Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Isy, isy, isy, orang datang ke masjid patutnya nak
beribadah, nak rapatkan ukhwah sesama Islam, tapi kuncu-kuncu Nurul datang masjid
nak tabur fitnah?
Fitnah apa yang ditabur?
Awal tahun ni, Ustaz Hazman, Ketua Imam Masjid Saidina
Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah bertukar dan tidak lagi memegang jawatan
Ketua Imam.
Sebaik sahaja Ustaz Hazman berpindah, kuncu-kuncu Nurul
Izzah terus tabur fitnah kononnya Ustaz Hazman ditukarkan oleh Dato’ Raja Nong
Chik kerana dia menyokong Nurul Izzah. Menurut mereka, inilah bukti kezaliman
Dato’ Raja Nong Chik.
Malangnya, ada jemaah & ahli kariah masjid
terpengaruh dan percaya dengan fitnah ni.
Aku pun terus hubungi kawan aku kat JAWI untuk dapatkan
penjelasan, mengapa ustaz Hazman bertukar. Bila aku ceritakan fitnah yang sedang
disebarkan, terus geleng kepala kawan aku tu.
“Ana hairan betullah, pertukaran biasa macam ni pun boleh
dijadikan bahan fitnah. Sia-sia je diorang ni datang masjid tapi mengumpat dan
menabur fitnah. Dalam Al Baqarah ayat 191 sendiri Allah berfirman, fitnah itu
lebih dahsyat dari membunuh.”
“Sebenarnya, Ustaz Hazman sejak dari bulan 10 tahun lepas
dah minta tukar. Tapi permohonannya baru diluluskan. Jadi siapa yang kata Dato’
Raja Nong Chik yang arahkan pertukaran ni sah-sah tabur fitnah.”
Ooooh, begitu rupanya.
Bagi mereka yang nak lihat sendiri bukti, di sini aku
lampirkan sekali salinan surat permohonan pindah dari Ustaz Hazman.
Aku harap, kalau ada lagi yang cuba sebar fitnah ni,
tolonglah tegur mereka dan ceritakan perkara sebenar.
Nurul, kalau nak dapatkan sokongan rakyat, tolonglah buat
kerja. Jangan sekadar menabur fitnah.
Malulah jadi wakil rakyat yang tak buat kerja tapi cuma tahu
tabur fitnah!
No comments:
Post a Comment