Thursday, March 8, 2012

FOMCA MINTA SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PENDUDUK PPR DAN PA DIPERLUAS


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni Nurul Izzah & Tony Pua lantang bersuara kononnya Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR dan PA tidak disokong oleh rakyat.

Semalam aku dah siarkan sokongan Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk yang mewakili 81 persatuan penduduk di sekitar ibukota.

Hari ini aku siarkan pula sokongan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mewakili 18 Persatuan Pengguna dari seluruh Malaysia!

FOMCA bukan setakat menyokong Skim ini, malahan mereka memohon agar ianya diperluaskan dengan menubuhkan sebuah Bank Perumahan untuk menyediakan pembiayaan bagi penyumbang yang jumlah pengeluaran perumahannya lebih rendah dari harga pembelian rumah mereka.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, “Kemudahan ini amat bermanfaat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan akan mengatasi keperluan bagi pencarum untuk meminjam dari bank-bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.”

Nah, ini dia buktinya bahawa Skim ini memang menguntungkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Yang iktiraf Skim ni bukannya orang politik atau orang perniagaan, tapi pejuang hak-hak pengguna di Malaysia.

FOMCA dan Presidennya, Datuk N Marimuthu sebagai pejuang hak pengguna, kalau Skim itu tidak bermanfaat kepada rakyat, mustahil mereka akan sokong.

Inilah bukti kukuh bahawa rakyat sebenarnya amat menghargai Skim ni. Yang menentang cuma orang dengan agenda untuk kepentingan peribadi seperti Nurul Izzah dan Tony Pua sahaja!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment