Monday, December 16, 2013

INILAH PADAHNYA APABILA APARTEID DIAMALKAN DI MALAYSIA

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sempena pengebumian wira menentang aparteid di Afrika Selatan, Nelson Mandela, maka ramailah macai-macai dari Pakatan mengambil kesempatan melolong kononnya aparteid masih belum tamat dan masih diamalkan di Malaysia.

Mereka merintih dan meracau kononnya Bumiputera asyik menindas kaum minoriti Cina sehinggakan mereka rasa tertekan dan terhimpit dibelenggu oleh ketidakadilan di Malaysia.

Betul ke aparteid masih hidup dan subur di Malaysia?

Pertamanya, aparteid merujuk kepada ketidakadilan bila kaum minoriti menindas kaum majoriti dan membolot semua hasil kekayaan negara berkenaan. Jadi di Afrika Selatan, kita boleh lihat betapa orang kulit putih memegang semua kekayaan negara dan kaum majoriti kulit hitam terperosok di dalam kawasan setinggan, tinggal dalam rumah yang hampir tumbang menyembah bumi, tanpa sebarang kemudahan asas.

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah kaum minoriti Cina tertindas begitu?

Mari kita lihat.


Tu diaaaaa!!! Tertindasnya Cina di Malaysia!!

Masyarakat Cina yang tetindas di Malaysia
Masyarakat kulit hitam yang tertindas diAfrika Selatan
Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?


Sunday, December 15, 2013

LIM GUAN ENG KANTOI BAGI PROJEK JUTA-JUTA PADA KRONI SP MEGA


 Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng?

Semasa DAP mula-mula dipilih menerajui Kerajaan Penang, janji PERTAMA Lim Guan Eng ialah untuk melaksanakan SEMUA perolehan secara tender terbuka dan MENGHAPUSKAN rundingan terus kerana menurut LGE, rundingan terus hanya menguntungkan kroni & merugikan Kerajaan.

Hari ini kita dapat tahu LGE MENGARAHKAN Majlis Perbandaran Seberang Perai memberikan kontrak secara TERUS kepada syarikat yang DIPILIH beliau iaitu SP Mega bagi menjalankan projek tebatan banjir di Seberang Perai.  

Berapa jumlah kontrak tu? RM100 ribu? RM500 ribu? RM1 juta?

Takdalah tinggi mana, RM7 JUTA je!

Tak percaya? Boleh baca sendiri minit Mesyuarat Lembaga Perolehan 3/2013 ni.







Aku petik perenggan 5.15 (c) dari minit berkenaan:

“YAB Ketua Menteri & YB Lim Hock Seng, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) mencadangkan supaya RUNDINGAN TERUS dibuat dengan Syarikat SP Mega Sdn Bhd. Cadangan ini telah dimaklumkan kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri & beliau bersetuju supaya Majlis membuat RUNDINGAN TERUS dengan Syarikat SP Mega Sdn Bhd.”

Bila media menghubungi Dato’ Farizan Idris, Setiausaha Kerajaan Negeri Penang, beliau cuba berdalih dan mendakwa bahawa minit tersebut sebenarnya tersalah catat. Kononnya SP Mega dicadangkan oleh EXCO sahaja dan bukannya oleh Lim Guan Eng.

Oh ye ke silap catat?

Mari kita tengok semula minit mesyuarat berkenaan.

Minit mesyuarat ini disediakan oleh Hjh Noraziah bt Hj Abd Aziz, Setiausaha Lembaga Perolehan merangkap Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Minit mesyuarat ini juga disahkan oleh Maimunah Mohd Shariff, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai. Dan akhir sekali, minit ini turut disemak oleh Sr Haji Razali b Haji Mohamod, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Yang sediakan minit, semak minit dan sahkan minit semuanya pegawai-pegawai atasan, bukannya kakitangan rendah atau kerani biasa. Kalau satu orang buat silap, mungkin kita boleh terima. Tapi kalau sampai tiga orang pegawai kanan berpangkat besar dah sahkan minit tersebut, logik ke kalau Farizan kata minit tu silap?

Nampak sangat Farizan cuba nak tutup jejak kerakusan Lim Guan Eng & DAP membolot kontrak kerajaan negeri Penang.

Nampak sangat slogan CAT (Competency, Accountability, Transparency) Lim Guan Eng sekadar gula-gula untuk mengabui mata rakyat padahal semua hasil Kerajaan masuk dalam poket kroni dia sendiri!

Apa kecoh-kecoh ni Lim Guan Eng & DAP?


p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan di The Edge & Malaysia Today.

Thursday, December 12, 2013

KESIAN CINA, TERUK DITINDAS DI MALAYSIA


Apa kecoh-kecoh ni Nanyang Siang Pau?

Nanyang Siang Pau pada 10 Disember yang lepas telah menerbitkan artikel bertajuk “Masyarakat Cina Tertunggu-tunggu Penyelamat”.

Antara isi kandungannya, penulis merintih kononnya peniaga Cina kini mengalami tekanan apa bila kerajaan secara berterusan mengukuhkan dasar ekonomi Bumiputera. Kononnya penguasaan ekonomi oleh Bumiputera semakin meluas sehinggakan ramai peniaga Cina yang merudum perniagaannya.

“Peniaga Cina menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata. Di saat kita mengalami keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.”

Sekali baca, memang boleh menitis air mata mendengar tentang kisah menyayat hati para peniaga Cina ni. Kalau orang yang tak tahu pasal suasana di Malaysia baca, mesti dia ingat orang Cina di Malaysia ni kena tindas macam orang Afrika di bawah rejim apartheid. Semuanya miskin, duduk dekat rumah setinggan, makan tak cukup, kerja tak ada.

Tapi, bila kita buka mata dan lihat keadaan sekeliling, nampak jelas artikel Nanyang Siang Pau tu memang mengarut!!

Bidang perniagaan semuanya dikuasai orang Cina. Dari tahun 1970an kerajaan wujudkan Dasar Ekonomi Baru untuk bantu Bumiputera capai sasaran ekuiti 30% sahaja, sampai sekarang tak tercapai. Bayangkan, Bumiputera lebih 60% dari penduduk Malaysia, tapi nak kuasai ekonomi 30% pun tak dapat!! Tapi Cina yang cuma  30% dari penduduk, boleh kuasai 70% ekonomi Malaysia!!

Macam tu punya hebat pun boleh Nanyang Siang Pau boleh kata peniaga Cina tertindas? Kalau kuasai 70% pun tertindas, macam mana yang tak tertindas? Bila semua 100% ekonomi negara dibolot Cina baru adil ke?

Kita tengok pula senarai orang terkaya di Malaysia. Dari top ten, Bumiputera cuma ada seorang, itupun no 8 je - Syed Mokhtar AlBukhary. Itupun geng Cina yang diketuai DAP sedang kempen gila-gila nak jatuhkan Syed Mokhtar – kempen boikot Gardenia lah, macam-macam artikel kutuk Syed Mokhtar dalam media pembangkang lah. Hoi DAP, seorang Melayu kaya pun kau dengki khianat, Cina ramai-ramai kaya tak pernah pun Melayu buat kempen jatuhkan individu tertentu.

Kalau dulu, politik dikuasai Melayu, perniagaan dikuasai Cina. Sekarang ni dalam politik pun DAP dah pegang Pakatan Rakyat, perniagaan pun Cina masih pegang lagi. Mana nak letak Melayu? Logik ke kalau penduduk majoriti tak pegang kuasa politik dan tak pegang kuasa ekonomi langsung?

Mengapa Cina ramai sokong Pakatan? Sebab DAP dianggap mereka sebagai “penyelamat” sebagaimana yang disebut dalam artikel Nanyang Siang Pau tu. Kalau nak tahu betapa kuatnya pengaruh DAP dalam Pakatan, boleh tengok sendiri janji-janji Pakatan: janji nak mansuhkan dasar ekonomi Bumiputera, biar semua adil kononnya; janji nak iktiraf kelulusan sekolah Cina untuk masuk universiti dan kerja Kerajaan, tak payah masuk sekolah kebangsaan langsung.

Ini semua memang agenda cauvinis Cina dan jelas dizahirkan oleh Pakatan.

Pada Mei 1998, berlaku rusuhan besar-besaran di Indonesia mensasarkan perniagaan orang Cina. Beratus-ratus kedai dibakar dan beribu-ribu orang terbunuh. Puncanya, rakyat pribumi yang sekian lama menderita kemiskinan hilang sabar terhadap masyarakat Cina yang dianggap sebagai parasit yang mengaut semua kekayaan negara dan menindas masyarakat pribumi.

