Friday, July 6, 2012

SIAPA TANGAN GHAIB DI BELAKANG PEMALSUAN RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA?



Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

Selama ni Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor cukup lantang berkokok dan mendabik dada kononnya di bawah pentadbiran Pakatan, Kerajaan Selangor semakin telus. Dia juga berbangga kerana kononnya PKNS semakin untung di bawah pentadbiran beliau.

Tapi skandal rampasan padang Kelana Jaya oleh PKNS telah menyerlahkan perkara sebenar. Patutpun PKNS boleh untung besar kalau semua bisnesnya didokong oleh penyelewengan seperti pemalsuan Rancangan Tempatan Petaling Jaya! Patutpun boleh untung kalau semua status tanah dipinda sewenang-wenangnya! Ini baru satu kes yang dikesan di PJ. Entah-entah banyak lagi kes lain yang belum dikesan di seluruh Selangor!

PKNS begitu rakus merampas padang rakyat Kelana Jaya untuk pembangunan. Walaupun dibantah oleh rakyat, Khalid Ibrahim menyokong perbuatan keji PKNS kerana kononnya padang berkenaan memang berstatus komersial. Sebagai bukti beliau menunjukkan Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ) yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tetapi penduduk yang prihatin berjaya membongkar bahawa RTPJ berkenaan telah dipinda. Draf asal menunjukkan kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan hijau dan bukannya kawasan komersial.

Bagi menutup malu, Kerajaan Selangor menubuhkan SELCAT untuk kononnya menyiasat isu ini. Kini penyiasatan telah selesai. Kesimpulannya? Memang wujud pemalsuan di mana draf asal yang diluluskan telah dipinda.

Eh Khalid, setakat kesimpulan macam tu, tak payah buat penyiasatan lanjut pun kita dah tahu. Nampak sangat siasatan tu sekadar nak cover line.

Isu yang sepatutnya disiasat sekarang, SIAPA YANG MENGARAHKAN PEMALSUAN TERSEBUT?

Mari kita kaji sedikit latarbelakang pihak yang terlibat. 

PKNS adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Pengerusinya tak lain tak bukan, Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

MBPJ adalah Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Kerajaan Selangor. Ketuanya tak lain tak bukan, Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Siapa yang menandatangani dan meluluskan RTPJ palsu tersebut? Tak lain tak bukan, Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Siapa yang beria-ia mempertahankan PKNS dalam isu rampasan padang ini?  Tak lain tak bukan, Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Jadi, siapa yang sebenarnya untung bila RTPJ palsu tersebut digunapakai?

Siapa agaknya yang mengarahkan pemalsuan RTPJ tersebut?

Hmmmmmmmm.... Sendiri ada otak, sendiri fikir laaa!!

Apa kecoh-kecoh ni Khalid Ibrahim?

3 comments:

  1. Apa dia heran!! Status MB sudah gelap, masa tengah kuasa, apa boleh pulun sapu saja babe!! Naya rakyat Selangor!! Masa depan macam mana???

    ReplyDelete
  2. ingat dulu masa kita undi perubahan dah boleh rileks tapi makin haru. kebetulan depa nampak pandai sikit rupanya kaki songlap pulak. la bukan lagi hot, mendidih dibikinnya.......

    ReplyDelete
  3. Belum berkuasa mmg boleh berkokok ekornya bersih tetapi bila berkuasa "kokok berderai2, ekor bergelumang tahi"..

    ReplyDelete