Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Monday, January 14, 2013

ISU KALIMAH ALLAH: PAS MACAM LALANG! KEJAP BOLEH, KEJAP TAK BOLEH!


Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Aku hairan betul tengok telatah PAS ni dalam isu kalimah Allah. Kejap kata bukan Islam tak boleh pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan, lepas tu kata boleh, sekarang balik kata tak boleh.

Apasal PAS ni macam lalang ditiup angin? Bila angin tiup ke utara, PAS pun ke utara. Bila angin tiup ke selatan, PAS pun ke selatan.

Dalam isu kalimah Allah ni, dalam masa 3 minggu je, dah berkali-kali PAS tukar pendirian. Bila Guan Eng tuntut supaya Bible Bahasa Melayu dibenarkan menggunakan perkataan Allah, disebabkan orang Islam marah, PAS keluar kenyataan kata bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam upacara keagamaan.


Lepas tu bila Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tekan Haji Hadi, PAS keluar kenyataan baru kononnya tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah. Kenyataan Haji Hadi turut disokong Nik Aziz.

Bila PAS keluar kenyataan ni, orang Islam yang dah sejuk sekejap jadi marah balik. Maka Majlis Syura PAS yang dipengerusikan Nik Aziz keluar pulak kenyataan baru- bukan Islam tak boleh guna kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu.

Boleh baca sendiri kenyataan Majlis Syura PAS yang dipetik dari Harakah.

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. 

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


Nik Aziz sendiri baru dua, tiga hari lepas kata tiada masalah untuk orang bukan Islam guna kalimah Allah, tiba-tiba dia pula yang keluarkan kenyataan rasmi kata tak boleh!

Adoii, pening kepala betul tengok telatah PAS ni. Inilah apa yang terjadi bila agama Islam disalahguna untuk meraih undi, bukan untuk keagungan agama. Maka, fatwa-fatwa yang dikeluarkan pun semuanya berunsur politik dan boleh berubah mengikut kepentingan diri.

Apa kecoh-kecoh ni PAS? 

Monday, January 7, 2013

DAP & PKR ARAH MAT SABU HALALKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS?

Baru sekejap lepas PAS melalui Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan bahawa PAS menentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible tiba-tiba Mat Sabu pula keluarkan kenyataan balas bahawa tak salah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Jom kita imbas balik kenyataan penuh Ketua Penerangan PAS Pusat mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan ini disiarkan dalam lidah rasmi PAS, Harakah.

"PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
PAS melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Cuba lihat, dalam kenyataan ini Tuan Ibrahim menyatakan bahawa “PAS berpendirian” dan “PAS melihat”. Ini bermakna bahawa kenyataan Tuan Ibrahim bukan kenyataan peribadi, sebaliknya kenyataan rasmi sebagai Ketua Penerangan PAS dan sudah pastinya pendirian rasmi PAS sendiri!!

Tetapi bila kenyataan rasmi PAS ini dikeluarkan, PKR dan DAP tersentak, sehingga Anwar membuat pengumuman bahawa isu kalimah Allah akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

Selepas selesai Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat, Mat Sabu terus buat kenyataan bahawa tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Haiii Mat Sabu… Senangnya PAS nak tukar pendirian. Mula-mula tak boleh guna kalimah Allah, lepas kena gertak dengan DAP & PKR, serta-merta tukar pendirian, tiada masalah untuk orang kafir guna kalimah Allah dalam Bible dan upacara ibadah mereka.

Yang hairannya, macam mana parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP boleh arah PAS untuk tukar pendirian dalam isu yang melibatkan agama Islam? Siapa yang sebenarnya lebih arif tentang agama Islam? PAS yang kononnya parti Islam atau parti sekular macam PKR dan parti cauvinis Cina macam DAP?

Kalau tengok berdasarkan isu ni, nampak gayanya dalam hal Islam pun PAS menikus ikut arahan tauke DAP dan PKR!

Uskup Katolik Dr Paul Tan Chee Ing lega dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang membatalkan pendirian asal seorang pegawai bawahan (merujuk kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man) bahawa golongan Kristian tidak patut menggunakan kalimah Allah untuk Tuhan.

Dan yang paling gembira sudah tentulah golongan bukan Islam.  Memang confirm PAS akan dapat undi mereka dalam PRU akan datang nanti.

Begitulah murahnya nilai maruah Islam di mata PAS. Hanya demi undi & kuasa, maruah Islam digadai.

Apa kecoh-kecoh ni Mat Sabu dan PAS?