Monday, July 9, 2012

HELAH PEMBANGKANG UNTUK HALAU MELAYU DARI KG BHARU?


Projek mewah Datum Jelatek untungkan kroni Pakatan. 
Orang Melayu dihalau keluar macam anjing kurap!!

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

Baru-baru ni Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kampong Bharu yang didokong oleh pembangkang telah mencadangkan agar penduduk Kampong Bharu dipindah keluar ke lokasi di Selangor bagi mewujudkan Kampong Bharu kedua.

Namun begitu, idea setengah masak ini pantas ditolak oleh penduduk Kampong Bharu seperti disuarakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.

Idea pembangkang untuk mewujudkan Kampung Baru kedua di kawasan luar Kuala Lumpur merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan tidak relevan sama sekali.
   
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata cadangan itu menunjukkan sikap pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.
   
Jelasnya, mereka tidak perlu mencadangkan idea jika tidak mampu melaksanakannya kerana ia hanyalah membuang masa.


"Pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak memikirkan cara untuk melaksanakannya. Mereka perlu memikirkan tempat yang sesuai, tetapi mana lokasinya mereka pun tak tahu. Ini akan mengakibatkan kesulitan kepada seluruh penduduk kerana lokasi baru tersebut kemungkinan besar jauh dari tempat asal."

Bayangkanlah, kita tinggal di Kampong Bharu. Kita kerja di Kampong Bharu. Anak-anak kita sekolah di Kampong Bharu. Senang-senang je pembangkang nak halau kita keluar?

Habis tu kita nak ulang-alik kerja macam mana? Bukan semua penduduk Kampong Bharu kaya, nak bayar belanja minyak bila dok jauh dari tempat kerja. Sekarang ni keluar rumah, sekejap je dah sampai tempat kerja.

Macam mana pula dengan anak-anak kita nak yang dah biasa sekolah kat Kampong Bharu, tiba-tiba kena halau keluar? Anak-anak yang tengah nak periksa UPSR, PMR, SPM tak terganggu ke pembelajaran bila kena pindah-randah?

Ada jaminan ke boleh kembali ke Kampong Bharu? Macam mana kalau projek tak jadi atau terbengkalai? Sampai bila-bila lah dok merempat!!

Mari kita ambil iktibar dari cara Kerajaan Pakatan Selangor laksanakan pembangunan semula Flat 4 Tingkat Jalan Jelatek yang tak berapa jauh dari Kampong Bharu.

Penduduk di situ (650 keluarga yang semuanya Melayu) dihalau keluar macam anjing kurap. Kalau nak dapat rumah ganti, kena pergi ke Antara Gapi.

Antara Gapi? Mana tu?

Oh, pembangunan PKNS dekat dengan Batang Kali, jalan nak pergi Kuala Kubu Bharu. Mak aihhhh!! Jauhnyaaaaaa!!!

Lokasi ganti pun sampai kena halau dari pusat kota, kena masuk ceruk kampung!!! Inilah nasib Melayu di bawah Kerajaan Pakatan Selangor.

Kerajaan Pakatan Selangor langsung tidak berminat untuk menyediakan penempatan semula untuk mereka di tempat asal. Bayangkanlah, mereka dah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun, tapi dengan mudah dihalau keluar macam anjing kurap oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Langsung tiada pilihan untuk menetap di tempat mereka membesar selama ini.

Mengapa Kerajaan Selangor buat begitu? Kerana buat kondominium mewah lebih menguntungkan dari buat apartment untuk penduduk. 

Peduli apa mereka ni dah lama tinggal di situ! Peduli apa kalau mereka tiada tempat untuk dituju selepas dihalau keluar! Peduli apa kalau kebajikan mereka terabai! 

Apa yang penting, kroni Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim boleh dapat untung besar!! 

Nurul Izzah yang selama ini lantang menentang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, kononnya membela nasib rakyat, bila tiba kat projek mewah Datum Jelatek, tiba-tiba senyap macam syaitan bisu. Takda pun dia perjuangkan nasib 650 keluarga Melayu di situ!!

