Thursday, February 9, 2012

SETELAH DITELANJANGKAN DI LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH LARI KE SINGAPURA


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Setelah tidak berani angkat muka di kawasan PPR Lembah Pantai ekoran tindakannya melabel penduduk PPR sebagai golongan yang tak boleh dipercayai dan tak layak untuk diberi pinjaman, Nurul Izzah dan sahabat karibnya Tony Pua telah melarikan diri ke Singapura.

Isy isy isy, aku hairan betul tengok si Nurul ni. Bila penduduk Lembah Pantai jumpa dia minta bantuan, semuanya ditolak mentah-mentah, kononnya takda peruntukan. Tapi bila nak makan angin, banyak pulak peruntukan! Siap boleh pergi Turki, London, Indonesia, Australia, Singapura dan banyaaaak lagi negara. Pendek kata, satu dunia dia dah pusing. Yang tak pergi lagi agaknya Israel je. Tu pun tengah tunggu undangan rasmi dari Kerajaan Israel yang nak bagi darjah kebesaran kat Anwar Ibrahim sebab banyak berjasa dan menyumbang khidmat kepada Israel & Yahudi.

Berbalik kepada cerita asal, apa Nurul buat kat Singapura ya? Buat apa laaaaagi. Kerja biasalah… Memburuk-burukkan kerajaan. Baru-baru ni dia pergi ke London untuk memburuk-burukkan Kerajaan di sana, sekarang pergi ke Singapura pula untuk buat benda yang sama.

Aku betul-betul tak faham mana pergi semangat cintakan negara si Nurul ni. Dia tak tahu ke, bila imej negara buruk, pelabur dan pelancong takut nak datang ke Malaysia? Mana tak takutnya… Kalau dengar cakap Nurul, Malaysia ni seolah-olah jauh lebih teruk dari Somalia, jauh lebih berbahaya dari Afghanistan, jauh lebih mundur dari Ethiopia!!

Tapi… Sapa yang tanggung akibatnya? KITA JUGA selaku rakyat Malaysia.

Bila pelaburan tak masuk, pelancong tak datang, ramailah orang tak dapat kerja sebab tak ada peluang pekerjaan diwujudkan. Silap-silap, ada yang kena buang kerja. Jadi, bila ekonomi tak memberansangkan, pergilah tanya kat Nurul Izzah – PASAL APA KAU TABUR PASIR KAT PERIUK NASI KAMI?

Kerajaan bertungkus-lumus cuba wujudkan peluang pekerjaan dan tarik pelabur serta pelancong asing, Nurul pula dengan senang hatinya cuba sabotaj RAKYAT MALAYSIA dengan memburukkan negara di mata dunia.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

4 comments:

  1. Nujum Jijik hendak melaporkan kepada pemberita dan media di Singapura, seperti wartawan Straits Times, Channel NewsAsia dan banyak lagi wartawan yang haus dahagakan kejatuhan BN dan UMNO. Terutama wartawan correspondent ST Carolyn Hong (yang selalu memburukkan kerajaan UMNO) Teo Cheng Wee, dan banyak lagi di CNA. Dia hendak mengetahui condo pembelian Shahrizat di Marina Bay Penthouse, yang dikatakan oleh sumber fitnah oleh Rafizi. N J juga pergi bersama Tony Pua untuk menjadi saksi dan berwawancara dengan sumber maklumat yang dianggap benar, kemudian mereka akan membesarkan berita yang mereka percaya memang benar.
    Memang ahli PKR dan DAP ini sangat kaya kerana selalu menjelajah keluar negeri, kenapa PRDM tidak siasat mereka juga?

    ReplyDelete
  2. meneliti perangai pelik nurul izzah a/p anwar ni, aku teringat masa sekolah dulu cikgu aku ajar pepatah "BAGAI ANJING BURUK KEPALA"...

    ReplyDelete
  3. Alaa..apa nak dihairankan tujuan sibetina dan keluarganya masuk politik bukan bertujuan untuk membantu rakyat tapi sebenarnya cuma untuk menambahkan lagi kekayaan diri dia dan keluarga nya..tu jee..

    Dia peduli apa dengan orang melayu dan pengundi sebab dia mana pernah rasa susah...sebab dia dari kecik dilimpahi kesenangan dan kemewahan..apa yang dia tau mensabotaj semua kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bn untuk kesenangan rakyat.

    ReplyDelete
  4. Kenapa pemerintah terlalu memberi ruang. Mana akta hasutan. Memburuk2 negara sampai keluar negara tidak mengapa lagi. Adakah org politik ada immunisasi hingga tahap ini. Takut lama2 rakyat yg yakin kepada kerajaan akan jadi marah kepada pemerintah pulak.Takut nanti rakyat kata pemerintah lemah dan dayus. Memburuk2 kan negara samapi pelabur pun berfikir dua kali nak melabur. Sampai cerita keupayaan kapal selam yg menjadi rahsia ketenteraan pun dijaja.

    Apakah nak jaga ranking sebagai antara negara demokrasi terbaik dalam dunia. Jangan bagi muka kepada petualang2 ini. Negara kita, kita perintah...usah diberi laluan atas dasar hak bersuara. Rakyat yg setia semakin bosan. Apa yg pemerintah buat semua nya tak kena kepada mereka. Ini bukan jenis pembangkang yg dapat membina negara. Melingkup adalah.
    Sudah2lah muak dah.

    ReplyDelete