Apa
kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?
Nampaknya Fahmi Fadzil,
Setiausaha Politik Nurul Izzah, masih tak serik-serik menabur fitnah. Memang
sah dia ni anak didik Nurul Izzah!
Sebelum ni dia buat
fitnah kononnya Masjid Ar Rahman di Lembah Pantai telah ditutup oleh DBKL atas
arahan Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar. Penutupan pula kononnya tanpa alasan kukuh.
Tapi Fahmi Fadzil kantoi
bila aku keluarkan bukti bahawa JAWI yang sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menutup sementara Masjid Ar Rahman. Penutupannya pula hanya untuk sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan bukannya secara tetap sepertimana yang dibayangkan Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil . Menteri yang
bertanggungjawab ke atas JAWI pula ialah Dato' Seri Jamil Khir, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Dato' Raja Nong Chik!
Bila dah malu besar
kerana kantoi, Fahmi Fadzil buat fitnah baru pula.
Apa fitnah Fahmi Fadzil
kali ni?
Boleh baca sendiri
artikel dari Suara Keadilan:
Agenda Nong Chik?
Penutupan Masjid Ar
Rahman dipercayai didalangi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Dato' Raja Nong Chik atas tujuan politik.
"JAWI sahkan
penutupan masjid atas arahan DBKL sekaligus arahan Dato' Raja Nong Chik,"
kata Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.
Fitnah macam ni pun
boleh jadi berita kat Suara Keadilan? Patut pun dapat gelaran Suara Keldai-an.
Macam ni lah Fahmi, kau
cakap JAWI dah sahkan fitnah kau tu.
Jadi, boleh tak kau
tunjukkan bukti yang JAWI sahkan penutupan masjid tu atas arahan DBKL?
Ada tak surat dari DBKL
kepada JAWI arahkan penutupan masjid tu?
Ada tak surat dari JAWI
kepada kau sahkan arahan datang dari DBKL?
Siapa pegawai JAWI yang
sahkan benda ni? Sila kemukakan nama dan jawatan pegawai tu. Aku sendiri akan
pergi JAWI untuk semak betul ke ada kenyataan sebegitu dibuat.
Tak payah sembang banyak
Fahmi, tunjuk je bukti.
Apasal senyap je Fahmi?
Cakaplah sikit. Takkan kecut telur Fahmi, sampai tak keluar suara?
Laaaaa, kalau setakat
cakap kosong macam ni, orang gila tepi jalan pun boleh. Tak payah jadi Setiausaha Politik!
Macam ni je ke standard
Setiausaha Politik Nurul Izzah? Kaki fitnah macam bosnya jugak rupanya!
Apa kecoh-kecoh ni Fahmi
Fadzil?
No comments:
Post a Comment