Apa kecoh-kecoh ni DAP?
Aku cukup geli hati tengok pemilihan parti DAP ni.
Pemilihan partinya dibuat tahun lepas, tapi selepas 3 minggu keputusannya diumumkan, tiba-tiba boleh buat pengumuman baru kononnya ada kesilapan undi.
Zairil Khir Johari yang sebelum ini tidak terpilih, diumumkan menjadi calon yang ke 20 dan terakhir terpilih dalam (CEC) Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.
Wow, macam magic betul pemilihan DAP ni. Jumlah kerusi ada 20, Zairil dari tak layak tiba-tiba je dapat cukup undi untuk menang tempat ke 20.
Undi sebenar Zairil kononnya 803 undi, dan bukannya 305 undi seperti yang diumumkan terdahulu. Dia menggantikan Vincent Wu Him Ven yang sebelum ini dikatakan menerima 1,202 undi tetapi setelah pembetulan kononnya cuma menerima 669 undi.
Dari 305 naik jadi 803? Dari 1,202 boleh turun sampai 669?
Ni bukan silap kecil, tapi silap maha besar!! Yang mengundi dalam 2, 3 ribu je pun DAP tak boleh nak urus? DAP kononnya parti yang berpegang kepada prinsip Competency, Accountability & Transparency tapi pemilihan parti sendiri tak telus!! Takda double checking ke, takda pemerhati ke, orang yang kira undi tu seorang je ke, bila umum silap tu takda orang yang perasan ke jumlah yang diumumkan tu silap?
Nak kira balik undi pun sampai ambil masa 3 minggu padahal nak kira undi ratus-ratus je!
Cuba bayangkan kalau SPR buat silap macam ni, mesti berbakul-bakul sumpah seranah akan dihamburkan Pakatan kepada SPR. Tapi bila DAP buat silap besar macam ni, mereka kata silap sikit je. Bukan benda besar pun.
Lepas tu nak kira undi berapa ratus je pun nak tunggu sampai berminggu-minggu? Kalau dalam PRU, jika ada keputusan yang terlalu rapat, maka kiraan undi semula hanya mengambil masa beberapa jam sahaja. Ni kiraan yang melibatkan BERPULUH-PULUH RIBU undi, bukan setakat beratus undi macam pemilihan DAP ni!
Nampak tak betapa cekapnya SPR? Tapi kehebatan SPR tak pernah diakui DAP, sebaliknya SPR dikutuk kononnya tak tahu buat kerja!
Sekarang jelaslah DAP memang cakap tak serupa bikin! DAP cuma tahu kutuk tapi mereka sendiri sebenarnya lebih teruk!
Tapi aku memang tak hairan sebab Pakatan memang macam tu. Pemilihan PKR dulu pun penuh kontroversi. Kes tipu undi, pengundi mengundi banyak kali, pengundi hantu, urusetia tak telus, semuanya ada!
Malah di Lembah Pantai, pemilihan Nurul Izzah sendiri penuh kontroversi! Semasa pemilihan PKR Lembah Pantai, ahli-ahli PKR sampai bergaduh berbaling-baling kerusi! Akhirnya polis dipanggil untuk mententeramkan keadaan.
Sebelum tu, mereka gelar polis sebagai anjing, tapi bila pemilihan PKR Lembah Pantai dah kecoh, polis juga yang mereka harapkan untuk meleraikan keadaan.
Macam ni lah perangai golongan pembangkang. Cuma tahu kutuk orang lain, padahal diri sendiri lagi teruk!
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?
wahaha... itulah DAP.. demokratik sgt lah..
ReplyDeleteyg pelik biasanya cina sgt rigid dgn nombor. kalau berniaga, satu senpun mesti kira dlm akaun. ni apasal dgn jumlah undi tak sampai 2000 boleh jd caca marba. mcm kena kira 20 bilion undi. hahahaha!!! ni mesti adegan nk beli jiwa melayu oleh cina dap ni. kesian vincent wu, di'biawak'kan oleh geng sendiri. tak nak merajuk keluar dap ke? oppss!!! BERNIAGA MESTI ADA UNTUNG MAA....no 20 dlm CEC berapa harganya ye...
ReplyDelete