Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?
Dalam keadaan rakyat Selangor merintih kerana tekanan
hidup, Khalid Ibrahim senang-senang naikkan gajinya dan gaji kroni-kroninya
dalam kerajaan Selangor.
Aku nak tanya sikit , antara tanggungjawab MB dengan tanggungjawab PM, yang mana lagi besar? Ini soalan mudah, sudah tentulah tanggungjawab PM!! PM jaga satu Malaysia, MB jaga satu negeri je!
Soalan berikutnya, antara tanggungjawab Exco dengan tanggungjawab TPM, yang mana lagi besar? Ini pun soalan senang jugak, sudah tentulah tanggungjawab TPM lagi besar dari tanggungjawab Exco!! TPM pun jaga satu Malaysia, EXCO jaga satu portfolio dalam negeri je!
Tapi, tapi, tapi.... kalau tanggungjawab PM jauh lagi besar dari tanggungjawab MB, mengapa gaji MB Selangor naik mencanak sampai jauh lebih tinggi dari PM?
Banyak ke naiknya?
Takdalah banyak sangat. Sikit jeeee…
Gaji ADUN naik 87% je…
Gaji Speaker naik
268% je.
Gaji Timbalan Speaker naik 373% je.
Gaji Exco naik 231% je.
Gaji MB naik 106% je.
Ini gaji sahaja tau, belum masuk kira elaun-elaun lagi!!
Gaji kakitangan Kerajaan Negeri Selangor?
Naik jugak!!
NAIK 0% JE!!! Hahahaha..
Kempuuuunan lah kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenaikan
1% pun TAK DAPAT!!!
Aku nak tanya sikit; antara MB, Exco, ADUN dan kakitangan
Kerajaan Negeri, siapa yang lebih memerlukan kenaikan gaji?
Kalau ikut kepada kenaikan gaji yang diumumkan Khalid
Ibrahim, yang lebih memerlukan kenaikan gaji sudah tentunya ADUN, Exco dan MB
Khalid Ibrahim sendiri!
Kakitangan bawahan Kerajaan Negeri Selangor? Eh, diorang
dah banyak duit, tak payah naik gaji pun dah mewah belanja. Macam tu lah logik
akal Khalid Ibrahim.
Tahniah kakitangan Kerajaaan Negeri Selangor. Anda memang
bertuah dapat majikan yang begitu prihatin terhadap penderitaaan kakitangan
bawahan!
Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?
No comments:
Post a Comment