Apa kecoh-kecoh ni
Khalid Ibrahim?
Selama ni Khalid
Ibrahim, Menteri Besar Selangor cukup lantang berkokok dan mendabik dada
kononnya di bawah pentadbiran Pakatan, Kerajaan Selangor semakin telus. Dia
juga berbangga kerana kononnya PKNS semakin untung di bawah pentadbiran beliau.
Tapi skandal rampasan
padang Kelana Jaya oleh PKNS telah menyerlahkan perkara sebenar. Patutpun PKNS
boleh untung besar kalau semua bisnesnya didokong oleh penyelewengan seperti
pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya! Patutpun boleh untung kalau semua
status tanah dipinda sewenang-wenangnya! Ini baru satu kes yang dikesan di PJ.
Entah-entah banyak lagi kes lain yang belum dikesan di seluruh Selangor!
PKNS begitu rakus
merampas padang rakyat Kelana Jaya untuk pembangunan. Walaupun dibantah oleh
rakyat, Khalid Ibrahim menyokong perbuatan keji PKNS kerana kononnya padang
berkenaan memang berstatus komersial. Sebagai bukti beliau menunjukkan
Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) yang disediakan oleh Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ).
Tetapi penduduk yang prihatin
berjaya membongkar bahawa RTPJ berkenaan telah dipinda. Draf asal menunjukkan
kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan hijau dan bukannya kawasan
komersial.
Bagi menutup malu,
Kerajaan Selangor menubuhkan SELCAT untuk kononnya menyiasat isu ini. Kini
penyiasatan telah selesai. Kesimpulannya? Memang wujud pemalsuan di mana draf
asal yang diluluskan telah dipinda.
Eh Khalid, setakat
kesimpulan macam tu, tak payah buat penyiasatan lanjut pun kita dah tahu.
Nampak sangat siasatan tu sekadar nak cover line.
Isu yang sepatutnya
disiasat sekarang, SIAPA YANG MENGARAHKAN PEMALSUAN TERSEBUT?
Mari kita kaji sedikit
latarbelakang pihak yang terlibat.
PKNS adalah anak
syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Pengerusinya tak lain tak bukan, Menteri
Besar, Khalid Ibrahim.
MBPJ adalah Pihak
Berkuasa Tempatan di bawah Kerajaan Selangor. Ketuanya tak lain tak bukan,
Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Siapa yang
menandatangani dan meluluskan RTPJ palsu tersebut? Tak lain tak bukan,
Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Siapa yang beria-ia
mempertahankan PKNS dalam isu rampasan padang ini? Tak lain tak
bukan, Menteri Besar, Khalid Ibrahim.
Jadi, siapa yang
sebenarnya untung bila RTPJ palsu tersebut digunapakai?
Siapa agaknya yang
mengarahkan pemalsuan RTPJ tersebut?
Hmmmmmmmm.... Sendiri
ada otak, sendiri fikir laaa!!
Apa kecoh-kecoh ni
Khalid Ibrahim?
Apa dia heran!! Status MB sudah gelap, masa tengah kuasa, apa boleh pulun sapu saja babe!! Naya rakyat Selangor!! Masa depan macam mana???
ReplyDeleteingat dulu masa kita undi perubahan dah boleh rileks tapi makin haru. kebetulan depa nampak pandai sikit rupanya kaki songlap pulak. la bukan lagi hot, mendidih dibikinnya.......
ReplyDeleteBelum berkuasa mmg boleh berkokok ekornya bersih tetapi bila berkuasa "kokok berderai2, ekor bergelumang tahi"..
ReplyDelete