Tujuan dasar ekonomi Bumiputera adalah untuk mengelakkan perkara sebegini dari berlaku. Bila pembahagian kekayaan dibuat sama rata, maka tidak akan timbul rasa irihati atau terpinggir. Bukannya Bumiputera minta banyak pun, 30% sahaja. Minta sedikit macam tu pun dianggap oleh Cina sebagai menindas mereka?

Jangan sampai Mei 1998 tercetus di Malaysia.

Apa kecoh-kecoh ni Nanyang Siang Pau & DAP?

Tuesday, December 10, 2013

KERANA MAT SABU, MALAYSIAN INSIDER FITNAH DR ASRI HALALKAN SYIAH


Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Selama ni Ahli Sunnah Wal Jamaah memang menetapkan bahawa pegangan Syiah dianggap terpesong dari Islam. PAS pun berpendirian tidak mengiktiraf fahaman Syiah dan menegah ahlinya dari mengikuti fahaman tersebut.

Tetapi bila Zahid Hamidi membuat pengumuman bahawa Mat Sabu ialah penganut Syiah maka golongan pro Mat Sabu terus menukar pendirian mereka sebelum ini dan cuba menghalalkan pula Syiah.

Dan yang terkini, Malaysian Insider cuba memutarbelitkan kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Malaysian Insider mengeluarkan tajuk berita sensasi:

PENGANUT SYIAH ADA HAK AMAL KEPERCAYAAN MEREKA, KATA BEKAS MUFTI.

Uish, dahsyat tu!! Sekali baca macam Syiah ni perkara yang tak salah. Dan ini bukan kali pertama Malaysian Insider cuba menghalalkan Syiah. Sebelum ini mereka pernah keluarkan berita:

SETIAUSAHA ULAMA: PAS IKTIRAF SYIAH MAZHAB DALAM ISLAM

Lagi dahsyat kan? Tapi selepas tu PAS sendiri keluarkan kenyataan bahawa ulasan Setiausaha Dewan Ulamanya telah diputarbelit oleh Malaysian Insider.

Nampak sangat kan agenda pro Syiah Malaysian Insider ni? Semuanya kerana nak menyokong Mat Sabu!!!

Sekarang mari kita baca penjelasan dari Dr Asri sendiri tentang kenyataannya itu.

Dr Asri kesal Malaysian Insider sensasikan pendapatnya pasal Syiah
10 DIS: “Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti”. Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.
Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.
Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.
drasri
DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah
Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.
“Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.
“Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya,” tegasnya di laman sosial itu.



Sekarang dah jelas lagi bersuluh bahawa Dr Asri tidak pernah menghalalkan Syiah. Ianya cuma putarbelit Malaysian Insider sahaja, agenda pembangkang pro Syiah!!

Apa kecoh-kecoh ni Malaysian Insider?

Monday, December 9, 2013

RAFIZI RAMLI PERSENDA BANTUAN BANJIR DARI BN & PAS



Apa kecoh-kecoh ni Rafizi Ramli?

Dalam keadaan huru-hara di Pantai Timur sekarang, aku respek pada semua pihak yang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir. Pelbagai bantuan diberikan, kalau tak banyak sedikit pun takpa. Tapi yang sedihnya dalam keadaan musibah seperti ini, ada jugak malaun yang menangguk di air keruh.

Siapa malaun tu?

Tak lain tak bukan Rafizi Ramli.

Apa dia buat? Dia mempersendakan bantuan yang diberi BN dan PAS kepada mangsa banjir.
Boleh baca sendiri Tweet dan gambar dari Rafizi.


Kami x buat, sbb sumbangan dr rakyat bkn dr PKR ha3 “@aidi_ezzhar: harap pihak PKR tak buat macam ni la eh . Haha

Oh, ya ke PKR tak buat macam ni? Betul ke PKR tak letak logo PKR kat bantuan kepada mangsa banjir?

Jom tengok gambar ni pulak. Ini adalah gambar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh @ FOOLziah, sedang bagi bantuan kepada mangsa banjir. Eh, logo apa yang ada kat beg bantuan tu ya? Logo Bulan Sabit Merah ke?


