Wednesday, March 20, 2013

NURUL IZZAH MASIH TAK SERIK HINA POLIS


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Isy.. Isy.. Isyy… Hari tu Nurul dah dikecam pelbagai pihak kerana menganggap Pasukan Gerakan Am tiada fungsi sejak pengunduran komunis dan mahu PGA dimansuhkan sedangkan DUA anggota PGA telahpun menggadaikan nyawa mereka di Lahad Datu menentang pencerobohan pengganas Sulu. Kemudian Nurul tuduh Special Branch pun takda kerja dan patut dimansuhkan sedangkan EMPAT anggota Special Branch telah syahid di Sabah.

Kini, Nurul Izzah terus mengutuk pihak polis tanpa mengambilkira pengorbanan mereka.
Nurul Izzah hits out at police

POINTING FINGERS: Lembah Pantai MP claims all the force does is spy on everybody

KUALA PILAH: PARTI Keadilan Rakyat vice-president Nurul Izzah Anwar has claimed that the main duty of the police is solely to spy on all Malaysians.

In her ceramah at Kampung Jemapoh here on Tuesday night, Nurul Izzah said this was why armed intruders had managed to infiltrate Kampung Tanduo, Lahad Datu, on Feb 12.

"What is the job of the security forces? Their job is to spy on the rakyat. Their job is to spy on the PKR leaders. Their job, on the whole, is to ensure BN (Barisan Nasional) stays successful... until our borders in Lahad Datu, Sabah, were inflitrated.”

Mudahnya Nurul Izzah memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh pihak polis! Kononnya kerja polis cuma untuk mengintip rakyat dan mengintip pemimpin PKR.

Ye ke kerja polis cuma untuk mengintip pemimpin PKR?

Nurul, boleh baca sikit tak berita pada 9 Februari lepas ni?

3 disyaki rekrut pengganas

Kuala Lumpur: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi individu ditahan Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Pengganas Bukit Aman dipercayai terbabit merekrut ahli baru selain mempromosikan aktiviti keganasan sejak lebih empat bulan lalu.
Suspek dibebaskan daripada tahanan ISA pada 4 Disember 2008 ditahan semula kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bersama seorang pekerjanya berusia dalam lingkungan 30-an.
Susulan penahanan suspek dan pekerjanya, PDRM menyerbu sebuah rumah di Kajang, di sini, dipercayai disewa suspek bersama seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang dipercayai digunakan sebagai markas menyebarkan fahamannya itu.

Wanita terbabit turut ditahan di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang oleh sekumpulan anggota dan pegawai polis.

Aku nak tanya sikit Nurul, yang kena tahan ni, si Yazid Sufaat ni, pemimpin PKR ke?

Apa kau kata Nurul? Dia ni bukan pemimpin PKR?

Eh, mana boleh!!! Kerja polis kan untuk intip pemimpin PKR je! Kalau dia ni bukan pemimpin PKR, buat apa polis nak intip dia! Buat apa polis nak tahan dia kerana cuba rekrut pengganas!

Nampak tak kawan-kawan, polis bertungkus-lumus buat kerja menjaga keselamatan kita tapi Nurul Izzah cuma tahu hina mereka sahaja kononnya tak tahu buat kerja.

Pesanan terakhir untuk Nurul aku serahkan kepada Tan Sri Zaman Khan, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan juga mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad.

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan berkata, Nurul Izzah patut mengkaji isu sejarah keselamatan negara bagi memahami skop tugas Polis Diraja Malaysia serta jabatan-jabatannya.

“Saya agak kecewa apabila sesetengah pihak yang tidak memahami skop tugas (PDRM) dan memperalatkannya demi kepentingan politik. Ketika keselamatan negara terancam, kita seharusnya mengenepikan perbezaan pendapat dan berikrar untuk menyokong perjuangan pasukan keselamatan negara.”

“Apa juga bentuk kritikan sentiasa dialu-alukan, namun tidak pada waktu krisis,” kata Zaman Khan.

Zaman Khan menegaskan, pasukan keselamatan ditubuhkan bukan untuk berkhidmat kepada mana-mana parti politik tetapi kepada rakyat Malaysia.

“Jangan memperkecilkan pengorbanan mereka demi memastikan kehidupan kita selamat,” kata beliau.

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Shamsuri Arshad membidas Nurul Izzah, "Polis menjalankan tugas mereka selaras dengan undang-undang semasa.

"Ya, kita lakukan risikan dan intipan, seperti yang dilakukan oleh agensi-agensi keselamatan lain di dunia, seperti FBI dan pasukan polis lain di dunia.

"Tetapi perisikan yang kita lakukan adalah untuk melindungi negara. Rekod menunjukkan kejayaan kami dalam menjaga keselamatan negara semasa pemberontakan komunis dan banyak masa yang lain.

"Oleh itu, risikan kami dilakukan selaras dengan undang-undang, bukan untuk keuntungan politik. Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam tindakan terhadap penjenayah dan pengganas."

 Shamsuri berkata adalah mudah untuk menjadi seorang pengkritik tetapi apabila seseorang itu merasai sendiri pengalaman sebagai polis, barulah mereka sedar ia bukannya suatu tugas yang mudah.

Shamsuri memetik bekas Presiden Amerika, Abraham Lincoln apabila beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah.

"Anda boleh menipu sesetengah orang pada setiap masa  tetapi anda tidak boleh menipu semua orang pada setiap masa."

Penganalisis politik, Profesor Datin Paduka Ramlah Adam berkata Nurul Izzah telah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan melemparkan tuduhan terhadap pasukan polis.

"Pihak pembangkang menyedari bahawa suara mereka tidak didengar oleh orang ramai berhubung dengan pencerobohan Lahad Datu. Jadi, mereka terpaksa membuat tuduhan liar dengan harapan bahawa rakyat akan mempercayai mereka," kata Ramlah Pusat Penyelidikan yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Institusi Raja-Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis.

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?



No comments:

Post a Comment