Friday, December 28, 2012

NARAZA KELENTONG JE RUPANYA PASAL KENA CULIK!


Aksi pelakon pembantu lelaki terbaik selepas kononnya diselamatkan Ketua Polis Maran dari diculik. Pasal apa pelakon pembantu je? Sebab pelakon lelaki terbaik Anwar Ibrahim dah gondol dulu!

Apa kecoh-kecoh ni Naraza Muda?

Eh, siapa Naraza Muda ni? 

Ooooh, Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), sebuah NGO pembangkang. 

Apa kelentong si Naraza ni?

Si Naraza ni kata, dia ditahan dan diikat kedua tangannya oleh pihak yang menghalang laluan konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Felda Kampung Awah, Maran, Pahang, Sabtu lalu.

Katanya, keadaan hanya kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok, dilepaskan.

Tetapi kenyataan Naraza disangkal oleh Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam yang berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mengenai kejadian itu.

"Tidak ada sebarang kekecohan serius sepanjang kembara itu di Felda Kampung Awah, Jengka 23 dan Jengka 11," pegawai polis itu dipetik sebagai berkata.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman juga tidak tahu menahu kejadian yang membabitkan Ketua Penerangan persatuan itu. Menurut Mazlan, beliau setakat ini belum dimaklumkan apa-apa oleh mana-mana pihak mengenai kejadian itu.

Haiiiii... Macam mana ni Naraza? Kau kata kau diselamatkan oleh Ketua Polis Daerah Maran, tapi Ketua Polis cakap peristiwa tu tak terjadi pun! Malah satu laporan polis pun tak dibuat tentang perkara tu!

Kalau betullah kau kena tahan dan ikat sampai kena diselamatkan oleh Ketua Polis Maran, mestilah ada saksi, mestilah puak-puak kau akan ambil gambar dan video kau diselamatkan, mesti puak-puak kau akan buat laporan polis! Tapi pasal apa takda apa-apa buktipun kau diculik? Setakat gambar posing sorang-sorang, aku pun boleh buat sendiri!

Lepas tu kalau benda besar macam ni terjadi, takkan kau tak maklumkan Presiden sendiri pasal benda ni? Mazlan Aliman memang cukup suka buat kecoh kalau ada isu-isu sensasi, tapi dia sendiri terpinga-pinga bila ditanya wartawan tentang kes penahanan kau ni.

Bila didesak oleh wartawan kerana terlalu banyak percanggahan dalam cerita fantasi kau, ini je respon yang kau mampu beri?

Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Naraza Muda menyerahkan kepada peguamnya untuk bertindak berhubung insiden beliau ditahan dan diikat semasa konvoi Kembara Oren di Felda Kampung Awah, Sabtu lalu.

"Hal itu saya sudah serahkan kepada peguam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Laporan polis pasal kena culik pun kau tak buat, habis tu kau nak serah pada peguam nak buat apa? Macam mana polis nak buat siasatan kalau laporan polis tak ada?

Aku rasa dia serah pada peguam sebab takut disaman oleh Ketua Polis Maran kerana membuat fitnah yang membabitkan nama baik Ketua Polis tu sendiri.

Aku rasa dia serah pada peguam sebab takut disaman oleh penduduk Kg Awah yang berang kerana difitnah menculik Noraza.

Ooooh, sekarang bila dah kantoi buat fitnah, baru tahu takut ya? Pandai pulak menyorok belakang bayang peguam sebab takut kena saman!

Apa kecoh-kecoh ni Naraza?

Thursday, December 27, 2012

KHALID SAMAD CABAR TUAN IBRAHIM KELUAR PAS!!



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Samad?

Biar benar Khalid Samad cabar Tuan Ibrahim keluar PAS? Tuan Ibrahim ni kan Ketua Penerangan PAS Pusat, takkan Khalid Samad berani buat macam tu?

Ni semua gara-gara kenyataan Tuan Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan kalimah Allah untuk Bible Bahasa Melayu sangat tidak wajar. 

Aku petik kenyataan Tuan Ibrahim:

"Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya ALLAH untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud ALLAH, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal.

Manakala menterjemahkan God dengan ALLAH akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.
Pas melihat isu penggunaan nama ALLAH dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.
Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama ALLAH dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada 'God' sama da dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.."

