Apa kecoh-kecoh ni Nurul
Izzah?
Baru-baru ni kecoh Nurul
Izzah buat fitnah kononnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Dato' Raja Nong Chik telah mengarahkan masjid di Lembah Pantai ditutup?
Betul ke?
Ni laporan dari akhbar
pembangkang, Keadilan Daily.
Keadilan Daily. :
Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup
KUALA LUMPUR: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib
Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini
pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.
Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah
tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.
Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Fahmi Fadzil, berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid
tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(Jawi).
"Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa
terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.
"Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),
atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk
Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun hingga ke hari ini, alasan penutupan belum lagi
dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.
"Pasal apa masjid itu ditutup, kita masih belum tahu. Sama ada
masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak
dapat pastikan lagi," jelas Fahmi.
Ekoran itu, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan
mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.
Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan
di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.
Wah!! Dahsyatnya!! Dato'
Raja Nong Chik pun dah jadi anti-Islam macam Nurul Izzah ke sampai nak suruh
tutup masjid?
Mari kita baca kenyataan
dari JAWI, agensi yang bertanggungjawab menguruskan masjid-masjid di Wilayah
Persekutuan.
PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU
Bahawasanya saya Datuk Che
Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap
Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil
tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan
sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama
pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.
Oleh kerana terdapat banyak
kerosakan di Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung,
kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat,
masjid ini telah ditutup sementara. Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah
masjid sekiranya lambat dibaiki.
Sehubungan itu, JAWI telah
mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun
2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis
penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012. Penutupan ini
bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan
Jun 2013.
Oleh demikian saya memohon
ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah
Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar
As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.
Oleh demikian kenyataan
daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid
adalah tidak benar sama sekali kerana
penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.
Sehubungan itu jangan ada
pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan
sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.
Ooooh, rupa-rupanya
tutup sementara je sebab nak buat penyelenggaraan. Bila dah siap baiki nanti
bukalah semula masjid tu..
Eh benda macam ni pun
Nurul Izzah boleh buat kecoh, sampai keluar kenyataan dalam Keadilan Daily
kononnya "Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan
politik mereka."
Adoiiii. Nak pecah perut
aku gelak.
Tutup sementara sebab
nak baiki pun kononnya pasal kejahilan politik? Hahahahahahah...
Yang tutup rumah ibadah
Islam sebenarnya bukan Kerajaan UMNO BN, tapi Kerajaan Pakatan!
Tak percaya? Kalau tak
percaya pergilah tanya sendiri ahli kariah Madrasah Salihiah Kanchut di Alor
Setar. Kerajaan PAS Kedah mati-matian nak tutup dan robohkan Madrasah yang dah lebih
seratus tahun bertapak di situ semata-mata kerana nak buat kompleks
membeli-belah!
PAS ni namanya je parti
Islam tapi demi wang ringgit sanggup gadaikan maruah Islam!
Satu lagi benda aku nak
betulkan, Nurul.
Arahan tutup sementara
dikeluarkan oleh JAWI, bukannya DBKL. DBKL tak bertanggungjawab menyelenggara
masjid, itu tanggungjawab JAWI.
Benda macam ni pun kau
tak tahu ke Nurul?
Lagi satu, Menteri yang
bertanggungjawab ke atas JAWI ialah Datuk Jamil Khir, bukannya Dato' Raja Nong
Chik.
Jadi, bila kau tuduh
Dato Raja Nong Chik yang arahkan penutupan sementara masjid, jelas dan nyata
kau telah buat fitnah!!
Come on lah Nurul,
berpolitiklah secara lebih matang. Kalau nak dapat sokongan pengundi, turunlah
padang selalu dan buat kerja macam Dato' Raja Nong Chik. Jangan asyik nak buat
fitnah dan curi kredit hasil usaha orang lain je!
Satu lagi yang aku
hairan, sejak bila si Nurul ni ambil kisah hal-hal Islam? Yang aku tahu, dia ni
geng liberal yang mahu orang Islam diberi hak untuk murtad, yang menganggap
undang-undang anti homoseksual itu undang-undang yang telah lapuk dan menyokong
hak golongan LGBT menjalankan aktiviti songsang mereka.
Pasal apa tiba-tiba dia
nak jadi jaguh Islam pulak?
Oooh, sejak imej dia
hancur ekoran kenyataannya mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad, maka
sejak itulah Nurul cuba memulihkan imejnya.
Dia menyalahkan Dato
Raja Nong Chik bila orang Islam meradang ekoran kenyataannya yang jelas anti
Islam sedangkan Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia menyertai forum di
gereja, Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia jawab soalan tentang
kebebasan agama untuk orang Melayu dan yang pastinya Dato Raja Nong Chik
tak paksa pun dia keluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad!
Jadi kali ini Nurul
Izzah cuba bangkit sebagai jaguh agama Islam dengan membuat kecoh tentang
penutupan sementara Masjid Ar Rahman. Sayangnya, isu yang dibangkitkan ini
makan tuan. Isu ini sebenarnya langsung tidak memulihkan imej Nurul sebaliknya
menyerlahkan kejahilan Nurul Izzah dan Setiausaha Politiknya, Fahmi
Fadzil yang cuba mempolitikkan masjid dan ugama!
Apa kecoh-kecoh ni Nurul
Izzah?