Friday, June 5, 2015

MANA HILANGNYA DARAH PAHLAWAN BUGIS , NAJIB?


Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Aku sebenarnya ternanti-nanti acara Nothing To Hide yang sepatutnya menjadi medan PM, Najib Tun Razak menjelaskan tentang isu 1MDB. Malangnya pada saat akhir, Najib tak jadi turun, kononnya atas nasihat PDRM yang risau tentang ancaman keselamatan. Tapi Tun M turun dan bila PM tiada, maka acara ini menjadi medan untuk Tun M menghentam PM mengenai isu 1MDB.
Tapi Tun M pun tak dapat berucap lama, selepas 5 minit dia dihalang oleh PDRM dari meneruskan ucapan.

Soalan aku:

1. Apakah ancaman keselamatan yang memaksa PDRM membatalkan majlis tersebut? Adakah ia ancaman terhadap PM? Mengapa dalam majlis ini tiba-tiba timbul ancaman sedangkan sebelum ini PDRM dah meluluskan acara tersebut, jadi sudah pastinya PDRM telahpun membuat persediaan untuk melindungi PM?

2. Sekiranya ada ancaman terhadap PM, mengapa PDRM halang majlis diteruskan sedangkan PM tiada di situ? Kalau tiada PM, sepatutnya tiadalah ancaman keselamatan kan? Mengapa Tun M dihalang berucap?  Sepatutnya penganjur sahaja yang berhak menghalang Tun M berucap, bukannya PDRM.

3. Adakah acara itu sendiri dianggap sebagai ancaman keselamatan? Jika ya, mengapa PDRM luluskan penganjurannya sebelum ini? Lebih baik tolak sahaja permohonan penganjur!

Sekarang ini bermacam spekulasi dibuat terhadap pembatalan acara ini. Salah satu spekulasi tersebut ialah kononnya PM takut bila Tun M muncul sedangkan dia tidak sepatutnya hadir di acara tersebut. Kononnya PM takut nak bersemuka dengan Tun M atau dalam istilah lebih professional, kecut teloq!!

Betul ke PM?

Satu-satunya cara untuk PM menangkis spekulasi ini ialah dengan mengadakan majlis bersama Tun M. Biar masing-masing bentangkan hujah dan kita sebagai rakyat menjadi hakim, hujah siapa yang lebih meyakinkan.

Macam mana? Ada berani ke PM?

Apa kecoh-kecoh ni Datuk Seri Najib?

Monday, June 1, 2015

KERAJAAN MALAYSIA LEBIH TERUK DARI KOMUNIS – DAP


Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mendakwa tahap kawalan harga barangan Malaysia lebih teruk dari negara komunis

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Seorang ahli parlimen DAP mempersoalkan kawalan harga Putrajaya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan mengatakan bahawa kerajaan komunis pun tidak mengenakan kawalan ketat seperti ini.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong menggesa kerajaan untuk menghentikan pelaksanaan Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Mekanisme untuk Menentukan Keuntungan Melampau) (Margin Keuntungan Bersih) 2014.

Menurut ahli parlimen itu, pihak berkuasa telah mengadakan rondaan setiap hari untuk memeriksa tahap keuntungan melampau berdasarkan aduan dan beberapa peniaga telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau juga memberi amaran bahawa banyak perniagaan mungkin akan gulung tikar jika ini berterusan.

Bernama melaporkan awal bulan ini bahawa Trendell Sdn Bhd, pemilik  Jaya Grocer Supermarket, merupakan syarikat pertama yang dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 untuk "keuntungan tinggi yang tidak berpatutan"  ekoran perbuatan mereka menaikkan harga jualan bendi yang terlalu tinggi.

Apa kecoh-kecoh ni Liew Chin Tong?

Aku hairan betullah dengan geng-geng DAP dan Pakatan Rakyat ni ni. Bila harga barang naik, dia salahkan kerajaan kerana tak kawal harga. Bila kerajaan bertindak tegas untuk kawal harga, dia marah kerajaan balik, kononnya lebih kejam dari komunis dan akan menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar.

Habis tu, apa yang kau nak kerajaan buat sebenarnya?

DAP dan Pakatan kena ingat, ahli parlimen mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat mahukan kawalan harga supaya harga tak naik melampau. Janganlah kerana towkay-towkay dalam DAP dah panas bontot kerana tindakan tegas kerajaan, korang cuba nak sabotaj usaha murni kerajaan pula.

Dalam kes yang dirujuk (Jaya Grocer), mereka telah menaikkan harga bendi dari RM3.10/kg sebelum GST menjadi RM9.70/kg selepas GST. Naik lebih dari 300%! GST kena 6% je, macam mana harga sayur boleh naik sampai lebih dari 300%!

Memang patut kena tindakan kerana ambil untung secara melampau!

Tapi disebabkan Jaya Grocer ni dimiliki Cina penyokong kuat DAP, maka DAP pun melompatlah bila Jaya Grocer kena tindakan. Terus dituduhnya kerajaan lebih zalim dari komunis!!