Bila mendengar kenyataan ini, maka Khalid Samad terus meroyan. Mana taknya, dulu dialah jaguh nombor wahid dalam memperjuangkan hak golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan upacara keagamaan mereka. 

Ni kenyataan dari Khalid Samad pada tahun 2010.

"Al Quran dan hadis tidak pernah mengharamkan penggunaan nama Allah di kalangan orang bukan Islam. Sebarang usaha atau peraturan untuk menyekat orang bukan Islam dari memakai perkataan 'Allah' adalah ketinggalan zaman dan bercanggah dengan semangat Islam dalam berdakwah.

Saya ingin menasihatkan supaya orang Islam tidak perlu terlalu khuatir apabila bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah ‘Allah’ kerana kegelinciran akidah orang Islam adalah sebenarnya datang dari orang Islam yang lemah iman."

Kemudian apabila kenyataannya disanggah oleh Zulkifli Noordin, yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen PKR, Khalid Samad terus melenting dan mencabar Khalid Samad untuk keluar PKR dan masuk UMNO.

Berikut petikan laporan dari Malaysiakini, portal pro-pembangkang mengenai isu ini pada tahun 2010:


Kontroversi kalimah Allah: Khalid lwn Zulkifli

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung penggunaan kalimah 'Allah'.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Khalid Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Ketika itu Khalid Samad dengan lancangnya telah menghina Zulkifli Noordin dan menyifatkannya sebagai mempunyai mentaliti UMNO semata-mata kerana dia menentang penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja. Malah Khalid Samad mencabar Zulkifli Noordin untuk keluar PKR dan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR yang menyokong penggunaan kalimah Allah di Bible dan gereja.

Nah, sekarang Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS Pusat, orang kuat PAS sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Zulkifli Noordin pada 2010 dahulu.

Aku tengah tunggu, bila agaknya Khalid Samad akan mengutuk Tuan Ibrahim sebagai mempunyai mentaliti UMNO? Bila agaknya Khalid Samad akan mencabar Tuan Ibrahim untuk keluar PAS kerana tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam?

Cepatlah Khalid! Dulu dengan Zulkifli Noordin bukan main celupar lagi. Kalau kau betul-betul percaya dengan kenyataan asal kau dulu, tunggu apa lagi? Pergilah belasah Tuan Ibrahim Tuan Man!

PAS pun sama. UMNO dari dulu dah kata penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tu tak berapa sesuai, tapi PAS kerana terlalu sangat nak mengikut telunjuk DAP dan PKR, terus tunduk muka, tak berani nak bersuara menyokong pendirian UMNO. Yang kuat bersuara ialah golongan Anwarinas dalam PAS seperti Khalid Samad.

Sekarang, bila gejala murtad dah berleluasa, bila orang Islam dah bimbang melihat kesucian Islam terus terhakis, barulah PAS nak buat hero menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. 

Dah terlambat PAS, dah terlambat. Kalau PAS betul-betul jujur memperjuangkan Islam dan bukan mengejar kuasa semata-mata, sudah tentu dari awal lagi PAS dah membantah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Bantahan PAS sekarang cuma melepas batuk di tangga, nak meraih balik undi orang Islam yang dah kecewa melihat perjuangan PAS yang semakin lari dari matlamat negara Islam, bukannya bantahan yang ikhlas demi menegakkan kesucian agama Islam.

Maaflah PAS, tembelang korang dah pecah!

Apa kecoh-kecoh Khalid Samad dan PAS?

Tuesday, December 25, 2012

MENGAPA NURUL IZZAH ENGGAN TARIK BALIK KENYATAAN MURTAD?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni aku tengok video ceramah Ustaz Fathul Bari (UFB) mengenai kenyataan Nurul Izzah mahukan Melayu diberi hak untuk murtad.

Ulasan UFB mengani isu ni cukup mudah – Nurul cuma perlu minta maaf dan mengaku kesilapannya bercakap tentang agama sedangkan dia bukan pakar.  Lepas tu tarik balik kenyataan asal dan buat komitmen takkan cakap tentang isu ni lagi.

Senang je kan? Bila kita buat silap, memang Islam menggalakkan kita memohon maaf.

