
Bila Nurul kata kebanyakan polis adalah dalam PGA, nampak
sangat Nurul langsung tak tahu fakta. Jumlah polis sekarang dalam 130,000 ribu
orang, kebanyakannya memang bertugas untuk menyiasat jenayah. PGA cuma ada 12,
746 anggota sahaja! Lebih kurang 10% dari keseluruhan polis.
10% tu kau kata kebanyakan besar? 10% tu kau kata majoriti?
Gila fail Matematik Nurul Izzah ni.. Mengaku cerdik, ijazah
sarjana muda pun ada, tapi kira peratus pun tak tahu? Dulu ijazah kau beli
online ke?
Tu lah Nurul, orang suruh belajar Ilmu Hisab, tapi kau
belajar Ilmu Hisap. Kan dah jadi buta Matematik sekarang!
Tuduhan 2
PGA hanya untuk lawan komunis. Sekarang ancaman komunis
dah takda, maka PGA MESTI DIMANSUHKAN!
Jawapan:
Bodoh piang betul kau ni Nurul. Kau tu wakil rakyat, kalau nak cakap kenalah berlandaskan
fakta. Ni tak, semua benda kau nak fitnah.
Sejak dari dulu hingga sekarang, tugas PGA ialah menjaga keselamatan di sempadan &
perairan negara, mengawasi ancaman pencerobohan pendatang asing, anti pengganas
dan menjaga ketenteraman awam. Semua ini adalah tugas yang mereka jalankan dari
dulu sehingga sekarang termasuklah di Lahad Datu dan Semporna.
Bila kau cakap PGA dah
takda fungsi sejak ancaman komunis dihapuskan pada tahun 1989, maknanya kau
tuduh PGA goyang kaki selama ni, padahal mereka bertungkus-lumus mempertahankan
keselamatan negara! Dan demi menjalankan tugas, nyawa digadaikan.
Kalau PGA dimansuhkan, maknanya tiadalah lagi rondaan
keselamatan di sempadan. Maka pendatang haram pun akan berbondong-bondong
melintasi sempadan tanpa rasa takut dan gentar.
Bayangkanlah, Nurul nak mansuhkan PGA untuk jadikan mereka pegawai penyiasat. Berapa pegawai penyiasat dapat ditambah? Dalam 12 ribu je.
Tapi bila PGA dah mansuh & tiada lagi rondaan keselamatan di sempadan, berapa banyak pendatang haram akan masuk? Confirm juta-juta yang masuk!
Bila pendatang haram dah bertambah sampai berjuta-juta, agak-agaknya kadar jenayah makin naik ke makin turun?
Tapi bila PGA dah mansuh & tiada lagi rondaan keselamatan di sempadan, berapa banyak pendatang haram akan masuk? Confirm juta-juta yang masuk!
Bila pendatang haram dah bertambah sampai berjuta-juta, agak-agaknya kadar jenayah makin naik ke makin turun?
Confirm makin naik kadar jenayah!
Jenayah sedia ada pun tak dapat nak diselesaikan, tambah pula beratus ribu kes baru yang berpunca dari kebanjiran pendatang haram!
Jenayah sedia ada pun tak dapat nak diselesaikan, tambah pula beratus ribu kes baru yang berpunca dari kebanjiran pendatang haram!
Maka secara automatik formula mudah Pakatan untuk
menghapuskan jenayah akan GAGAL!
Hmmm, tambah pegawai penyiasat 12 ribu tapi pendatang asing tambah juta-juta. Macam ni je polisi hebat Pakatan untuk menangani masalah
jenayah? Tak yah fikir panjang pun dah tahu, polisi ni memang TAK LOGIK!
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
No comments:
Post a Comment