Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Harakah?
Aduhai… Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, orang Islam
berebut-rebut nak beramal ibadah dan mengejar pahala, PAS pula berebut-rebut
nak buat fitnah dan mengejar dosa!!
Apa fitnah terbaru PAS kali ini?
Kononnya ada sorang pengundi bernama Jarmiah Abu Talib
mempunyai dua kad pengenalan. Inilah yang kemudiannya lantang dikokok oleh PAS
dan Harakah sebagai bukti wujudnya pengundi hantu.
Apa tindakan SPR? Dia pergi siasat di alamat kad
pengenalan berkenaan dan didapati memang ada dua orang adik-beradik dengan nama
yang sama menetap di situ. Jadi, dua kad pengenalan itu adalah untuk dua orang
yang berbeza.
Jangan pertikai daftar pemilih tanpa asas, kata SPR
30 Julai 2012
PUTRAJAYA - Pihak yang
meragui sesuatu perkara dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
diharap tidak membuat tuduhan dan pelbagai andaian dengan hanya bersandarkan
kepada penemuan sendiri.
Sebaliknya, mereka perlu tampil dan mengemukakan bukti agar SPR dapat melakukan
siasatan di lapangan selain menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),
demikian menurut kenyataan suruhanjaya itu hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, siasatan SPR berhubung kenyataan Setiausaha
Jabatan Pilihan Raya Pas Selangor, Wan Mohamad Ghazali Mahmood bahawa seorang
individu bernama Jarmiah Abu Talib boleh mengundi dua kali kerana memiliki dua
MyKad yang sah, adalah tidak benar dan dibuat tanpa bukti.
Kenyataan itu disiarkan akhbar Harakah dalam isu bertarikh 30 Julai hingga 2
Ogos 2012 di muka N22 dengan tajuk 'Misteri Pengundi Dua MyKad Didaftarkan Dua
Kali Sebagai Pemilih.'
Kenyataan itu menjelaskan, siasatan SPR mendapati individu yang dimaksudkan
adalah dua orang yang berbeza dan masing-masing memegang nombor MyKad
49032-08-5370 dan 470321-08-5540.
Menurut kenyataan itu, pegawai SPR telah ke rumah individu berkenaan dan
mendapati pemilik kedua-dua MyKad adalah adik-beradik yang berkongsi nama sama
tetapi memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama serta MyKad 12
angka berbeza.
Semakan dengan JPN pula mendapati pemegang kedua-dua nombor kad pengenalan
adalah orang yang berbeza kerana memiliki rekod cap jari berbeza, oleh itu,
mereka merupakan warganegara dan pengundi yang sah di sisi undang-undang. -
Bernama
Ini samalah dengan kes nama-nama pelik yang kebanyakannya
berlaku di Sabah dan Sarawak. Bila keluar nama-nama pelik macam Timun,
Kangkung, Harimau, Kuda, terus geng Pakatan melolong kononnya semua nama-nama
ini adalah pengundi hantu.
Tapi bila dibuat siaran media dan temuramah dengan pengundi
berkenaan yang mengesahkan kewujudan pengundi berkenaan, terus terdiam geng
Pakatan yang bahlol ni.
Wartawan Harakah pun memang masuk kategori wartawan
sampah je. Bukan susah nak buktikan kebenaran tuduhan PAS tu. Pergilah ke
alamat di kad pengenalan, jumpa sendiri dengan orang yang dimaksudkan dan semak
sama ada tohmahan yang dilempar PAS itu benar atau tidak.
Ada diorang buat macam tu?
TAKDA!!
Tanpa usul periksa, terus siarkan fitnah.
Sekarang kan dah malu sendiri. Nampak sangat Harakah ni
akhbar fitnah yang cuma sesuai diguna untuk mengesat najis dari tapak kasut sahaja!
Apa kecoh-kecoh ni PAS dan Harakah?
Apa fitnah terbaru PAS kali ini?
ReplyDeleteBila? Di mana? Apa linknya?
Cerita ler abis2... Biar pembaca tau memang PAS dan/atau Haprakah buat fitnah, atau buat report bodoh. Kita yang cerita kebodohan orang kenalah pandai sikit!
Setuju dgn QalamQabut. PAS kalau dah war-warkan sesuatu berita (benar @ tidak) dia org akan cerita smpi habis. Cybertroops dia org pun akan menyiarkan berita tersbut. Termasuk penyokong PAS dalam fb dia org. Lama2 berita yg palsu pun org anggap benar. PAS tak akan mintak maaf dia buat silap sbb kalau dia mintak maaf org akan start pertikai berita dia org.
ReplyDeleteQalam Qabut: Kat dalam artikel tu kan dah dinyatakan artikel fitnah PAS ni disiarkan di Harakahkahkah... Siap bagi tarikh siaran dan mukasurat lagi!
ReplyDeletepssttt... yang tak cukup kat artikel ni ialah scanned copy tajuk berita Haprakah tu.
Delete