Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar
Ibrahim?
KANTOI!!!
Itulah luahan paling sesuai untuk dihamburkan kepada
Nurul Izzah selepas kantoi kerana memfitnah Dato’ Raja Nong Chik. Eh, apa
ceritanya ya?
Begini, Dato’ Raja Nong Chik telah memperkenalkan Tabung
Penyelenggaraan 1Malaysia di mana persatuan penduduk perumahan kos rendah dan
sederhana rendah swasta dibantu untuk menyelenggara kawasan perumahan mereka.
Tabung ini yang pada asalnya cuma untuk Wilayah Persekutuan mendapat sambutan
hangat dan berjaya memulihkan banyak kawasan perumahan yang usang sehingga
akhirnya diperluaskan ke seluruh Malaysia.
Nurul Izzah seperti biasa, bila melihat kejayaan Tabung
ini terus membuak-buak perasaan hasad dengkinya. Maka dia pun mencanangkan di
sana sini kononnya pemberian kontrak bagi kerja penyelenggaraan dibuat secara
tidak telus. Nurul tabur fitnah kononnya kos penyelenggaraan di bawah Tabung ni
terlalu mahal dan kononnya Selangor dapat melaksanakan kerja penyelenggaraan
dengan harga yang lebih murah.
Bila ada penduduk dengar fitnah Nurul ni, mereka terus
mengadu kepada Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Kementerian terus keluarkan surat kepada Nurul Izzah minta dia beri penjelasan.
Aku petik perenggan 2 – 6 surat berkenaan:
2. Adalah dimaklumkan Kementerian ini telah menerima
aduan dari penduduk berkenaan yang menyatakan YB telah mengeluarkan kenyataan
bahawa kos projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengecat
semula bangunan kediaman adalah terlalu tinggi yang mana YB juga mendakwa
bahawa Kerajaan Negeri Selangor hanya memerlukan RM1 juta sahaja untuk mengecat
banyak blok bangunan sedangkan di bawah program TP1M untuk mengecat satu blok
sahaja sudah mencecah RM733,000.
3. Kementerian ini merasa dukacita dengan dakwaan yang
sedemikian kerana program-program murni yang dicetuskan oleh Kementerian ini
adalah untuk kesejahteraan rakyat dan dilaksanakan dengan mengambilkira 'value for
money'. YB telah menjadikan ia isu tanpa bukti atau fakta yang jelas dan
sememangnya untuk mengelirukan pemikiran rakyat.
4. Justeru, Kementerian ini memohon kerjasama YB supaya
tampil mengemukakan bukti dakwaan berkenaan dengan mengemukakan kepada Kementerian
ini butiran terperinci projek berkenaan yang dilaksanakan di Negeri Selangor
yang meliputi senarai kuantiti, spesifikasi kerja, skop kerja, kadar harga dan
juga kos sebenar yang terlibat sebagaimana dakwaan YB. Butiran ini adalah perlu
bagi Kementerian menyemak, menilai dan membuat perbandingan secara
komprehensif.
5. Untuk makluman YB juga, sebagaimana surat Kementerian
ini kepada YB bertarikh 23 Mac 2012, pihak kami telah menjelaskan bahawa
prosedur perolehan kepada setiap kerja yang dilaksanakan di bawah Program
Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia diproses secara sebut harga atau tender
terbuka dan mematuhi pekeliling/peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan
Malaysia.
6. Akhir sekali, Kementerian ini sekali lagi memohon
kerjasama YB mengemukakan dokumen sebagaimana di para 4 di atas untuk tindakan.
TUUUU DIAAA!!
Prinsip Dato Raja Nong Chik ialah kita mesti berusaha
sehabis baik untuk rakyat. Kalau pembangkang ada idea atau cara yang baik, tak
salah kita nak belajar dari mereka demi kesejahteraan rakyat. Dalam kes ni, bila
Nurul Izzah kata Selangor boleh buat kerja dengan lebih murah, maka Kementerian
ingin tahu bagaimana caranya supaya boleh dipraktikkan dalam semua projek berkenaan.
Jadi patutnya Nurul Izzah tak segan untuk berkongsi
maklumat ni demi rakyat. Tapi malangnya sampai sekarang Nurul Izzah tak berani
balas surat tersebut. Surat tu dihantar pada 11 Oktober 2012. Sekarang dah 27
Mac 2013, dah ENAM BULAN beb! Susah sangat ke nak karang surat, sampai 6 bulan
tak berjawab?
Ini menimbulkan tanda tanya, betul ke Selangor ada buat
projek untuk rakyat seperti yang didakwa oleh Nurul Izzah? Kalau ada, mengapa
tak berani nak kongsi pengalaman demi rakyat?
Aku rasa, Nurul Izzah sebenarnya cuma reka-reka cerita,
tu sebab dia tak berani nak bagi butiran projek yang dimaksudkan. Sebab projek
tu memang TAK WUJUD!!
Lepas tu Nurul Izzah canang fitnah kononnya pemberian
kontrak TP1M tak telus. Cuba korang baca balik surat dari Kementerian:
Untuk makluman YB juga, sebagaimana surat Kementerian ini
kepada YB bertarikh 23 Mac 2012, pihak kami telah menjelaskan bahawa prosedur perolehan
kepada setiap kerja yang dilaksanakan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia
diproses secara sebut harga atau tender terbuka dan mematuhi
pekeliling/peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia.
Tengok tu perangai buruk Nurul Izzah! Selama ni memang
dia tabur fitnah kononnya pemberian kontrak TP1M tak telus tapi Kementerian dah
hantar surat kepada Nurul Izzah pada 23 Mac 2012 memaklumkan bahawa semua
perolehan dibuat melalui TENDER TERBUKA! Siapa yang layak boleh masuk tender,
tak kisahlah dia penyokong PAS ke, penyokong PKR ke, penyokong DAP ke. Janji
layak cukup.
Nurul dah tahu sejak 23 Mac 2013 semua perolehan memang
telus tetapi mengapa pada bulan Oktober 2012, LAPAN BULAN selepas menerima
surat Kementerian mengenai tender terbuka, dia masih lagi menabur fitnah yang
sama?
Adakah Nurul Izzah buta huruf sehingga tak dapat baca
surat berkenaan?
Jawapannya tak lain tak bukan, Nurul Izzah memang tahu apa
yang dia ucapkan adalah FITNAH, tapi demi kepentingan politik sempitnya dia tak
kisah terus menabur FITNAH. Dia sanggup membelakangkan kepentingan rakyat demi
kepentingan peribadi.
Pemimpin macam ni ke orang Lembah Pantai nak?
Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?
Nurul Izzah bukannya bijak, setakat cakap dekat gereja boleh lah....
ReplyDeleteANAK BAPAK..KELUARGA 69.. KEMANA TUMPAHNYA NYA AIR BANGNON KLU BUKAN DI JUBOR..ANAK BERANAK SAMA JE..SPIN SPIN SPIN LASTLY U-TURN..SEBOK KERJA ORG.. MANIFESTO DORANG PUN X SETEL LAGI..BODOH PUNYA BETINA NI.. AKU NAK TAW JUGA SI NURUL IZAH KANTOI NI PAKAR EKONOMI KE???
ReplyDeletesalam perjuangan..minta pautkan link blog saya di sini terima kasih
http://pena-berdarah.blogspot.com