Sunday, December 2, 2012

NURUL IZZAH MENGAKU PEMBANGKANG PUNCA KENAIKAN KADAR JENAYAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ini Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan mengecam Polis Diraja Malaysia. Dia kata polis kat Malaysia ni langsung tak efisien dalam menangani jenayah, sedangkan jumlah polis sebenarnya tinggi.

Tapi semasa membuat kecaman tu, secara tak sengaja Nurul Izzah telah mengaku bahawa Pakatan pembangkanglah sebenarnya punca jenayah sukar ditangani oleh pihak polis.

Tak percaya?

Sila baca laporan akhbar ni:

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.

"Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah umum di Taman Muhibbah, Kampung Ara Payung di sini malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Sekali baca memang kita takkan perasan, tapi kalau dikaji dengan teliti, memang jelas Nurul Izzah mengaku pembangkanglah punca polis tak dapat beri tumpuan penuh untuk menyelesaikan jenayah.

Cuba baca sekali lagi laporan tu. Masih tak nampak?

Mari sini aku tunjuk.

Cuba baca sekali lagi kenyataan Nurul Izzah ini.

“Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi. Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan.”


Maka secara automatik Nurul Izzah mengaku jumlah FRU yang ramai ialah kerana polis terpaksa menghadapi rusuhan ganas yang dianjurkan pembangkang seperti semasa Bersih tempoh hari.

Nurul Izzah juga selamba mengaku bahawa bila pembangkang menang nanti, jumlah FRU boleh dikurangkan dan polis FRU ni boleh bertugas menyiasat jenayah sepenuh masa kerana setelah menjadi pemerintah, Pakatan pembangkang tidak lagi akan menganjurkan perhimpunan haram dan ganas.

Maknanya, kalau dari dulu Pakatan pembangkang berhenti dari membuat perhimpunan haram dan ganas, dah lama dah polis-polis kat Malaysia ni semuanya beri tumpuan untuk membanteras jenayah!

Tapi disebabkan Pakatan pembangkang asyik nak buat perhimpunan haram dan ganas, terpaksalah polis membuang masa menghadapi mereka sedangkan polis pun lebih suka menyiasat jenayah dari nak menguruskan perhimpunan ganas ala pembangkang!

Jadi bagi rakyat Malaysia yang pernah jadi mangsa jenayah, yang pernah tengok ahli keluarga dan sahabat-handai jadi mangsa jenayah, yang pernah tengok kejadian jenayah di depan mata – anda kini dah tahu siapa sebenarnya punca peningkatan kadar jenayah!

Tak lain tak bukan, Pakatan pembangkang!!

Alamak, terkantoi sudah Nurul Izzah!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

No comments:

Post a Comment