Tapi benda senang macam ni pun susah untuk Nurul buat. Sampai sekarang ni dia masih bertegas kenyataannya itu betul.

Dalam kenyataan beliau, Nurul merujuk tentang ayat Quran yang menyatakan tentang ‘Tiada paksaan dalam agama’. Ayat ini dijadikan nas kononnya Islam membenarkan penganutnya murtad!

Apa ulasan UFB?

Ayat ini dikeluarkan selepas kejadian di mana seorang Ansar di Madinah yang memeluk Islam cuba memaksa dua orang anaknya yang beragama Kristian untuk memeluk Islam.

Maka Allah turunkan ayat ini bagi menjelaskan bahawa kita tidak boleh memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam. Ianya bukanlah diturunkan bagi memberi lesen untuk orang Islam murtad seperti yang didakwa Nurul!

Kalau betullah orang Islam dibenarkan untuk murtad sepertimana yang didakwa Nurul Izzah, mengapa dalam hukum hudud, orang yang murtad dikenakan hukuman bunuh?

Marilah kita renung kembali sejarah para sahabat Rasulullah. Kawan-kawan tentu masih ingat sejarah Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang memerangi golongan murtad di bawah pimpinan Musailamah al-Kazzab.

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan para sahabat dan kaum Muslimin bagi menghadapai gejala murtad. Di dalam kesulitan yang memuncak maka dengan kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi golongan ini sehingga mereka kembali pada kebenaran, atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

Lihat, inilah contoh ikutan untuk kita semua, tapi hairannya sekarang pemimpin beragama Islam sendiri yang mahukan orang Islam diberi hak untuk murtad!  

Adakah Nurul Izzah mahu menjadi Musailamah al-Kazzab versi moden?

Dalam hal ini, aku cukup hairan tengok tindak-tanduk PAS. Mereka kononnya memperjuangkan Islam dan mahu melaksanakan hudud, tapi bila Nurul Izzah buat kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad, mengapa takda seorang pun dari kalangan pimpinan PAS yang menyelar kenyataan Nurul Izzah?


2 juta umat Islam murtad setiap tahun di Indonesia. Mahu lihat senario yang sama di Malaysia? Kalau nak tengok ramai orang Islam murtad, undilah Nurul Izzah dan Pakatan Rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE? 

Thursday, December 13, 2012

FAHMI FADZIL HEBAT FITNAH MACAM SIFUNYA, NURUL IZZAH



Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Nampaknya Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah, masih tak serik-serik menabur fitnah. Memang sah dia ni anak didik Nurul Izzah!

Sebelum ni dia buat fitnah kononnya Masjid Ar Rahman di Lembah Pantai telah ditutup oleh DBKL atas arahan Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Penutupan pula kononnya tanpa alasan kukuh.

Tapi Fahmi Fadzil kantoi bila aku keluarkan bukti bahawa JAWI yang sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menutup sementara Masjid Ar Rahman. Penutupannya pula hanya untuk sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan bukannya secara tetap sepertimana yang dibayangkan Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil . Menteri yang bertanggungjawab ke atas JAWI pula ialah Dato' Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Dato' Raja Nong Chik!

Bila dah malu besar kerana kantoi, Fahmi Fadzil buat fitnah baru pula.

Apa fitnah Fahmi Fadzil kali ni?

Boleh baca sendiri artikel dari Suara Keadilan:

Agenda Nong Chik?

Penutupan Masjid Ar Rahman dipercayai didalangi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik atas tujuan politik. 

"JAWI sahkan penutupan masjid atas arahan DBKL sekaligus arahan Dato' Raja Nong Chik," kata Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Fitnah macam ni pun boleh jadi berita kat Suara Keadilan? Patut pun dapat gelaran Suara Keldai-an.

Macam ni lah Fahmi, kau cakap JAWI dah sahkan fitnah kau tu.

Jadi, boleh tak kau tunjukkan bukti yang JAWI sahkan penutupan masjid tu atas arahan DBKL? 

Ada tak surat dari DBKL kepada JAWI arahkan penutupan masjid tu? 

Ada tak surat dari JAWI kepada kau sahkan arahan datang dari DBKL?

Siapa pegawai JAWI yang sahkan benda ni? Sila kemukakan nama dan jawatan pegawai tu. Aku sendiri akan pergi JAWI untuk semak betul ke ada kenyataan sebegitu dibuat.

