Apa kecoh-kecoh ni
Khalid Samad?
Biar benar Khalid Samad
cabar Tuan Ibrahim keluar PAS? Tuan Ibrahim ni kan Ketua Penerangan PAS Pusat,
takkan Khalid Samad berani buat macam tu?
Ni semua gara-gara
kenyataan Tuan Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan kalimah
Allah untuk Bible Bahasa Melayu sangat tidak wajar.
Aku petik kenyataan Tuan
Ibrahim:
"Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’
dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks
asal. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal
bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana
terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud
asal.
Manakala menterjemahkan
God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa
kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
Pas melihat isu
penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak
mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.
Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan
orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat
Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.
Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat
yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan
sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan
berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan
itu, permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible
Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak
menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan,
penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."
Bila
mendengar kenyataan ini, maka Khalid Samad terus meroyan. Mana taknya, dulu
dialah jaguh nombor wahid dalam memperjuangkan hak golongan bukan Islam
menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan upacara keagamaan mereka.
Ni
kenyataan dari Khalid Samad pada tahun 2010.
"Al Quran dan hadis tidak pernah
mengharamkan penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam. Sebarang
usaha atau peraturan untuk menyekat orang bukan Islam dari memakai perkataan
'Allah' adalah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan semangat Islam dalam
berdakwah.
Saya ingin menasihatkan supaya orang Islam tidak
perlu terlalu khuatir apabila bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah ‘Allah’
kerana kegelinciran akidah orang Islam adalah sebenarnya datang dari orang
Islam yang lemah iman."
Kemudian apabila kenyataannya disanggah oleh Zulkifli Noordin, yang
ketika itu merupakan Ahli Parlimen PKR, Khalid Samad terus melenting dan
mencabar Khalid Samad untuk keluar PKR dan masuk UMNO.
Berikut petikan laporan dari Malaysiakini, portal pro-pembangkang
mengenai isu ini pada tahun 2010:
Kontroversi kalimah Allah: Khalid lwn Zulkifli
Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad
dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung penggunaan
kalimah 'Allah'.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Khalid Samad yang merupakan
ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru,
mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.
Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan
pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan penggunaan
kalimah Allah di kalangan bukan Islam.
Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.
"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti
yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia
dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.
Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata
kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu
era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.
Ketika itu Khalid Samad
dengan lancangnya telah menghina Zulkifli Noordin dan menyifatkannya sebagai
mempunyai mentaliti UMNO semata-mata kerana dia menentang penggunaan kalimah
Allah di Bible dan gereja. Malah Khalid Samad mencabar Zulkifli Noordin untuk
keluar PKR dan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR yang
menyokong penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.
Nah, sekarang Tuan
Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, orang kuat PAS sendiri telah mengeluarkan
kenyataan yang senada dengan pendirian Zulkifli Noordin pada 2010 dahulu.
Aku tengah tunggu, bila
agaknya Khalid Samad akan mengutuk Tuan Ibrahim sebagai mempunyai mentaliti
UMNO? Bila agaknya Khalid Samad akan mencabar Tuan Ibrahim untuk keluar PAS
kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?
Cepatlah Khalid! Dulu
dengan Zulkifli Noordin bukan main celupar lagi. Kalau kau betul-betul percaya
dengan kenyataan asal kau dulu, tunggu apa lagi? Pergilah belasah Tuan Ibrahim
Tuan Man!
PAS pun sama. UMNO dari
dulu dah kata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tu tak berapa sesuai,
tapi PAS kerana terlalu sangat nak mengikut telunjuk DAP dan PKR, terus tunduk
muka, tak berani nak bersuara menyokong pendirian UMNO. Yang kuat bersuara
ialah golongan Anwarinas dalam PAS seperti Khalid Samad.
Sekarang, bila gejala
murtad dah berleluasa, bila orang Islam dah bimbang melihat kesucian Islam
terus terhakis, barulah PAS nak buat hero menentang penggunaan kalimah Allah
oleh bukan Islam.
Dah terlambat PAS, dah
terlambat. Kalau PAS betul-betul jujur memperjuangkan Islam dan bukan mengejar
kuasa semata-mata, sudah tentu dari awal lagi PAS dah membantah penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam. Bantahan PAS sekarang cuma melepas batuk di
tangga, nak meraih balik undi orang Islam yang dah kecewa melihat perjuangan
PAS yang semakin lari dari matlamat negara Islam, bukannya bantahan yang ikhlas
demi menegakkan kesucian agama Islam.
Maaflah PAS, tembelang
korang dah pecah!
Apa kecoh-kecoh Khalid
Samad dan PAS?
Khalid Samad gagal membezakan antara kaum terdahulu yang mengikut agama Nabi Ibrahim yang percaya kepada Tuhan yang SATU, dengan penganut agama Kristian yang mempercayai Tuhan di dalam TRINITY(Tuhan 3 dalam satu).
ReplyDeleteSememangnya nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad saw menggunakan perkataan ALLAH, merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta Alam. Nabi Ibrahim sudah pasti menggunakan perkataan ALLAH, begitu juga Nabi-Nabi Musa dan Isa.
Masalah kita sekarang ialah dengan PENGIKUT agama ROMAN CATHOLICS yang mempercayai TRINITY, terdiri dari God the Father, Jesus Son of God dan Holy Spirit.
Sebab itu kita tidak benarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH. Apatah lagi, penganut Kristian di Vatican, Roma dan negara-negara barat pun tak guna kalimah ALLAH.
Bagi aku, Khalid samad ni BODOH SOMBONG.
Eloklah Khalid Samad tu masuk kristian, tak heran pun.
ReplyDelete