Piiigiiirah Rafizi!!! Kau memang hipokrit!! Orang lain letak logo kau kutuk, tapi bila geng kau sendiri letak logo, kau dok diam je.

 Rafizi ni memang samaaaa je dengan Fuziah. Si Fuziah, bila dah teruk banjir baru nak jenguk muka ke Kuantan. Sebelum tu dia lebih rela lepak di KL. Samalah dengan si Rafizi. DIa anak Kemaman, tapi bila banjir di Kemaman dah teruk, baru dia nak turun Kemaman tunjuk hero. 

Korang tahu bila dia pergi Kemaman? Baru semalam beb, padahal orang Kemaman dah lama menderita banjir. Lepas tu dia persoalkan kononnya pasukan keselamatan lambat bagi bantuan padahal dia sendiri pun tak tunjuk muka kat situ!!

Malaun macam ni cuma tahu nak cari salah kerajaan sahaja padahal dia sendiri pun bukannya kisah sangat penderitaan rakyat.

Apa kecoh-kecoh ni Rafizi & Fuziah?

Thursday, November 28, 2013

AZMIN BERSEKONGKOL GAJI NAIK MELAMPAU, TIBA2 NAK JADI HERO BANTAI KHALID


Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?

Baru-baru ni Khalid Ibrahim umumkan kenaikan gaji untuk kroni-kroninya dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga mencecah 400%.

Lepas tu bila rakyat merintih kerana pemimpin Pakatan lebih pentingkan tembolok sendiri berbanding penderitaan rakyat, Azmin pun cuba jadi hero.

Apa kata Azmin?

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau pada masa turut menyatakan perasaan terkilan dengan Abdul Khalid yang telah membelakangkan kepentingan pendapat parti dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita tidak pernah diberitahu dan kita mengharapkan bahawa berbincang dengan kita namun tidak ada. Yang kita persoalkan kenapa usul yang dibentangkan pada 19 November lalu dengan begitu cepat dilaksanakan.”
Apa pula kata Khalid?
“Usul ni kita dah bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan usul ini juga telah diluluskan oleh Dewan. Kenaikan gaji ni tetap akan dilaksanakan. Kalau ada ADUN yang tak setuju dengan kenaikan gaji ni, mereka boleh dermakan lebihan gaji tu.”
Keras betul bunyi si Khalid.
Soalan mudah aku kepada Azmin. Kau cakap BBC dan pucuk pimpinan parti tak tahu menahu tentang kenaikan gaji ni. Tapi kau sendiri mengaku yang usul ni dah DIBENTANGKAN & DILULUSKAN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
BBC dan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor semuanya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Jadi mengapa semasa usul ini dibentangkan di DUN Selangor, tak seorang pun ahli BBC atau pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang membantah kenaikan gaji gila ni?
Sebelum satu-satu usul diluluskan, ada perbahasan dahulu. Dalam usul tu dinyatakan dengan jelas berapa kadar kenaikan gaji yang akan dilaksanakan, Jadi, semua ADUN dah tahu lebih awal berapa banyak peningkatan gaji yang akan diterima. Kau kan ADUN, Azmin, jadi semasa perbahasan, mengapa kau tak bangkitkan tentang kenaikan melampau ni? Lepas tu, semasa undian, mengapa tiada seorang pun yang mengundi menentang kenaikan melampau ni?
SEMUA ADUN PAKATAN MENYOKONG USUL KENAIKAN GAJI MELAMPAU SEMASA IA DIBENTANGKAN DI DUN SELANGOR!
Tapi bila rakyat dah marah, baru kau nak berdalih kononnya kau tak tahu pun pasal isu ni. Bila rakyat dah melenting, baru kau nak berlagak jaguh, konon nak membela kepentingan rakyat.
Pigiraaah Azmin, sandiwara basi macam ni dah tak laku.
Semua orang dah tahu, pemimpin Pakatan hanya pentingkan tembolok masing-masing sahaja, pergi mampuslah dengan rakyat!
Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?

MENGAPA RIDHUAN TEE JADI SASARAN UTAMA DAP?


Apa kecoh-kecoh ni DAP?

