Friday, March 15, 2013

FUZIAH SEKEH KEPALA ANWAR KERANA ISU LYNAS



Apa kecoh-kecoh ni Anwar Ibrahim & Fuziah Salleh?

Baru-baru ni Anwar kata takda masalah kalau Lynas beroperasi di Kuantan, sekaligus menyanggah manifesto Pakatan yang mahu kilang Lynas ditutup.

Sekarang ni Fuziah sudah berani sekeh kepala Anwar, dengan menegaskan Lynas tetap akan ditutup jika Pakatan menang dalam PRU 2013.

Laaaa, macam mana boleh jadi serabut macam ni Anwar, Fuziah?

Boleh baca sendiri laporan portal pro-pembangkang, Malaysian Insider.

Fuziah: Jika menang, Pakatan akan tetap tutup Lynas

KUANTAN, 15 Mac — Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya berkompromi dan akan menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang jika menang pilihan raya umum (PRU) ke 13, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk meredakan kebimbangan mereka akan melakukan sebaliknya.
Ini berikutan laporan media memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) boleh diteruskan jika terbukti selamat.
“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata Fuziah dalam satu kenyataan di sini.
Sebagai salah seorang yang awal menentang loji tersebut, Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia.
“Malah jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng,” kata naib presiden PKR itu.
Pemerhati melihat Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas di mana beliau berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru.
Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu.
“Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age.
Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu.
Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin PR akan menutup loji tersebut.

Hairan betul aku tengok telatah pemimpin-pemimpin Pakatan ni.

Bos cakap lain, anak buah cakap lain.

Depan orang Malaysia cakap lain, depan orang Australia cakap lain.

Dalam manifesto cakap lain, dalam temuramah cakap lain.

Pemimpin lidah bercabang macam ni ke kita nak percaya?

Apa kecoh-kecoh ni Anwar & Fuziah?

1 comment:

  1. selepas pru13 ni, loji lynas tidak akan ditutup. loji fuziah yg akan ditutup. berani sungguh sanggah pak nuar, nak mampos!!!!

    ReplyDelete