Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Eh, apa benda wakil rakyat pilihanraya ni?
Oooh, wakil rakyat pilihanraya ialah calon wakil rakyat
yang hanya muncul sejurus sebelum pilihanraya. Lepas menang dulu, haram muka
tak nampak. Tapi mentang-mentanglah pilihanraya dah dekat, tiba-tiba je dia ni
muncul semula.
Contoh terbaik ialah Nurul Izzah.
Lepas menang dulu, Nurul Izzah jarang jejak kaki kat
Lembah Pantai ni. Dia lebih suka goyang kaki, makan angin ke luar negara sambil
memburukkan nama Malaysia di mata dunia.
Kononnya Malaysia ni banyak rasuah,
banyak kacau-bilau, tak selamat – sampai pelabur dan pelancong asing pun takut
nak ke mari. Lepas tu bila pelabur dan pelancong tak datang, yang merana ialah
rakyat Malaysia sendiri kerana ekonomi negara terjejas. Bila ekonomi terjejas,
Nurul Izzah tuding jari menyalahkan Kerajaan, padahal punca ekonomi merudum
sebenarnya ialah dia sendiri!
Contoh terbaik ialah isu kapal selam. Dia pergi ke
Indonesia, buat sidang media besar-besaran jaja cerita kononnya kapal selam
Malaysia tak boleh menyelam! Jadi Malaysia pun jadi bahan momokan masyarakat
antarabangsa, kononnya langsung tak efisien. Tapi bila diadakan majlis
perasmian dengan DYMM Yang diPertuan Agong sendiri berada di atas kapal selam
tersebut semasa ia menyelam, terdiam Nurul Izzah. Tapi pada masa itu nama
Malaysia dah pun diburukkan di mata orang asing.
Dek kerana jarang turun padang, maka bila sekali-sekala
buat majlis, Nurul Izzah boleh sesat-larat! Lembah Pantai tak besar mana pun
boleh sesat?
Tak percaya? Boleh baca sendiri tweet si Nurul ni.
Alhamdulillah ramai turut serta dalam pertandingan mewarna yg
kami anjurkan :) -medan angkasa
Aduhai Nurul… Mana ada tempat nama Medan Angkasa kat Lembah
Pantai. Tempat program kau tu ialah Dataran Angkasa Jaya…
Apa ni Nurul? Nama tempat program sendiri pun tak tahu ke?
Lepas tu, sebab dia jarang turun padang, maka nak tahu
pasal kejadian pun tumpang tweet Dato’ Raja Nong Chik.
Bila ada kebakaran kecil di Lembah Pantai, Dato’ Raja Nong Chik
segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja
Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt
butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!
Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu
pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak
tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong
Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?
Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun
tak nak kalah, hantar juga wakil dia…
"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil
Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan
Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok
B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu
Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak
sedar, wakil pergi tempat salah!!!
Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja
betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia
Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai
semata-mata.
Tapi kau tu Ahli Parlimen Lembah Pantai sepenuh masa. Sepatutnya
24 jam kau ada di Lembah Pantai. Sepatutnya bila ada sebarang isu, kau yang
dapat tahu dulu, bukan dapat tahu dari Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Sepatutnya
bila ada sebarang isu, kaulah yang dulu sampai, bukannya sekadar hantar wakil.
Itulah kau, lebih suka
makan angin dari berkhidmat untuk penduduk Lembah Pantai. Tahun ni je berapa
negara kau dah pergi untuk makan angin sambil burukkan nama Malaysia di mata
dunia? Aku rasa si Nurul ni lebih arif tentang tempat-tempat di London,
Australia, Turki, Singapura dan Indonesia berbanding dengan tempat-tempat di
Lembah Pantai!
Sebab tak biasa turun
padang tu lah, bila sekarang dia cuba memancing undi dengan turun majlis pengkebumian orang boleh tanya, “Eh, awak
ni siapa ye? Sedara arwah ke?”
Orang Lembah Pantai pun
tak kenal siapa Nurul Izzah!! Aku harap jangan ada yang terpedaya dengan kemunculan tiba-tiba Nurul Izzah di Lembah Pantai!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?