Apa kecoh-kecoh ni Zairil dan DAP?
Sebelum ni DAP teruk dikritik oleh orang ramai kerana walaupun mereka mengaku mereka parti berbilang bangsa, dalam pemilihan (CEC) Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti yang diadakan pada 15 Disember yang lalu, tak seorang pun ahli Melayu terpilih.
Tapi sekarang secara tiba-tiba DAP mengumumkan kononnya berlaku kesilapan dalam pemilihan parti mereka. Zairil Khir Johari yang sebelum ini tidak terpilih, diumumkan menjadi calon yang ke 20 dan terakhir terpilih dalam (CEC) Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
Wow, macam magic betul pemilihan DAP ni. Jumlah kerusi ada 20, Zairil dari tak layak tiba-tiba je dapat cukup undi untuk menang tempat ke 20.
Lepas tu nak kira balik undi sampai ambil masa 3 minggu! Banyak sangat ke undi yang kena kira semula tu sampai ambil masa 3 minggu untuk umumkan keputusan baru?
Undi sebenar Zairil kononnya 803 undi, dan bukannya 305 undi seperti yang diumumkan terdahulu. Dia menggantikan Vincent Wu Him Ven yang sebelum ini dikatakan menerima 1,202 undi tetapi setelah pembetulan kononnya cuma menerima 669 undi.
Mak aihh.. Ni bukan silap kecik ni, ni silap maha besar!!
Kalau salah kira 1, 2 undi tu aku boleh fahamlah, tapi sampai beratus-ratus undi ni nak jelaskan pun susah!
Dari 305 naik jadi 803? Dari 1,202 boleh turun sampai 669?
Ni bukan kesilapan undi, ni dah masuk kategori manipulasi undi!!
Yelah, aku faham DAP nak cuba tonjolkan imej sebagai parti berbilang kaum tapi pemilihan mereka jelas menunjukkan DAP ialah parti yang diterajui Cina. Maka mereka pun buat silap mata untuk cuba memulihkan imej mereka.
Dengan Zairil kononnya terpilih, maka bolehlah mereka mendabik dada kononnya orang Melayu turut mendapat tempat di DAP. Harapan mereka akan ada orang Melayu yang terpedaya dengan sandiwara DAP ini dan seterusnya menyokong DAP dalam PRU akan datang.
Minta maaflah DAP, orang Melayu tak sebodoh yang kamu harapkan. Sandiwara murahan macam ini takkan memperdayakan orang Melayu.
Orang Melayu dah sedar DAP dari dulu hingga sekarang tak lain tak bukan hanya parti cauvinis Cina!
Apa kecoh-kecoh ni Zairil dan DAP?
Sepatut yang punya diri tu sedar bertambanya undi yang diterima selapas 'kesilapan' tidak bererti sokongan pads dirinya yang sebenar. Ini ikhsan dari Guan eng. Supaya nampak manusia melayu dalam Dap ada peluang dalam organidasi cina itu.
ReplyDelete