Bandingkan pula dengan pembangunan semula di Flat 4 Tingkat Kerinchi, Lembah Pantai.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di bawah YB Dato' Raja Nong Chik telah mensyaratkan kepada pemaju agar SEMUA penduduk dijamin akan mendapat rumah baru di kawasan yang mereka diami sebelum ini.

Kalau sebelum ini mereka tinggal di flat TIADA BILIK berkeluasan 380 kaki persegi, bila apartment baru mereka siap, mereka akan dapat rumah 3 bilik berkeluasan 900 kaki persegi. LEBIH 2 KALI GANDA besarnya berbanding rumah mereka sekarang.

Sepanjang pembangunan semula berlangsung, penduduk ditempatkan di rumah-rumah PPR berhampiran, jadi rutin dan tugasan harian mereka tidak terganggu. 

Nampak tak bezanya Kerajaan BN dengan Kerajaan Pakatan?

BN berusaha untuk kekalkan Melayu di dalam bandar, walaupun untung kepada pemaju akan berkurangan.

Pakatan Haprak pula beria-ia menghalau Melayu keluar bandar, semata-mata demi keuntungan untuk kroni masing-masing!

Perkara ini perlu diambil iktibar oleh semua, terutamanya penduduk Kampong Bharu.

Kerajaan Pakatan Selangor beria-ia nak campur tangan dalam pembangunan Kampong Bharu walaupun mereka sebenarnya tiada hak nak berbuat demikian. Pada masa yang sama, Kerajaan BN telahpun mengambil langkah seperti penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu untuk membantu pemilik tanah membangunkan tanah mereka.

Penduduk Kampong Bharu boleh tengok sendiri dan bandingkan model pembangunan Pakatan dengan model pembangunan BN.

Kalau penduduk Kampong Bharu ikut model pembangunan Pakatan, maknanya habislah tergadai tanah Kampong Bharu. Semua penduduk Kampong Bharu akan merempat macam pengemis dan dihalau keluar macam anjing kurap!

Kalau ikut model BN, semua penduduk akan kembali ke tempat kediaman asal dengan rumah yang jauh lebih besar dan selesa.

Sekarang aku nak tanya penduduk Kampong Bharu, mereka nak kena halau macam anjing atau nak jadi pemilik rumah sendiri di Kampong Bharu?

Tepuk dada, tanya selera.

Apa kecoh-kecoh ni Pakatan?

2 comments:

  1. haha btul tu bro..skang nie kompeni2 cina dh start buat projek keliling kg baru..siap pasang tanglung lg..padahal bukan CNY pun..just perasmian unit contoh..the orion, sky residence contoh pembangunan yg nak hanya cina di KL nie..pasal construction nie la yg mangakibatkan banjir kt area jalan tun razak..harap2 penduduk kg baru x termakan dgn ajakan pakatan rakyat..tp masalahnye, penduduk kg baru sendiri pun dh ramai org PAS psl yg byk duk situ org kelantan..so paham2 la..anak2 jati kg baru sume dh blah..

    ReplyDelete
  2. JBPKB nie puak yg Karam Singh kata pandai tak blh diikut dan benggong tak blh diajar. Dengaq cakap depa mampuih hangpa semua. Ini agenda penerusan Melayu agar tdk menjadi mitos. Oops! pasti ayat nie dia org tak paham.

    Wahai warga KB ikutilah denyutan kebenaran hati u all dan speed yg mampu gerak. Biak lambat sikit asaikan at last untung besaq. Puak pelingkup mmg ramai nak peningkan u all. Twin Tower dan macam-macam yg di keliling tu bukan naik dgn segera. Hidup kita jugak bukan secepat mee slurpp!!!

    Krjaan pulak improve lah PR dan bijak sikit politik tu kalau tdk niat sesuci mana pun akan berdebu macam tuu sj!! Tlg ingat!!! tak setuju dgn pendekatan dan tak dengaq cakap bukan beerti menolak kerajaan...

    ReplyDelete