DAP memang dah lama tak senang duduk melihat kelantangan Prof Ridhuan Tee menyingkap aksi-aksi melampau golongan ultra kiasu cauvinis Cina. Kalau yang membangkitkan isu ultra kiaus cauvinis Cina itu orang Melayu, sudah pastinya DAP akan segera menuduh orang tersebut sebagai rasis. Tetapi kerana yang menelanjangkan muslihat dan helah ultra kiasu cauvinis Cina itu sendiri ialah orang Cina, maka terkedu DAP, tak tahu macam mana nak menjawab. Maka mereka seboleh-bolehnya cuba mencari isu yang boleh digunakan untuk memburuk-burukkan nama baik Prof Ridhuan Tee.

Dan kini isu yang digunakan ialah kononnya Prof Ridhuan Tee memplagiat hasil kerja orang lain. Dan barua DAP yang diarah untuk memainkan isu ini tak lain tak bukan ialah Ariffin Omar, Melayu tak sedar diri yang dilantik sebagai Senator DAP untuk cuba meraih undi Melayu.

Arifin mendesak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia untuk memecat Ridhuan Tee kerana kononnya tidak telus dan amanah. Tetapi sehingga kini TIADA aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai tuduhan plagiarism ini. Jadi atas dasar apa Prof Ridhuan Tee perlu dipecat? TIADA aduan, TIADA siasatan, TIADA perbicaraan, tiba-tiba nak suruh pecat orang?

Macam ni ke keadilan versi DAP?


Sekarang mari kita bandingkan pula kes ini dengan kes Yap Sin Tian, Pengerusi Dong Zong, pertubuhan ultra kiasu cauvinis Cina terbesar di Malaysia yang juga penyokong kuat DAP.
Yap Sin Tian telah kantoi kerana mengaku kononnya berstatus pemegang sarjana sedangkan ijazah tersebut menggunakan ijazah palsu dari universiti palsu di Amerika Syarikat. Dia mengaku memiliki ijazah sarjana dari Universiti Kensington di California, Amerika Syarikat pada tahun 1993 dalam bidang Pentadbiran Perniagaan yang membawa gelaran Doktor.
Universiti Kensington ini diarah tutup oleh pentadbiran California pada tahun 1996 setelah didapati bersalah kerana menjual ijazah tanpa memerlukan pengajian. Secara ringkasnya, lu bayar, lu sudah boleh dapat ijazah maaa.. Tak payah susah-susah mau belajar. Yap Sin Tian bayar, terus dapat jadi Doktor Falsafah.  Doktor segera!!

Dalam kes ni ada tak DAP bising-bising minta Yap Sin Tian letak jawatan sebab tak telus dan tak amanah?

TAKDA!!

Malah Yap Sin Tian terus jadi tetamu kehormat dalam program-program DAP!

Nampak tak betapa sialnya DAP ni?

Ridhuan Tee belum kena tuduhan rasmi, DAP dah desak supaya dipecat. Yap Sin Tian dah kantoi tipu ijazah tetapi DAP terus agung-agungkan!

Pesanan aku pada Prof Ridhuan Tee, teruskan usaha murni anda menyingkap pekung ultra kiasu cauvinis Cina DAP. DAP dah melatah sebab dia dah gelabah. Itu tandanya pendedahan Prof Ridhuan Tee memang tepat mengenai sasaran.

Prof Ridhuan Tee, wa caya sama lu!!


Apa kecoh-kecoh ni DAP?

Wednesday, November 27, 2013

KHALID SAMAD KENA BAYAR RM320,000 SEBAB FITNAH HASAN ALI


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Siapa tak kenal Khalid Samad? Pemimpin kuat golongan Anwarinas dalam PAS. Terkenal dengan gelaran Khalid Gereja sebab pendiriannya yang amat liberal sampaikan bila Nurul Izzah menuntut hak Melayu untuk murtad pun Khalid Samad sokong!

Bila idolanya ialah Anwar Ibrahim, maka tak hairanlah bila perangainya pun sebijik macam Anwar Ibrahim, suka tabur fitnah di sana-sini.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setelah puas menghambur fitnah dan tohmah di sana sini, akhirnya Khalid Samad tersungkur menyembah bumi.

Semalam Mahkamah memerintahkan Khalid Samad membayar Hasan Ali RM320,000 kerana didapati bersalah memfitnah Hasan Ali.