Tak payah sembang banyak Fahmi, tunjuk je bukti.

Apasal senyap je Fahmi? Cakaplah sikit. Takkan kecut telur Fahmi, sampai tak keluar suara?

Laaaaa, kalau setakat cakap kosong macam ni, orang gila tepi jalan pun boleh. Tak payah jadi Setiausaha Politik!

Macam ni je ke standard Setiausaha Politik Nurul Izzah? Kaki fitnah macam bosnya jugak rupanya!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil? 

KRONOLOGI FLAT 4 TINGKAT KERINCHI DALAM BENTUK ANIMASI!


Ramai orang yang tanya aku pasal kronologi kes Flat 4 Tingkat Kerinchi ni. 

Macam mana perjuangan selama 25 tahun ni dimulakan oleh Dato’ Raja Nong Chik? 

Bagaimana Nurul Izzah boleh kacau daun dan cuba menggagalkan hasrat murni penduduk Flat 4 Tingkat yang 100% Melayu untuk memiliki rumah yang lebih besar dan selesa?

Nak tahu lebih lanjut, sebelum ni dah banyak aku tulis pasal isu ni. Boleh cari sendiri post-post sebelum ni.

Tapi, bagi yang nak tahu secara kasar dan malas nak belek post-post lama yang aku buat, boleh lah layan video ni.

Kronologi Flat 4 Tingkat Kerinchi, dalam bentuk animasi pulak tu!!




Wednesday, December 12, 2012

RAJA NONG CHIK SEBAK, IMPIAN PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI TERCAPAI!

Dato' Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebak melihat rumah contoh yang bakal dimiliki penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi. Pak Aziz @ Ahmad Rahman, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi turut mengalirkan air mata gembira.  

Jarang kita dapat tengok Menteri mengalirkan air mata di depan kita. Jadi, bila aku turun ke pelancaran K-Residensi, iaitu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, aku tergamam bila Dato’ Raja Nong Chik sebak dan mengalirkan air mata bila melihat rumah contoh yang bakal diterima penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi menggantikan flat usang tiada bilik sebelum ini.

Mengapa Dato’ Raja Nong Chik sebak hingga mengalirkan air mata?

Kerana pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi yang telah lama diperjuangkan oleh Dato’ Raja Nong Chik, sejak dari 25 tahun dahulu, kini hampir tercapai walaupun berdepan pelbagai rintangan.

Rintangan utama yang dihadapi ialah hasutan dari Nurul Izzah. Nurul Izzah berjaya menghasut segelintir penduduk untuk menolak rancangan pembangunan ini walaupun majoriti penduduk sendiri yang mengundi melalui referendum memilih pemaju. Penggunaan referendum untuk memilih pemaju adalah julung kali diadakan di Malaysia dan membuktikan Kerajaan BN prihatin kepada kemahuan rakyat.

Wajah asal Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang usang & uzur

Apartment mewah yang bakal jadi milik penduduk

Nurul Izzah menghasut segelintir penduduk untuk membuat bermacam tuntutan yang tidak masuk akal. Bayangkanlah, pemaju telah bersedia memberi apartment baru 3 bilik dengan keluasan 900 kaki persegi untuk menggantikan flat usang tiada bilik keluasan 380 kaki persegi. Anggaran harga rumah baru mereka ialah RM350,000!! Bukan murah tu!! Pemaju juga beri wang pampasan untuk perpindahan keluar dan masuk. Pemaju juga menanggung kos menyewa penduduk sepanjang projek dilaksanakan. Itu pun tak cukup lagi?

Kesian pakcik ni, kena tidur atas pangkin di luar rumah. Mana taknya, rumah takda bilik, kalau anak bini dah tidur kat dalam, mana cukup tempat tidur!

Penduduk gembira melihat suasana ruang tamu di rumah contoh. Ruang tamu je dah lebih besar dari rumah dulu!

Nurul cuba berlagak kononnya dia pejuang hak penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, padahal dia baru je tunjuk muka di situ sedangkan Dato’ Raja Nong Chik telah 25 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI!