Aku nak tanya balik Liew Chin Tong dan geng-geng DAP serta Pakatan Rakyat – mana lebih zalim, ambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga terlampau tinggi atau membiarkan peniaga tak berhati perut ni terus memeras rakyat marhaen sehingga mereka tak mampu beli makanan?

Apa kecoh-kecoh ni Liew Chin Tong?

Sunday, May 31, 2015

AHMAD AWANG LEBIH SESUAI JADI PRESIDEN PAS SEBAB DIA BOLEH CAKAP ENGLISH – NIZAR


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Siapa tak kenal Nizar Jamaluddin? Bekas Menteri Besar Perak dan boneka DAP yang ditendang keluar oleh PAS Bahagian Kampar.

Sekarang, dalam usaha meningkatkan sokongan untuk calon Presiden tajaan DAP, Ahmad Awang, dia mengatakan Haji Hadi tak layak untuk menjadi Presiden PAS.

AKu petik dari portal pro pembangkang Malaysiakini:

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menyeru ahli PAS untuk menyokong Ahmad Awang yang menurutnya lebih layak dari Hadi sebagai pemimpin.

“Hadi boleh bercakap bahasa Arab, Ahmad pun boleh. Tapi Ahmad boleh bercakap Bahasa Inggeris, Hadi tak boleh”

Tu diaaaaa….

Kriteria utama untuk jadi Presiden PAS. Mesti boleh cakap Bahasa Inggeris!!

Aku rasa banyak negara dalam dunia ni pemimpinnya tak tahu cakap Bahasa Inggeris tapi maju juga negaranya.

Adakah kegagalan Hadi bercakao Bahasa Inggeris bermakna kepimpinannya lemah?

Bagaimana dengan Nik Aziz dulu? Hebat ke dia bertutur dalam Bahasa Inggeris? Tapi kepimpinannya tetap disanjung oleh ahli PAS.

Nampak sangat geng pro DAP dah takda modal, sampai isu Bahasa pun jadi kriteria penting nak jadi Presiden!!


Apa kecoh-kecoh ni Nizar Jamaluddin?

Thursday, May 28, 2015

RAFIZI - TOKOH BERINTEGRITI TAK MAKAN SAMAN


Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?

Ada siapa sini tak kenal Rafizi? Mustahil... Rafizi ini adalah idola semua orang. Musuh kejahatan, kekasih kebenaran - macam Papa Zola dalam Boboi Boy.

Kalau kau buat salah, sampai ke lubang cacing Rafizi akan cari kau... Inilah manusia paling amanah kat Malaysia.

Betul ke?

Hmmm... Sebelum ini Rafizi langgar Akta BAFIA bila beliau membocorkan maklumat sulit perbankan.

Lepas tu Rafizi kutip derma secara haram dan membelanjakannya tanpa diaudit.

Sekarang ni tak nak bayar saman pula?


Boleh tengok sendiri, Rafizi ada saman tertunggak berjumlah RM2,400 sejak tahun 2012. Dah tiga tahun, sampai sekarang tak berbayar lagi?

Haiii... Mana pergi integriti kau Rafizi? Orang lain buat salah cepat je kau hukum tapi bila diri sendiri buat salah, kau diam macam syaitan bisu je?

Duit derma haram yang kau kumpul tu dah berapa ratus ribu? Takkanlah nak pakai buat joli je kot, pakailah sikit untuk bayar saman juga. Bukannya orang tahu pun berapa banyak kau songlap sebab derma haram yang kau kutip tu kan masuk akaun syarikat sendiri, tak ada siapa boleh audit!

Apa kecoh-kecoh ni Rafizi?

Wednesday, May 27, 2015

RAFIZI SELEWENG DUIT RAKYAT LAGI?


PETALING JAYA: Tindakan Rafizi Ramli mengutip derma daripada orang ramai sebanyak RM10 seorang bagi menjayakan kempen “Tutup 1MDB” merupakan satu kesalahan. 

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, perbuatan itu juga satu penipuan. 

Katanya, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang dikatakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diamanahkan untuk mengutip dana tersebut didaftarkan sebagai syarikat SDN BHD. 

“Selepas membuat semakan saya mendapati NOW ini bukan sebuah pertubuhan tetapi ianya merupakan sebuah syarikat SDN BHD yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernama NOW SDN BHD,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Rabu. 

Menurut Ramesh, tindakan syarikat tersebut beroperasi menggunakan nama NGO untuk mengutip wang daripada orang awam sebenarnya menyalahi undang-undang. 

Sebagai syarikat SDN BHD, NOW tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tindakan itu. 

Bekas ahli DAP itu berkata, semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mendapat kelulusan untuk menerima atau mengutip wang daripada orang awam. 

Sehubungan itu, tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutip derma daripada orang awam menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001). 

