Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?
Baru-baru ni aku tengok video ceramah Ustaz Fathul Bari (UFB)
mengenai kenyataan Nurul Izzah mahukan Melayu diberi hak untuk murtad.
Ulasan UFB mengani isu ni cukup mudah – Nurul cuma perlu minta
maaf dan mengaku kesilapannya bercakap tentang agama sedangkan dia bukan pakar.
Lepas tu tarik balik kenyataan asal dan buat
komitmen takkan cakap tentang isu ni lagi.
Senang je kan? Bila kita buat silap, memang Islam
menggalakkan kita memohon maaf.
Tapi benda senang macam ni pun susah untuk Nurul buat.
Sampai sekarang ni dia masih bertegas kenyataannya itu betul.
Dalam kenyataan beliau, Nurul merujuk tentang ayat Quran
yang menyatakan tentang ‘Tiada paksaan dalam agama’. Ayat ini dijadikan nas
kononnya Islam membenarkan penganutnya murtad!
Apa ulasan UFB?
Ayat ini dikeluarkan selepas kejadian di mana seorang
Ansar di Madinah yang memeluk Islam cuba memaksa dua orang anaknya yang
beragama Kristian untuk memeluk Islam.
Maka Allah turunkan ayat ini bagi menjelaskan bahawa kita
tidak boleh memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam. Ianya bukanlah
diturunkan bagi memberi lesen untuk orang Islam murtad seperti yang didakwa
Nurul!
Kalau betullah orang Islam dibenarkan untuk murtad
sepertimana yang didakwa Nurul Izzah, mengapa dalam hukum hudud, orang yang
murtad dikenakan hukuman bunuh?
Marilah kita renung kembali sejarah para sahabat
Rasulullah. Kawan-kawan tentu
masih ingat sejarah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang memerangi golongan murtad
di bawah pimpinan Musailamah al-Kazzab.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah
bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum Muslimin bagi menghadapai gejala
murtad. Di dalam kesulitan yang memuncak maka dengan kebesaran dan ketabahan
hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi golongan
ini sehingga mereka kembali pada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid
dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.
Lihat, inilah contoh ikutan untuk kita semua, tapi hairannya
sekarang pemimpin beragama Islam sendiri yang mahukan orang Islam diberi hak
untuk murtad!
Adakah Nurul Izzah mahu menjadi Musailamah al-Kazzab versi
moden?
Dalam hal ini, aku cukup hairan tengok
tindak-tanduk PAS. Mereka kononnya memperjuangkan Islam dan mahu melaksanakan
hudud, tapi bila Nurul Izzah buat kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk
murtad, mengapa takda seorang pun dari kalangan pimpinan PAS yang menyelar
kenyataan Nurul Izzah?
2 juta umat Islam murtad setiap
tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok
ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!
Apa kecoh-kecoh
ni NO ROLE?
No comments:
Post a Comment