Wednesday, March 14, 2012

NURUL IZZAH BAWA PENGUNDI HANTU KE LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ni kita selalu dengar Nurul Izzah mengutuk SPR kononnya terlibat dalam pendaftaran pengundi hantu. Kalau dengar cakap Nurul Izzah ni, seolah-olah dialah orang paling bersih, suci dari noda, tak pernah buat kerja tak berjadah.

Tapi dari sumber PKR sendiri, aku dengar Nurul Izzah sebenarnya giat membuat pendaftaran pengundi hantu di Lembah Pantai. Dia kutuk orang lain kononnya buat kerja tak elok, tapi dia sendiri yang jadi taukeh pengundi hantu di Lembah Pantai.

Dan kini terserlah bukti kerja kotornya itu…

Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR
Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my 


Daftar pengundi MB Selangor, Khalid Ibrahim pada tahun 2008.


Daftar pengundi MB Selangor, Khalid Ibrahim sekarang.


MB Selangor, Khalid Ibrahim, yang asalnya berdaftar untuk mengundi di Petaling Jaya Selatan, sekarang dah jadi pengundi Lembah Pantai!!

Yang paling lawaknya, alamat pendaftaran ialah di Kuarters Kakitangan Universiti Malaya!!

Sejak bila MB Selangor jadi staf Universiti Malaya?

Nampak sangat Nurul Izzah dah terdesak untuk tambah bilangan pengundi hantu yang menyokong beliau di Lembah Pantai, sehinggakan MB Selangor pun terpaksa berpindah tempat mengundi semata-mata nak bantu Nurul Izzah!!

Jadi, lain kali kalau Nurul Izzah buka mulut untuk kutuk SPR bila cerita tentang pilihanraya yang adil atau pengundi hantu, kawan-kawan tolong tanya dia balik:

APA HAK KAU NAK KUTUK SPR SEDANGKAN KAU SENDIRI YANG BAWA MASUK PENGUNDI HANTU KE LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk ulasan lain isu ni, boleh rujuk blog sahabat, Suara Razlan’s.

2 comments:

  1. untuk makluman, apakecoh2 sekarang ini blog anda berada pada ranking 7394 alexa untuk blog keluaran dalam malaysia.

    sekiranya ingin berada dalam ranking top 50, blog harus berada dalam julat ranking alexa tidak melebihi 2800.

    jadi perjalanan kita masih jauh untuk mencecah top50.

    PM juga masih berusaha kearah itu.

    tq.

    mohon di linkkan blog saya kepada blog saudara juga.

    ReplyDelete
  2. Salam. No prob, sy linkkan di blog sy.

    ReplyDelete