Thursday, June 14, 2012

LEPAS TUAN IBRAHIM & DR RANI, NIK AZIZ PULA GESA TANGGUH HAJI



Apa kecoh-kecoh ni Nik Aziz?

Lepas Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS dan Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor gesa pengundi untuk tangguhkan haji, Nik Aziz pun nak tumpang sekaki juga!

Apa kata Nik Aziz?

“Haji bukan ibadat yang perlu disegerakan. Apa yang pelik berlaku di tempat kita, apa bila tersenarai nama di Tabung Haji, kena pergi selalu (segera).”

Aku rasa Nik Aziz ni tak faham konsep giliran haji di bawah Tabung Haji kot. Mengapa bila giliran kita tiba untuk tunaikan haji, kita kena pergi dan tak boleh tangguh-tangguh? Sebab berpuluh-puluh ribu orang nak pergi haji dan kuota jemaah haji Malaysia terhad. Jadi, kena tunggu giliran dan kalau terlepas giliran kena start beratur balik seolah-olah kita baru mendaftar.

Aku ulang semula penjelasan Tabung Haji semalam.

Mengikut Tabung Haji, jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini tetapi menolak giliran mereka terpaksa menunggu giliran mereka seterusnya iaitu sama seperti orang yang baru mendaftar pada tahun ini.

Giliran bagi orang yang mendaftar tahun ini ialah pada tahun 2030.

18 tahun lagi!! Lamaaaa tuuuuuu….

Aku nak tanya Nik Aziz soalan yang sama aku tanya semalam.

Nik Aziz boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni boleh hidup sampai 2030?

Nik Aziz boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan sihat walafiat dan mampu menunaikan haji pada tahun 2030?

Nik Aziz boleh jamin ke mereka yang menolak haji tahun ni akan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menunaikan haji pada tahun 2030?

Menunaikan haji adalah Rukun Islam dan fardhu ain manakala mengundi ialah fardhu kifayah. Aku nak tanya Nik Aziz, mana yang lebih penting, fardhu ain atau fardhu kifayah?

Mana yang lebih penting, Rukun Islam atau pergi mengundi?

Kalau tengok jawapan Nik Aziz, seolah-olah Rukun Islam ni boleh ditolak tepi dulu. Yang penting, undi PAS dan Pakatan Rakyat dulu, haji belakang kira.

Kalau mati sebelum sempat tunai haji semata-mata kerana nak mengundi sedangkan giliran kita dah naik, duit dah ada, badan masih sihat, jangan risau, Nik Aziz akan tanggung. Betulkan Pok Nik?

Apa kecoh-kecoh ni Nik Aziz?

5 comments:

  1. Nik Aziz pergi haji pakej royal packej. 1 malam je makan entah berapa ribu USD. Pakej mahal tak payah qoata. Bila2 boleh pergi

    ReplyDelete
  2. Nike Ajis simusang berjanggut ni boleh laa bercakap camtu sebab dia boleh pegi haji bila2 masa yang dia nak sebab ada orang yang sponcor dia menggunakan pakej..bagi kebanyakan rakyat malaysia mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun dengan menyimpan berdikit-dikit untuk tujuan menunaikan haji.

    Lagi pun apa yang mereka ni kecuh sangat sedangkan Najib sendiri tak pernah pun nytakan bila tarikh PRU13 tu..sejarah lalu pun tak pernah berlaku pilihanraya diwaktu musim haji..mereka ni takut pada bayang2 sendiri dan sudah kekeringan isu untuk mengutuk Najib..so mereka sengaja ujudkan isu ini supaya mereka ada modal untuk mengutuk dan menjatuhkan maruah Najib dipentas ceramah.

    ReplyDelete
  3. Daftar sekarang, pergi 2050 lah bro....bukan 2030.

    ReplyDelete
  4. 2050 ke? Uissshhh... Sekejap je kena tunggu tu..

    Kalau sekarang umur 60, tahun 2050 baru umur 88 tahun. Confirm hidup lagi. Muda belia lagi. Kuat lagi nak tunai haji.

    Haji ni bukannya wajib disegerakan pun. Kan gitu Pok Nik?

    ReplyDelete
  5. pasal haji ni, saya rasa sesiapa yang asalnya dijadualkan tahun 2020, mungkin boleh pergi awal sebab mesti ada yg mendaftar sebelum tu dah meninggal, duit tak cukup dan sebagainya. Kalau ikut nasihat PAS ni, maka wujud satu lagi sebab mengapa mereka boleh pergi haji lebih awal. yang penting, kena sentiasa bersedia dari segi ilmu dan bekalan, nanti kalau dapat tawaran mengejut, takkan nak tangguh.
    kemudian ada advantage untuk warga emas untuk potong que... jadi saya rasa kalau warga emas yang tangguh ni, takdelah sampai 20 tahun baru sampai giliran balik.
    tapi pelik, mengapalah PAS panik sangat.. nanti pilihanraya pada bulan Ramadhan, barulah semua orang senyap ketupah...
    akhir sekali, saya rasa pilihanraya jatuh pada 14 atau 15 julai, seminggu sebelum Ramadhan.

    ReplyDelete