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM320,000

SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.

Tahniah Hasan Ali!! Selama ni pemimpin kerajaan terlalu lembut hati. Walaupun difitnah dan ditohmah oleh pemimpin Pakatan dan media-media pembangkang seperti Malaysiakini & Malaysian Insider, mereka sanggup berdiam diri. Akibatnya, makin galaklah pemimpin Pakatan dan media pembangkang menabur fitnah!

Kini kemenangan Hasan Ali harus dijadikan iktibar Setiap kali keluar fitnah dari mulut pembangkang, terus saman!! Jangan kasi peluang mereka pesong pemikiran rakyat!
Kalau setiap kali keluar fitnah kena saman, kena bayar RM320,000, lama-lama senyaplah golongan munafik ni.

Satu soalan aku untuk penyokong PAS. PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, maka para pemimpinnya juga perlu mencerminkan akhlak dan imej yang terpuji sebagai contoh tauladan untuk para ahli PAS yang lain. Tapi kalau pemimpin kanan PAS sendiri kaki fitnah, kaki caci, kaki temberang, macam mana kita nak percaya dengan perjuangan Islam PAS?

Bak kata pepatah, kalau bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

MB SELANGOR KAYA RAYA, RAKYAT SELANGOR MENDERITA


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Dalam keadaan rakyat Selangor merintih kerana tekanan hidup, Khalid Ibrahim senang-senang naikkan gajinya dan gaji kroni-kroninya dalam kerajaan Selangor.

Aku nak tanya sikit , antara tanggungjawab MB dengan tanggungjawab PM, yang mana lagi besar? Ini soalan mudah, sudah tentulah tanggungjawab PM!! PM jaga satu Malaysia, MB jaga satu negeri je!

Soalan berikutnya, antara tanggungjawab Exco dengan tanggungjawab TPM, yang mana lagi besar? Ini pun soalan senang jugak, sudah tentulah tanggungjawab TPM lagi besar dari tanggungjawab Exco!! TPM pun jaga satu Malaysia, EXCO jaga satu portfolio dalam negeri je!

Tapi, tapi, tapi.... kalau tanggungjawab PM jauh lagi besar dari tanggungjawab MB, mengapa gaji MB Selangor naik mencanak sampai jauh lebih tinggi dari PM?

Banyak ke naiknya?

Takdalah banyak sangat. Sikit jeeee…

Gaji ADUN naik 87% je…

Gaji Speaker naik  268% je.

Gaji Timbalan Speaker naik 373% je.

Gaji Exco naik 231% je.

Gaji MB naik 106% je.

Ini gaji sahaja tau, belum masuk kira elaun-elaun lagi!!

Gaji kakitangan Kerajaan Negeri Selangor?

Naik jugak!!

NAIK 0% JE!!! Hahahaha..

Kempuuuunan lah kakitangan Kerajaan Negeri Selangor. Kenaikan 1% pun TAK DAPAT!!!

Aku nak tanya sikit; antara MB, Exco, ADUN dan kakitangan Kerajaan Negeri, siapa yang lebih memerlukan kenaikan gaji?

Kalau ikut kepada kenaikan gaji yang diumumkan Khalid Ibrahim, yang lebih memerlukan kenaikan gaji sudah tentunya ADUN, Exco dan MB Khalid Ibrahim sendiri!

Kakitangan bawahan Kerajaan Negeri Selangor? Eh, diorang dah banyak duit, tak payah naik gaji pun dah mewah belanja. Macam tu lah logik akal Khalid Ibrahim.

Tahniah kakitangan Kerajaaan Negeri Selangor. Anda memang bertuah dapat majikan yang begitu prihatin terhadap penderitaaan kakitangan bawahan!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Monday, November 25, 2013

ANTARA JEFF OOI & KUCING KURAP




Apa kecoh-kecoh ni Jeff Ooi & DAP?

Baru-baru ni Jeff Ooi, wakil rakyat DAP di Pulau Pinang, melabel kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai KUCING KURAP semata-mata kerana pegawai kanan MPPP tidak dapat hadir sidang medianya dan menghantar wakil sebagai pengganti.

Kita boleh tengok sendiri betapa sombong dan angkuhnya wakil rakyat Cina dari DAP ni menghina pegawai Melayu sesuka hati. Itulah yang jadi bila DAP dah rampas kuasa, orang Melayu semuanya dipandang hina macam KUCING KURAP!!