93% dari kesemua penduduk iaitu 433 dari 468 keluarga telah menyokong pembangunan semula ini tetapi hak 34 individu yang menentang dijadikan tiket oleh Nurul Izzah untuk cuba menggagalkan pembangunan semula ini.

Kawan-kawan tentu masih ingat lagi rusuhan di tapak Flat 4 Tingkat Kg Kerinchi yang didalangi Nurul Izzah. Nurul Izzah bawa masuk orang luar seperti Adam Adli, samseng tahi kucing yang sebelum ni tak pernah pun jejak kaki ke Kg Kerinchi dan juga samseng-samseng Cina dan India untuk merusuh.

Samseng India yang dibawa Nurul untuk merusuh.

Samseng Cina yang dibawa Nurul untuk merusuh.

Kawasan ini penduduknya 100% orang Melayu, tapi Nurul, mengapa kau bawa masuk samseng-samseng Cina dan India untuk buat kacau?

Alhamdulillah, penduduk telah bersatu-padu dan menghalau keluar anasir asing yang dibawa masuk oleh Nurul Izzah.

Kini sejarah telah tercipta. Pembangunan semula flat usang Kg Kerinchi telah bermula.

Tahniah kepada para penduduk yang berjaya merealisasikan impian mereka.

Untuk Nurul Izzah, aku ada soalan:

Mengapa kau dengki sangat dengan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi sampai mati-matian berusaha menggagalkan impian mereka?

Kerana kau, hampir tiga tahun projek ni tergendala. Kau tahu tak ada penduduk asal yang dah meninggal dunia, kempunan menunggu rumah baru impian mereka?

Kau ni namanya je wakil rakyat, Ahli Parlimen, tapi harapan penduduk Lembah Pantai kau tolak ketepi semata-mata demi kepentingan politik sempit kau.

Pemimpin jenis apa kau ni?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE

Wednesday, December 5, 2012

FITNAH PDRM BUKTIKAN NURUL IZZAH CUMA TAHU ILMU HISAP!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ini Nurul Izzah telah mengecam PDRM kerana tidak efisien. Kononnya jumlah anggota PDRM telah melebihi nisbah yang disarankan oleh Interpol tetapi mereka masih gagal membanteras jenayah dengan berkesan.

Malangnya, dalam mengecam PDRM, Nurul tersilap cakap mengaku bahawa pembangkanglah punca peningkatan kadar jenayah di Malaysia! Biar betul? Tak percaya, baca DI SINI.


Kali ni, aku nak buat kelas Matematik sekejap.

Kawan-kawan tolong baca semula kenyataan Nurul Izzah pasal nisbah polis kepada penduduk.

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

Okay, nisbah yang diperakukan Interpol ialah 1:250, iaitu 1 polis untuk 250 penduduk.

Nurul kata nisbah sekarang ialah 1:270, iaitu 1 polis untuk 270 penduduk. Dengan statistik palsu ni, Nurul Izzah terus melolong kononnya bilangan polis di Malaysia dah terlalu ramai! Maka perlu dibekukan pengambilan polis!

Ye ke?

Bandingkan semula nisbah yang diperakukan Interpol dengan nisbah Nurul Izzah.

Interpol 1 polis untuk 250 penduduk.

Nurul Izzah 1 polis untuk 270 penduduk.

Macam mana Nurul Izzah boleh kata Malaysia dah melepasi nisbah yang ditetapkan Interpol ni?

Nurul, bila cakap pasal nisbah, nombor tu kalau lagi rendah barulah kita boleh kata lebih baik.

1:250 lebih baik dari 1:270. Dalam ayat ringkas, 1 polis untuk setiap 250 penduduk lebih baik dari 1 polis untuk setiap 270 penduduk.

Jadi, bila kau kata polis kat Malaysia dah terlalu ramai, dah melebihi nisbah yang ditetapkan Interpol, nampak sangat kau ni buta Matematik @ Ilmu Hisab!

Kalau 1:100 atau 1:200, barulah boleh dianggap telah melepasi nisbah yang ditetapkan Interpol, Nurul! Kalau setakat 1:270, masih tak cukup lagi Nurul, sebab nisbah Interpol ialah 1:250!

Gila betul kau ni Nurul. Mula-mula pakai statistik palsu, lepas tu mengaku pembangkang punca kenaikan kadar jenayah, akhir sekali rupanya tafsiran Matematik kau pun memang gagal!