“Saya minta polis siasat penipuan Rafizi ini. Kalau permulaan dia sudah menipu, saya boleh katakan pembongkaran Rafizi sebelum ini berkaitan 1MDB adalah tipu dan tidak boleh dipercayai. 

“Kalau betul nak berjuang untuk rakyat dia (Rafizi) tak boleh tipu macam ni, kamu dah menipu rakyat kamu masih nak bodohkan rakyat,” katanya. 

Dia turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan permainan yang dibuat Ahli Parlimen Pandan itu untuk memberi sokongan kepada kempen tersebut. 


Monday, May 25, 2015

CERITA PENGUNDI HANTU LAGI PAKATAN? CERMIN DIRI SENDIRI DULU LAH...


Ape kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

Siapa P. Ramasamy ni? P. Ramasamy adalah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP.

Dalam kesungguhan negara nak bantu pelarian Rohingya baru-baru ini, dia membantah tak mahu Malaysia tolong Rohingya, kononnya mereka semua akan dijadikan pengundi hantu!

Apa ni Pakatan? Dulu kau beria-ia suruh Malaysia bantu pelarian, bila nak bantu kau larang pula!!

Yang asyik nak cerita pasal pengundi hantu ni mengapa? Dah lupa ke dulu bila tuduh pengundi hantu, satu bukti pun takda. Yang adanya kena minta maaf pasal silap tuduh pengundi hantu.

Lepas tu, pemilihan parti dalam Pakatan Rakyat sendiri kelam-kabut dan huru-hara!

BUKTI 1:

Ahli Parlimen DAP dari Serdang, Ong Kian Ming terpaksa meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Chua Lai Fatt sebagai pengundi hantu Bangladesh. Chua adalah warga Malaysia keturunan India yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Cina.

BUKTI 2:


Lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, terpaksa meminta maaf secara terbuka apabila membuat kesilapan menuduh Ali Mydin sebagai pengundi hantu Bangladesh sedangkan beliau sebenarnya AHLI PKR DAN PENYOKONG KUAT PAKATAN RAKYAT!!

Kalau ahli sendiri pun PKR boleh tuduh sebagai pengundi hantu, memang tak hairanlah kalau orang lain pun dia tuduh sebagai pengundi hantu!

BUKTI 3:


Pemilihan PKR 2014 ditangguhkan kerana tuduhan pengundi hantu, penipuan, rasuah, politik wang, blackout dan salah guna kuasa oleh jawatankuasa pemilihan dan pucuk pimpinan parti.

Eh, macam biasa dengar je tuduhan ni... Selalu tuduh SPR, rupanya dia lagi teruk!!!

Sorilah Pakatan, bila kau buka cerita pasal pengundi hantu ni orang dah malas nak dengar, sebab kau dah takda kredibiliti! Bak kata pepatah, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!

Apa kecoh-kecoh ni P. Ramasamy?

GUAN ENG CAKAP BERAPI, TAPI NAK TOLONG ROHINGYA TAK BERANI


Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Semasa Kerajaan sedang menimbangkan tindakan yang perlu diambil untuk menangani isu pelarian Rohingya, Lim Guan Eng cuba jadi hero dengan menggesa Kerajaan terima dan bantu semua pelarian Rohingya tersebut. Kononnya beliau wira hak asasi manusia sejagat.

Tapi bila dicadangkan supaya Pulau Pinang menjadi tuan rumah penempatan pelarian tersebut, cepat-cepat Guan Eng menolak.

Berikut petikan laporan The Star:

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah mencadangkan Pulau Pinang sebagai lokasi yang sesuai bagi 7,000 pelarian yang telah diselamatkan kerana ia yang terletak di utara, membolehkan penghantaran balik  mereka selepas setahun lebih mudah.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak bersetuju, dengan mengatakan bahawa Rohingya dan pelarian Bangladesh harus ditempatkan di tanah persekutuan dan bukannya tanah kerajaan negeri, menegaskan bahawa Pulau Pinang mempunyai "ruang terhad".

Tu diaaa….

Bila nak suruh Kerajaan bertindak, cakap berapi tapi bila minta tolong sama dia tak berani!!

Perumpamaan Guan Eng ni adalah macam orang yang cakap berapi suruh orang ramai derma banyak-banyak kat tabung kebajikan tapi bila kita sua tabung kat dia, satu sen pun tak bagi, kononnya takda duit!

Setakat kem sementara untuk 7,000 orang, besar mana lah sangat Guan Eng? Lepas satu tahun tutup baliklah kem tu, sebab semua pelarian akan dihantar balik. Bukannya nak suruh letak kat tengah-tengah Georgetown pun.  Seberang Perai kan banyak lagi tanah. Pulau Jerjak pun ada.

Nampak sangat Guan Eng sengaja bagi alasan tak nak bantu Rohingya.

Pigi dah Guan Eng, cakap tak serupa bikin! Hipokrit!

Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?