Kita tahu pegawai-pegawai MPPP banyak lagi hal nak diuruskan. Setakat nak hadir sidang media wakil rakyat, perlu ke pegawai kanan kena hadir? Ni sidang media wakil rakyat je, bukannya sidang media Ketua Menteri pun!! Kalau dalam sehari ada sepuluh orang wakil rakyat buat sidang media, takkan sepuluh orang pegawai kanan nak tercongok, nak melangut kat sidang media dia orang?

Bila dah tercongok kat sidang media, kerja kat pejabat confirm tak dapat nak disiapkan. Bila kerja tak siap, wakil rakyat DAP macam Jeff Ooi juga yang akan bantai pegawai MPPP kononnya mereka semua adalah KUCING KURAP yang cuma tahu curi tulang dan makan gaji buta!!

Sekarang ni sapa sebenarnya KUCING KURAP? Jeff Ooi atau MPPP?

Apa kecoh-kecoh ni Jeff Ooi dan DAP?

SIAPA YB WANITA LEMBAH KELANG YANG MEROGOL WANITA INDONESIA?

Apa kecoh-kecoh ni YB perogol?

Eh silap, bukan YB yang merogol, pemandu YB yang merogol. 

Boleh baca sendiri berita dari RBF ni...


Hmmmm.... Kalau di Wilayah Persekutuan ni, ada 2 je YB wanita. 


Sorang ialah Teresa Kok, pembantah laungan azan waktu Subuh.


 Sorang lagi ialah Nurul Izzah, pejuang kebebasan hak Melayu untuk murtad.

Yang mana satu YB wanita yang terlibat? Ke ada YB lain yang aku terlepas pandang?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat!


Apa kecoh-kecoh ni YB perogol?

Wednesday, November 13, 2013

NAK MINTA MAAF PUN BANYAK DALIH SI NURUL IZZAH NI!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Adoiii... Banyak songeh betul lah si NO ROLE ni...

Jumaat lepas dia dah setuju nak mohon maaf dan bersetuju agar kenyataan permohonan maafnya disediakan oleh Raja Nong Chik. Hari ini bila dah terima deraf kenyataan permohonan maaf dari mahkamah, NO ROLE minta tangguh pulak!

Kenapa?

Kononnya kerana nak kaji dulu deraf kenyataan permohonan maaf tu. Sepatutnya sekejap je nak kaji teks tu, sebab yang pastinya kau memang dah salah NO ROLE. Tapi bila tarikh penangguhan sampai 10 DISEMBER 2013, yang itu aku tak faham betul. NO ROLE ni baru belajar membaca ke sampai teks tak sampai satu muka surat pun nak ambil masa sampai SATU BULAN nak kaji?

Adakah ini sekadar taktik melengah-lengah agar isu ini tenggelam dan dilupakan oleh orang ramai?

Aku sebenarnya kurang setuju dengan tindakan Raja Nong Chik menerima permohonan maaf NO ROLE ni. NO ROLE senang-senang tabur fitnah sehingga menyebabkan kekalahan Raja Nong Chik di Lembah Pantai, takkan nak kasi lepas macam tu je? Memang betul memaafkan tu sikap terpuji, tapi kalau tak diajar, betina ni akan terus besar kepala dan akan terus menabur fitnah di sana sini.

Jadi, aku harap kenyataan maaf yang akan dipersetujui tu biar betul-betul keras agar semua orang tahu NO ROLE ni kaki fitnah. Buatlah ayat macam:

"SAYA, NURUL IZZAH, MENGAKU TELAH MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP RAJA NONG CHIK PADA 4 MEI 2013 DENGAN NIAT JAHAT UNTUK MENJATUHKAN NAMA BAIK BELIAU DAN MENGURANGKAN SOKONGAN PENGUNDI KEPADA BELIAU SEMASA PRU 2013. SAYA MEMANG ORANG YANG KEJI. SEKIAN, TERIMA KASIH."

Lepas tu letak lah syarat supaya permohonan maaf ni diletakkan di muka depan semua akhbar utama dan portal-portal pembangkang. Biar semua orang tahu perangai sebenar NO ROLE!

