Sunday, April 1, 2012

NURUL IZZAH MENGAKU DIA TAK BUAT KERJA DI LEMBAH PANTAI, HANYA BERGANTUNG PADA RAJA NONG CHIK!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Dalam perjumpaan dengan penduduk Bangsar semalam, Nurul Izzah ditanya soalan cepumas ini… Untuk makluman rakan-rakan, twit ini dipetik dari Fahmi Fadzil, orang kanan Nurul Izzah.

“Uncle Bala asks @n_ izzah, @RajaNongChik turun padang bagi sumbangan untuk rakyat dan besarkan jalan. U buat apa sebagai MP?”

Jawapan Nurul Izzah?

“I’ve a very able ‘deputy’ in the form of the FT Minister.”

“Saya ada seorang ‘timbalan’ yang amat berwibawa iaitu Menteri Wilayah Persekutuan.”

Soalan tu tanya, apa yang Nurul Izzah buat selama ni sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Tapi Nurul Izzah tak berani jawab soalan tu, dia cuba taichi kononnya Dato’ Raja Nong Chik buat kerja bagi pihak dia.

Mengapa Nurul tak berani jawab soalan tu?

Sebabnya ialah dia memang takda buat apa-apa pun di Lembah Pantai.

Kerjanya tak lain tak bukan, makan angin ke luar negara untuk burukkan Malaysia. Tu sebab dia lebih arif tentang United Kingdom, Australia, Turki, Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura dari Lembah Pantai.

Sebab tulah bila buat program kat Lembah Pantai pun dia boleh sesat.

Sesat? Eh, dah nak 4 tahun jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, takkan kawasan sendiri pun tak tau kot?

Iyaaaaaaa…. Nurul Izzah datang program sendiri pun boleh sesaaaaat… Nak tahu lebih lanjut, baca di sini dan juga di sini.

Lepas tu bila Kerajaan/BN/UMNO buat usaha baik, semua tu dia mengaku usaha dia. Contohnya kebakaran di Simpang Tiga, Pantai Dalam.

Kalau dia tak cuba curi kredit mengaku usaha Kerajaan usaha dia, dia cuba nak gagalkan usaha murni Kerajaaan. Contohnya, bila Kerajaan wujudkan Bazaria Pantai.

Tapi dalam Nurul Izzah cuba berdalih, jawapannya terkena batang hidung sendiri.

Pertamanya, dia mengaku dia memang tak buat kerja di Lembah Pantai.

Keduanya, dia mengaku bahawa Dato’ Raja Nong Chik telah banyak buat kerja di Lembah Pantai.

Kesimpulannya, mengapa pengundi Lembah Pantai perlu pilih Nurul Izzah sedangkan dia langsung tak buat kerja dan hanya bergantung kepada usaha-usaha yang dibuat Dato’ Raja Nong Chik? Bukankah lebih logik dan lebih rasional untuk para pengundi memilih BN dalam PRU akan datang?

Tu diaaa, Nurul Izzah sudah masuk perangkap sendiri!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

3 comments:

  1. ANAK BERANAK KASI SUSAH SATU MALAYSIA. SEMOGA ALLAH BUKAKAN HATI DIA NI UNTUK KEMBALI JADI HAMBA YANG BAIK

    ReplyDelete
  2. Spin lagi jawapan nurul ni. Makin terer dia spin jawapan....

    ReplyDelete
  3. mmg le terer,,sbb anak bapak..air anwar jubor katakan...

    ReplyDelete