Thursday, January 17, 2013

AWAK NI SIAPA YE? PENDUDUK LEMBAH PANTAI TAK KENAL NURUL IZZAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul Izzah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai sejak tahun 2008 lagi. Maknanya dah hampir 5 tahun dia jadi wakil rakyat Lembah Pantai.

Kalau dah 5 tahun jadi wakil rakyat, sudah tentunya dia kerap mendampingi rakyat. Penduduk pun mesti dah kenal dia kan?

TAK!!!
Ramai penduduk Lembah Pantai yang tak kenal Nurul Izzah! Sebabnya, lepas menang dia memang jarang tunjuk muka di Lembah Pantai. Sejak kebelakangan ni je dia muncul, itupun sebab pilihanaraya dah dekat!

Ni berita yang aku petik dari blog sahabat, Berita Lembah Pantai. Kawan-kawan boleh baca sendiri dan nilai, wakil rakyat macam ni ke yang kita nak? Bila dah dekat pilihanraya baru nak muncul!

Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah.

Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada.

Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR.

Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang. 

Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:-

Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah,

"Awak ni siapa?"

Berubah muka Nurul Izzah.

Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi,

"awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!"

Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing.

Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah!

Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul!


Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

1 comment:

  1. oo ingatkan nurul izzah maki mak cik tu sebab tak kenal siapa dia.dahsyat ah mak cik2 tu,siap boleh tersenyum sinis sesama sendiri,dah macam drama melayu berskrip pulak..kan ?

    ReplyDelete