Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
Sejak keluar video Nurul Izzah buat kenyataan memperlekeh
polis dan mahu mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas, pencacai
Pakatan cuba mempertahankan Nurul Izzah kononnya video tersebut telah diedit
& mendesak mahu melihat video penuh ceramah tersebut.
Bagi memenuhi permintaan istimewa para pencacai Pakatan,
di sini aku siarkan episod pertama full video Nurul Izzah perlekeh polis
beserta ulasan fitnah-fitnah & janji-janji palsu yang dihamburkan oleh
Nurul Izzah.
- Jaminan Pakatan akan tunaikan janji sepertimana di Selangor kalau menang PRU:
Khalid Ibrahim, MB
Selangor, dah cakap, “MANIFESTO BUKAN JANJI!!” Maknanya Nurul awal-awal dah
mengaku, Pakatan tak akan tunaikan manifesto mereka kalau menang pilihanraya.
Antara Manifesto Pakatan yang masih BELUM tertunai di
Selangor:
- Perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
- Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan premis komersial sebanyak 10%.
- RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor.
- RM75 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke nurseri.
- RM1,000 untuk setiap anak Selangor yang ke universiti.
- Takaful RM2,500 untuk warga emas, OKU & anak yatim.
- Elaun untuk ibu tunggal.
- Elaun untuk surirumah.
- Memastikan SETIAP rakyat Selangor mendapat kediaman sendiri.
Ini baru sikit aku senaraikan. Kalau nak senaraikan
semua, panjang sangat pulak nak baca. Kat Selangor pun tak mampu tunai janji,
boleh percaya ke Pakatan mampu tunaikan janji-janji baru?
- Pembangkang kononnya tak ada hak bersuara.
Media pro-pembangkang kan banyak? Malaysiakini, Malaysian
Insider, Malaysian Chronicle, Malaysia Today, Free Malaysia Today, Harakah,
Suara Keadilan, SelangorKini, The Rocket, Aliran dan banyak lagi. Kat media
mainstream pun Nurul Izzah ada ruangan tetap di Sinar Harian.
Macam tu kau kata takda hak nak bersuara,
Nurul?
- Pembangkang kononnya tak dibenarkan guna prasarana awam.
Bersih 2.0 DBKL benarkan guna Stadium Merdeka, tapi
mereka tolak sebab nak merusuh di Dataran Merdeka. Terkini Bersih 3.0
menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan. Stadium Merdeka tu
bukan prasarana awam ke?
- Media mainstream kononnya berat sebelah.
Habis tu, media pro-pembangkang tu tak berat sebelah? Ada
pernah media pro-pembangkang macam MalaysiaKini dan Malaysian Insider buat cerita puji Kerajaan BN? TAKDA!!
Semuanya mengutuk Kerajaan BN.
Di mainstream media, Sinar Harian ada ruangan
tetap untuk Nurul Izzah. Kat akhbar Sun, Malay Mail, The Edge pun ada siarkan artikel
Nurul Izzah malah artikel Lim Kit Siang, Lim Guan Eng & Karpal Singh pun pernah keluar. BFM Radio pula pernah
interview Anwar Ibrahim.
Nurul, media mainstream lebih adil dari media
pro-pembangkang!
- Kerajaan tak bagi pembangkang mendekati pengundi.
Takda masalah pun Nurul nak buat ceramah merata-rata
mendekati pengundi sambil mengutuk kerajaan?
- Nurul buat fitnah kononnya Dato’ Raja Nong Chik salahguna kuasa untuk pastikan penerima BR1M di Lembah Pantai lebih tinggi dari kawasan-kawasan Parlimen lain di Wilayah Persekutuan.
Fitnah! Lembah Pantai cuma berada dalam kedudukan no 5
dari 10 kawasan Parlimen dari segi jumlah penerima. lembah Pantai dok tengah-tengah je. Kalau Dato’
Raja Nong Chik salahguna kuasa, mestilah Lembah Pantai no 1. Nampak sangat Nurul
Izzah suka buat fitnah.
- Anwar Ibrahim & Pakatan kononnya bersih, tiada kroni
Betul ke Anwar Ibrahim tu bersih sangat? Masa Anwar
Ibrahim jadi Menteri, macam mana datuk Nurul, bapa Anwar, Ibrahim Abd Rahman
jadi Pengerusi syarikat gergasi IOI Berhad? Macam mana pakcik Nurul, Rani Ibrahim, jadi
Pengerusi Olympia Industries yang memiliki lesen judi di Sabah?
Jawab Nurul, jawab!
Sebenarnya banyak lagi fitnah Nurul yang aku tak
senaraikan. Kalau nak tahu semuanya, tengok je video tu.
Tak sabar nak tonton Episod 2? Tungguuuuu…..
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
PR pun banyak sandiwara dan perancangan keji juga..
ReplyDelete......................
Wanita Melayu elok baca blog di bawah ini:
Dosa memakai seluar Leggings:
http://leggingseksi.blogspot.com/