Janganlah pulak nanti terima pindaan dari NO ROLE kalau pindaan tu terlalu lembut. Kalau setakat ayat:

"SAYA DENGAN INI MENARIK BALIK TUDUHAN SAYA TERHADAP RAJA NONG CHIK PADA 4 MEI 2013 DAN BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGI TUDUHAN TERSEBUT"

baik tak payah terima permohonan maaf NO ROLE.

Kalau macam tu je permohonan maaf NO ROLE, nampak sangat dia tak ikhlas nak minta maaf, setakat nak melepaskan tengkuk dari jerat je.

Kalau setakat tu je permohonan maaf dia, baik terus saman!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, November 12, 2013

SKANDAL RASUAH PAKATAN DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MAKIN HANGAT!


Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Sebelum ni beria-ia Pakatan mendabik dada kerana kononnya pentadbiran mereka bersih dan telus, tapi kini satu demi satu skandal Pakatan mula terbongkar.

Yang terkini ialah pergolakan di antara ahli majlis Pakatan di Majlis Perbandaran Kajang dengan Yang Dipertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi.

Pada 23 Ogos 2013, 24 ahli majlis Pakatan mengemukakan undi tidak percaya terhadap pentadbiran MPKj kononnya wujud penyelewengan dan rasuah di dalam pentadbiran MPKj.

Pada 9 Oktober 2013, 24 ahli majlis Pakatan sekali lagi mengemukakan undi tidak percaya dan mendesak Datuk Hasan Nawawi berundur dari jawatannya sebagai Yang Dipertua MPKj.

Bila undi tidak percaya ini tidak diendahkan Hasan, semua ahli majlis mengambil tindakan memboikot semua  mesyuarat lembaga dan jawatankuasa sehinggalah Hasan dilucutkan jawatannya.

Isyyy… Ini isu besar ni… Pakatan kan selama ni mengaku mereka telus. Kalau dah sampai kesemua 24 ahli majlis kata ada penyelewengan dan rasuah, kerajaan Selangor mesti ambil tindakan!!

Apa tindakan Kerajaan Selangor terhadap pemberontakan ahli majlis Pakatan ini? Adakah mereka berpihak kepada ahli majlis Pakatan?

TAKDA!!!

Sehingga kini, peranan kesemua 24 ahli majlis termasuklah kelulusan belanjawan dan perancangan kelulusan dijalankan secara terus oleh Menteri Besar sendiri, Khalid Ibrahim. Secara ringkasnya, dakwaan penyelewengan oleh ahli majlis tak diendahkan langsung oleh Khalid Ibrahim, malah ahli majlis semua ditolak ke tepi.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Datuk Teng Chang Khim cukup terkenal dengan kelantangannya membongkar penyelewangan dan rasuah yang kononnya dibuat oleh BN, tapi bila disoal tentang skandal rasuah dan penyelewengan di MPKj, langsung tak berani buka mulut. Tunduk je, bibir kena kunci tak boleh cakap.

Mengapa mereka tidak berani bertindak terhadap MPKj?

Sumber dalaman memaklumkan, Datuk Hasan Nawawi sendiri mempunyai bukti penyelewengan dan salahguna kuasa oleh sekurang-kurangnya 10 ahli majlis Pakatan di MPKj yang menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai ahli majlis untuk mendapatkan pelbagai kontrak dari MPKj.

Sekiranya tindakan diambil terhadap Datuk Hasan, beliau akan membongkar semua penyelewengan yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis Pakatan.

Maka terdiamlah Kerajaan Selangor. Nak buat macam mana? Kalau diam tak ambil tindakan terhadap Hasan, nanti mereka dituduh bersubahat dan membenarkan penyelewangan di dalam MPKj. Tapi kalau diambil tindakan, habislah terbuka semua pekung Pakatan. Malu besarlah Kerajaan Selangor bila rakyat dapat tahu ahli majlis Pakatan yang sepatutnya membela rakyat, rupanya cuma berminat nak membolot dan merompak wang hak rakyat!!

Sekarang ni dah hampir 3 bulan kemelut di MPKj berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian.

Aku nak tengok, sampai bila Pakatan dapat selindung skandal penyelewengan dan rasuah ni. Bak kata pepatah, bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

p/s: Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca laporan ni dari FZ.com.