Lepas tu, dengan tafsiran salah macam tu, nak buat polisi membekukan pengambilan polis pulak! Memang mencanak naiklah kadar jenayah kalau Pakatan memerintah!

Eh, kau ni dulu macam mana dapat lepas universiti? Beli ijazah kat internet ke?

Memang jelaslah kau ni cuma pandai Ilmu Hisap, tapi langsung gagal Ilmu Hisab!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Tuesday, December 4, 2012

RAJA NONG CHIK ARAH MASJID LEMBAH PANTAI DITUTUP?


 Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni kecoh Nurul Izzah buat fitnah kononnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik telah mengarahkan masjid di Lembah Pantai ditutup? Betul ke?

Ni laporan dari akhbar pembangkang, Keadilan Daily.

Keadilan Daily. :  Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup

KUALA LUMPUR: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.

Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.

Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.

"Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

"Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi.

Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.

Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.


Wah!! Dahsyatnya!! Dato' Raja Nong Chik pun dah jadi anti-Islam macam Nurul Izzah ke sampai nak suruh tutup masjid?

Mari kita baca kenyataan dari JAWI, agensi yang bertanggungjawab menguruskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.

PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU

Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.

Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat, masjid ini telah ditutup sementara. Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki.

Sehubungan itu, JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012. Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.

Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah  tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.

Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Ooooh, rupa-rupanya tutup sementara je sebab nak buat penyelenggaraan. Bila dah siap baiki nanti bukalah semula masjid tu..


Eh benda macam ni pun Nurul Izzah boleh buat kecoh, sampai keluar kenyataan dalam Keadilan Daily kononnya "Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka."

Adoiiii. Nak pecah perut aku gelak.

Tutup sementara sebab nak baiki pun kononnya pasal kejahilan politik? Hahahahahahah...

Yang tutup rumah ibadah Islam sebenarnya bukan Kerajaan UMNO BN, tapi Kerajaan Pakatan!


Tak percaya? Kalau tak percaya pergilah tanya sendiri ahli kariah Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar. Kerajaan PAS Kedah mati-matian nak tutup dan robohkan Madrasah yang dah lebih seratus tahun bertapak di situ semata-mata kerana nak buat kompleks membeli-belah! 

PAS ni namanya je parti Islam tapi demi wang ringgit sanggup gadaikan maruah Islam!

Satu lagi benda aku nak betulkan, Nurul.

Arahan tutup sementara dikeluarkan oleh JAWI, bukannya DBKL. DBKL tak bertanggungjawab menyelenggara masjid, itu tanggungjawab JAWI.

Benda macam ni pun kau tak tahu ke Nurul?

Lagi satu, Menteri yang bertanggungjawab ke atas JAWI ialah Datuk Jamil Khir, bukannya Dato' Raja Nong Chik.

Jadi, bila kau tuduh Dato Raja Nong Chik yang arahkan penutupan sementara masjid, jelas dan nyata kau telah buat fitnah!!

Tapi aku tak hairan, dari dulu lagi memang si Nurul ni kuat buat fitnah. Waima bila ada orang bawa kereta secara berbahaya di Brickfields pun dia salahkan Dato' Raja Nong Chik!

Come on lah Nurul, berpolitiklah secara lebih matang. Kalau nak dapat sokongan pengundi, turunlah padang selalu dan buat kerja macam Dato' Raja Nong Chik. Jangan asyik nak buat fitnah dan curi kredit hasil usaha orang lain je!

Satu lagi yang aku hairan, sejak bila si Nurul ni ambil kisah hal-hal Islam? Yang aku tahu, dia ni geng liberal yang mahu orang Islam diberi hak untuk murtad, yang menganggap undang-undang anti homoseksual itu undang-undang yang telah lapuk dan menyokong hak golongan LGBT menjalankan aktiviti songsang mereka.

Pasal apa tiba-tiba dia nak jadi jaguh Islam pulak?

Oooh, sejak imej dia hancur ekoran kenyataannya mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad, maka sejak itulah Nurul cuba memulihkan imejnya.

Dia menyalahkan Dato Raja Nong Chik bila orang Islam meradang ekoran kenyataannya yang jelas anti Islam sedangkan Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia menyertai forum di gereja, Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia jawab soalan tentang kebebasan agama untuk orang Melayu dan yang pastinya Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia keluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad!

