Tuesday, January 29, 2013

APA NURUL IZZAH BUAT DI PARLIMEN UNTUK ORANG LEMBAH PANTAI?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dah hampir 5 tahun Nurul Izzah dipilih oleh penduduk Lembah Pantai menjadi Ahli Parlimen. Tapi dalam tempoh tu, berapa banyak soalan khusus mengenai Lembah Pantai yang dia tanya di Parlimen?


Dalam masa 5 tahun, tak sampai sebelah tangan pun jumlah soalan yang ditanya khusus mengenai Lembah Pantai.

Habis tu, apa yang Nurul buat di Parlimen?

Parlimen tu jadi tempat Nurul Izzah buat sidang media je, nak sebar fitnah dan tohmah.

SIDANG MEDIA FITNAH KEDAI RAKYAT  1MALAYSIA


Nurul Izzah dakwa barangan yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya lebih mahal dari kedai-kedai biasa.


Habis tu mengapa bila dia buat hamper sumbangan, barangannya dibeli dari Kedai Rakyat 1Malaysia?

SIDANG MEDIA FITNAH KAPAL SELAM


 Nurul Izzah dakwa kononnya Malaysia beli kapal selam yang tak boleh menyelam.


Tapi bila kapal selam ni dibuktikan dapat menyelam malah dengan DYMM Yang di Pertuan Agong sebagai penumpang maka jelaslah Nurul Izzah cuma pandai fitnah sahaja.

Selain dari tempat sebar fitnah dan tohmah, Parlimen juga jadi ruang Nurul Izzah mempertahankan bapa dan dirinya.



Bila Anwar isytihar bahawa dia “MENYOKONG SEMUA USAHA UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN NEGARA ISRAEL”,  Nurul Izzah jadikan Parlimen ruang untuk mempertahankan kenyataan bapanya.


Bila Nurul Izzah dikecam hebat umat Islam ekoran kenyataannya mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, Nurul Izzah jadikan Parlimen ruang untuk mempertahankan dirinya.

Hei Nurul, orang Lembah Pantai pilih kau jadi Ahli Parlimen untuk memperjuangkan hak penduduk Lembah Pantai, bukan untuk sebar fitnah dan tohmah atau untuk kepentingan diri!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

2 comments: