Wednesday, April 4, 2012

FLAT 4 TINGKAT KERINCHI - TAKDA RUMAH KE, MEMANG SENGAJA TAK NAK PINDAH, NURUL?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Setelah gagal menghalang kemajuan yang didahagakan oleh 433 keluarga yang menghuni Flat 4 Tingkat Kerinchi, Nurul Izzah masih lagi cuba menegakkan benang basah dengan memberi pelbagai alasan palsu.

Apa dalihnya yang terkini?

Sebelum persetankan sesiapa, istighfar, rujuk kpd penduduk yg bersama kami. Mrk sedia utk pindah, tp PPR blm tsedia

Ye ke rumah PPR belum siap lagi Nurul?

Mari kita lihat kronologi proses pengosongan yang berlaku.

Maklumat ini aku ambil dari Kenyataan Media Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar pada 29 Mac 2012.

Sehingga hari ini, 35 penghuni yang sebelum ini membantah projek pembangunan telah menerima surat tawaran penempatan sementara serta kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berdekatan yang diselia oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai 10 Mac 2012 secara berperingkat.
Setakat ini 20 penghuni telah mengesahkan kesediaan untuk berpindah sementara dan pihak DBKL serta syarikat pemaju telahpun menerima surat maklum balas mereka untuk berpindah ke PPR berdekatan.

Manakala 15 lagi penghuni sudah ditawarkan surat penempatan dan pada dasarnya mereka menyatakan persetujuan untuk berpindah, bagaimanapun surat tawaran tersebut masih belum dipulangkan kepada pemaju dan dijangka diserahkan dalam masa terdekat.


Keputusan memberi rumah PPR kepada penghuni terbabit dibuat atas dasar keprihatinan kerajaan, walaupun mahkamah sebelum ini memutuskan hanya pampasan sebanyak RM 73,000.00 sahaja diberikan kepada 35 penghuni terbabit dan mereka tidak layak menuntut apa-apa tuntutan lain termasuk penempatan sementara.
Tarikh akhir mengosongkan rumah masing-masing ialah pada 2 April 2012, selaras dengan notis pengosongan premis dan tapak yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 26 Mac 2012.
Notis pertama telah dikeluarkan pada 14 Mac 2012 untuk pengosongan bertarikh 21 Mac 2012, bagaimanapun notis tersebut dilanjutkan kepada 26 Mac 2012 bagi membolehkan penghuni terbabit memperolehi rumah PPR yang ditawarkan dan mengurus pemindahan mereka.
Sehingga 29 Mac, itulah status penempatan semula penduduk berkenaan.

Kalau ikut keputusan Mahkamah, lepas dapat pampasan RM73,000, sepatutnya Kerajaan tak payah beri mereka apa-apa, tapi Kerajaan BN ni prihatin, kita beri juga peluang untuk mereka berpindah ke penempatan sementara.

Notis diberi pada 14 Mac, jadi mereka tak boleh bagi alasan tak cukup masa nak pindah.

Tapi bila sampai 1 April, lain pula jadinya.

Dek kerana hasutan Nurul Izzah, 19 daripada 20 penduduk yang telah terima tawaran menolak  peluang untuk berpindah ke rumah PPR. Hanya seorang sahaja yang akur. Baki 15 orang yang belum pulangkan surat tawaran langsung tak balas surat.

Itulah sebab, kalau korang perasan, selama ni aku cuma sebut pasal 34 orang yang enggan berpindah kerana 1 orang telah terima tawaran penempatan. Jadi, 35 – 1 = 34 penduduk yang masih termakan hasutan Nurul Izzah.

Rumah pula sudah mula disediakan dari 10 Mac, jadi kalau mereka nak pindah, memang boleh sangat.

Sekarang ni Nurul tiba-tiba nak berdalih kononnya rumah tak siap lagi, tu sebab mereka tak berpindah!

Pigirahh Nurul!!

Rumah dah lama siap, tapi penduduk yang tolak tawaran, tu sebab tak pindah-pindah!!

Kau ni memang betul layak diberi gelaran Puteri BSF ( Bangkang, Spin, Fitnah), sebab itu je yang kau tahu buat!!

Untuk membalas tweet kau, ni jawapan aku:

NURUL, KAU MEMANG PATUT DIPERSETANKAN DAN KAULAH YANG PATUT BANYAK-BANYAK BERISTIGHFAR KERANA TERLALU BANYAK FITNAH DAN TOHMAH YANG TELAH KAU BUAT SELAMA INI!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

2 comments:

  1. Bro, ko jawabla balik tweeter nurul tu...biar penyokong2 dia tau tahap BSF nurul ni...

    ReplyDelete
  2. Dlm youtube pun ramai penjilat2 yg tak tau citer menyalak2 nyokong nurul puaka ni. Mari kita ramai2 bukak akaun youtube dan jwb balik fitnah n bohong PR nih.

    ReplyDelete