Jadi kali ini Nurul Izzah cuba bangkit sebagai jaguh agama Islam dengan membuat kecoh tentang penutupan sementara Masjid Ar Rahman. Sayangnya, isu yang dibangkitkan ini makan tuan. Isu ini sebenarnya langsung tidak memulihkan imej Nurul sebaliknya menyerlahkan kejahilan Nurul Izzah dan Setiausaha Politiknya, Fahmi Fadzil yang cuba mempolitikkan masjid dan ugama!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Monday, December 3, 2012

PDRM SANGKAL FITNAH NURUL IZZAH!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul telah mengecam PDRM kononnya tak efisien dan gagal menangani jenayah walaupun mempunyai jumlah anggota yang ramai, melebihi nisbah yang ditetapkan oleh Interpol.

Berikut laporan kenyataan Nurul:

Pembangkang mahu beku ambil polis

BATU GAJAH 1 Dis. - Pakatan pembangkang merancang untuk membekukan pengambilan anggota polis baru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendakwa nisbah anggota kepada penduduk di negara ini telah melebihi daripada statistik piawaian di peringkat antarabangsa.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar berkata, nisbah seorang anggota polis kepada penduduk di Malaysia telah mencecah 270, melebihi nisbah yang diperakukan polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk.

"Kita lebih baik nisbahnya daripada Singapura, Hong Kong dan Thailand. Anggota polis itu cukup, tapi semuanya tidak payahlah hendak menjadi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kot. Bukan tidak payah buat FRU kerana di bawah pakatan pembangkang, kita akan kurangkan kadar protes dan demonstrasi.

"Kita pastikan (mereka) jadi investigating officer (pegawai penyiasat), menyiasat kes jenayah apa yang berlaku di taman-taman dan kawasan perumahan," katanya.

Tetapi hari ini, dakwaan Nurul kononnya nisbah polis kepada penduduk di Malaysia telah melebihi nisbah yang diperakukan Interpol telah disangkal oleh PDRM.

PDRM sangkal Nurul

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Polis menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini, yang menyatakan jumlah anggota polis di negara ini sudah mencukupi dan melebihi piawaian ditetapkan.

Statistik terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:500, masih jauh rendah daripada jumlah nisbah yang diperakukan oleh polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk (1:250).

Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, nisbah terbaru PDRM itu menjelaskan statistik 1:270 yang dikeluarkan Nurul Izzah baru-baru ini adalah tidak tepat dan mengelirukan, sekali gus membuktikan cadangan pakatan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota polis sebagai tidak relevan. 

Menurut PDRM, nisbah sebenar di Malaysia ialah 1 polis untuk 500 penduduk, bukannya 1 polis untuk 270 penduduk seperti yang didakwa Nurul Izzah. Ini bermakna, nisbah tersebut masih belum mencukupi dan sekiranya pengambilan polis dibekukan seperti yang akan dilaksanakan Pakatan, maka kadar jenayah akan terus meningkat.

Mengapa aku kata begitu?

Sebab sekarang ni pun bilangan polis tak cukup, penduduk Malaysia pula semakin lama semakin bertambah. Jadi kalau sekarang ni nisbah pun tak mencukupi, bayangkan bagaimana keadaannya bila Pakatan membekukan pengambilan polis! Sudah tentu nisbah polis kepada penduduk akan meningkat! Dari 1 polis untuk 500 penduduk mungkin jadi 1 polis untuk 1000 penduduk!

Dalam keadaan macam ini, mampukah polis meningkatkan pembanterasan jenayah?

Jawapan mudahnya, TIDAK!! Maka, kadar jenayah akan terus meningkat.

Kawan-kawan boleh nilai sendiri macam mana Pakatan buat polisi tentang perkara penting macam ni. Dahlah statistik yang dipakai statistik palsu, polisi yang dirancang pun langsung tak mengambilkira kepentingan rakyat!

Pakai cakap ikut sedap mulut je, si Nurul Izzah ni.

Lain kali, fikir panjang-panjang dulu sebelum buat kenyataan bodoh macam ni.

Kan dah free-free je kena maki!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?