Monday, April 2, 2012

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - SIAPA YANG TERTINDAS?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ini kita dah banyak kali kata, Nurul Izzah memang tak buat kerja di Lembah Pantai. Dia sendiri mengaku perkara itu.

Tapi satu perkara yang dia cukup suka buat ialah untuk menggagalkan usaha baik Kerajaan demi kepentingan politik sempitnya sendiri. Sebagai contoh, bila dia cuba menggagalkan Skim Pembiayaan Penjualan Rumah PPR& PA.

Kini dia muncul lagi, cuba menggagalkan pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Sebelum ini, penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi telah mengundi dan memilih sendiri pemaju yang mereka mahu. 433 keluarga telah menandatangani perjanjian dan telahpun berpindah. Kini mereka menanti dengan penuh harapan, bilakah kediaman baru mereka akan siap terbina.

Tapi pembinaan masih terbantut. Puncanya? Masih ada 34 orang yang enggan berpindah.

Alasannya? Mereka mahu pampasan yang lebih tinggi dari yang dipersetujui majoriti penduduk pada peringkat awal. Mereka terpengaruh dengan hasutan Nurul Izzah supaya menuntut jumlah yang bukan-bukan.

Kini, Nurul Izzah lantang bersuara memperjuangkan nasib 34 orang ini. Mereka tertindas, laung Nurul Izzah!!

Tetapi, siapa sebenarnya yang tertindas?

433 keluarga yang telah berpindah dan telah sekian lama menanti pembinaan rumah baru mereka?

ATAU

34 orang yang enggan mengikuti hasil undian dan suara majoriti penduduk dan menuntut jumlah yang bukan-bukan dek kerana hasutan Nurul Izzah?

Kawan-kawan lihatlah sendiri, demi kepentingan politik sempitnya Nurul Izzah sanggup menghancurkan harapan 433 keluarga ini.

Aku tanya sekali lagi, siapa sebenarnya yang tertindas?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

8 comments:

  1. Kata PKR memperjuangkan demokrasi? Majoriti.. Adeh.. Anak ngan bapak sama jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape yang Nurul nak perjuangkan skrg dalam isu ni? Dah keje tak buat, pastu benda yang baik org lain nak buat di halang. So, ape yang penduduk2 tu akan dapat? Patutnya dia jadi tukang selesaikan masalah tapi skrg dia jadi tukang batu api untuk menggagalkan benda baik yang org lain nak buat. Muka tak tahu malu!

      Delete
  2. Hari ni bdk² PR kata nak berkumpul di LP.. Nak bantah hal ini~

    ReplyDelete
  3. Sapa2 yg prihatin isu pembangunan semula yg akan menguntungkan Melayu, boleh turun beramai2 ke Flat 4 Tingkat Kerinchi utk beri sokongan kpd 433 keluarga yg terlibat. Jgn biarkan samseng PR bermaharajalela!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkl berapa bro. Ni peluang gasak PR ni. Mesti turun. Ckp pkl berapa?

      Delete
  4. La buat apa dia susah dia bkn tinggal kat situ. Yg penting org lain buat keje tapi dia dpt nama.

    ReplyDelete
  5. Sapa yg ada blog, tlg sebarkan juga isu ni. Jgn biarkan Melayu terpinggir krn politik sempit Pakatan Haprak!!

    ReplyDelete
  6. Padan muka org PL. pangkah la lagi. Last2 sendiri tanggung heeee

    ReplyDelete