Thursday, July 19, 2012

NURUL IZZAH BERKEMPEN UNTUK RAJA NONG CHIK DI LEMBAH PANTAI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Nurul Izzah berkempen untuk Dato’ Raja Nong Chik? Biar betul? Tak pernah aku dengar Nurul puji Dato’ Raja Nong Chik padahal dah macam-macam perkara Dato’ Raja Nong Chik dah buat untuk penduduk Lembah Pantai.

Apa cerita sebenarnya ya?

Begini, semasa majlis ceramah Pakatan di Lembah Pantai, Nurul Izzah telah menjemput Tunku Harmy Tunku Hannan, seorang kerabat Negeri Sembilan yang merupakan penyokong tegar Pakatan untuk berceramah. Memandangkan Tunku Harmy ni pernah kenal baik dengan Dato’ Raja Nong Chik, kononnya dalam ceramah ni bolehlah Nurul Izzah gunakan Tunku Harmy untuk memburukkan peribadi Dato’ Raja Nong Chik.

Malangnya, senjata Nurul makan tuan. Bukannya Tunku Harmy nak kutuk Dato’ Raja Nong Chik, malahan dia puji pulak Dato’ Raja Nong Chik depan-depan si Nurul! Merah padam muka si Nurul tahan malu dan marah! Apa taknya, dia ajak orang tu kempen untuk sokong dia, tiba-tiba orang tu puji Dato’ Raja Nong Chik pula!! Penyokong-penyokong Pakatan yang dok dengar ceramah tu pun terus terdiam, macam tak percaya majlis ceramah Nurul jadi sesi memuji Dato’ Raja Nong Chik.

Boleh tengok video ni sendiri kalau tak percaya.



“Saya ni sahabat baik bukanlah, baik sangat takda, kita rapat. Saya pada ketika dulu adalah Timbalan Presiden Kelab Usahawan Bumiputera. Pada ketika itu, Raja Nong Chik ni Bendahari saya. Tuan-tuan, saya tak nak kata dia tak baik, dia manusia yang baik! Ni saya cakap ni tuan-tuan, minta maaflah Cik Nurul. Dia manusia yang baik tuan-tuan. Dia jadi Bendahari, kira satu sen pun. Semua dia kira. Dia tak berani nak bohong, semua dia kira. Jadi, saya tahu dia ni sejak dari kecil lagi. Keluarga dia pun keluarga orang baik-baik. Semua lurus-lurus. Rasuah tak nak, apa tak nak. Bapa dia kaya tuan-tuan, hidup lagi, umur 90 tahun dah. Saya ingat rumah kedai yang dia beli, saya rasa nilai harta mau sampai 1 bilion tuan-tuan.”

Jadi, kalau berdasarkan kenyataan Tunku Harmy ni, Dato’ Raja Nong Chik dan keluarganya semua orang baik yang lurus, amanah dan tidak mengamalkan rasuah. Keluarganya juga kaya, jadi tak timbul isu kononnya dia kaya kerana salahguna kuasa. Sebelum masuk politik lagi dia dah kaya.

Eh, baguslah kalau orang macam ni jadi pemimpin kita. Kita memang nak pemimpin yang lurus, amanah dan tidak mengamalkan rasuah. Kalau orang Pakatan sendiri dah mengaku Dato Raja Nong Chik ni memang insan yang terpuji, memang dah sah lah tu.

Takda ragu-ragu lagi. SAYA MESTI PILIH DATO RAJA NONG CHIK!!

Terima kasih Nurul kerana berkempen untuk Dato Raja Nong Chik dan memudahkan penduduk Lembah Pantai membuat pilihan semasa pilihanraya nanti.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

4 comments:

  1. Blog tuan sudah ada dalam senarai bloglist www.putrarahman.blogspot.com. Minta kerjasama masukkan blog putrarahman dalam senarai bloglist tuan.

    ReplyDelete
  2. Islam mengajurkan supaya kita berkata yg benar sahaja dan ternyata Tunku Harmy adalah seorang Muslim yg sejati. Lagi pun inikan bulan Ramadhan yg mulia, hayt manusia pun tidak lama, Maka rugilah kalau kita merosakkan pahala kita yg xseberapa itu demi utk politik dan kuasa yg tidak kekal akan lama itu.

    ReplyDelete
  3. Padan muka dia. Tunku Harmy, thumb up! Politik macam ni baru gentlemen. Nampaknya bulan puasa tentu cite bubur lambuk pulak. Apa yg nak dispin? Tungguuuuu.......

    ReplyDelete
  4. raja bagus tapi orang dia tu lebih sudu dari kuah tapi bro kalau nurul blh up raja ini wayang tinggi.... mari kita tengok siapa sudah kena!!!

    ReplyDelete