Wednesday, November 27, 2013

KHALID SAMAD KENA BAYAR RM320,000 SEBAB FITNAH HASAN ALI


Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Siapa tak kenal Khalid Samad? Pemimpin kuat golongan Anwarinas dalam PAS. Terkenal dengan gelaran Khalid Gereja sebab pendiriannya yang amat liberal sampaikan bila Nurul Izzah menuntut hak Melayu untuk murtad pun Khalid Samad sokong!

Bila idolanya ialah Anwar Ibrahim, maka tak hairanlah bila perangainya pun sebijik macam Anwar Ibrahim, suka tabur fitnah di sana-sini.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Setelah puas menghambur fitnah dan tohmah di sana sini, akhirnya Khalid Samad tersungkur menyembah bumi.

Semalam Mahkamah memerintahkan Khalid Samad membayar Hasan Ali RM320,000 kerana didapati bersalah memfitnah Hasan Ali.

Khalid Samad diperintah bayar Hasan Ali ganti rugi RM320,000

SHAH ALAM 27 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Dr. Hasan Ali setelah didapati memfitnah Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) itu.

Hakim Datuk Yaacob Md. Sam turut menetapkan kos sebanyak RM20,000 perlu dibayar oleh Khalid kepada Hasan pada prosiding bagi menetapkan jumlah ganti rugi dan kos dalam kes saman fitnah membabitkan kedua-dua individu terbabit.

Hasan memfailkan saman tersebut pada 12 April tahun lalu selepas Khalid mengeluarkan dakwaan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd. sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Selain menetapkan ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM100,000, Hakim Yaacob turut menetapkan kadar faedah sebanyak lima peratus dikenakan ke atas jumlah ganti rugi bermula dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh.

Tahniah Hasan Ali!! Selama ni pemimpin kerajaan terlalu lembut hati. Walaupun difitnah dan ditohmah oleh pemimpin Pakatan dan media-media pembangkang seperti Malaysiakini & Malaysian Insider, mereka sanggup berdiam diri. Akibatnya, makin galaklah pemimpin Pakatan dan media pembangkang menabur fitnah!

Kini kemenangan Hasan Ali harus dijadikan iktibar Setiap kali keluar fitnah dari mulut pembangkang, terus saman!! Jangan kasi peluang mereka pesong pemikiran rakyat!
Kalau setiap kali keluar fitnah kena saman, kena bayar RM320,000, lama-lama senyaplah golongan munafik ni.

Satu soalan aku untuk penyokong PAS. PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam. Sebagai parti yang memperjuangkan Islam, maka para pemimpinnya juga perlu mencerminkan akhlak dan imej yang terpuji sebagai contoh tauladan untuk para ahli PAS yang lain. Tapi kalau pemimpin kanan PAS sendiri kaki fitnah, kaki caci, kaki temberang, macam mana kita nak percaya dengan perjuangan Islam PAS?

Bak kata pepatah, kalau bapa kencing berdiri, anak pula kencing berlari!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

No comments:

Post a Comment