Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
Sebelum ini aku pernah singkap tembelang Nurul yang buat fitnah kononnya Persatuan-persatuan Penduduk di Bangsar menentang peluasan Jalan Maarof. Boleh baca di sini.
Hari ni sekali lagi aku bagi bukti kukuh yang Persatuan Penduduk sebenarnya menyokong projek peluasan jalan tersebut.
Sarapan bersama AJk Persatuan Penduduk sebelum meninjau Jalan Maarof.
Sedang meninjau Jalan Maarof bersama AJK Persatuan Penduduk
Sidang media bersama AJK Persatuan Penduduk selepas selesai meninjau keadaan Jalan Maarof.
Beberapa hari lepas, Dato’ Raja Nong Chik telah turun padang bersama AJK Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya, Bangsar Baru, Bangsar Park & Lucky Garden untuk meninjau hasil projek peluasan jalan tersebut.
Memang bagus! Jelas nampak aliran trafik lebih lancar berbanding sebelumnya.
Persatuan-persatuan Penduduk tak payah cakaplah, memang gembira dengan hasil projek ni. Mana taknya, dulu sangkut lama gila kalau masa puncak, sekarang masa menunggu dah jauh kurang. Nak tahu lebih lanjut, dalam suratkhabar NST pun ada cerita ni.
Yang aku hairannya Nurul, mengapa kau mati-matian mahu menggagalkan projek ni sampai sanggup buat fitnah kononnya Persatuan Penduduk menentang projek ni? Bukankah projek ni akan menguntungkan penduduk Bangsar sendiri? Bukankah mereka ini juga penduduk Lembah Pantai yang mana kau tu wakil rakyat mereka?
Aku pun tak fahamlah wakil rakyat jenis apa yang sanggup tolak projek yang baik semata-mata kerana ianya datang dari Kerajaan. Nampak sangat kau tu bukannya ikhlas nak membantu penduduk Lembah Pantai.
Aku tahu, kau takut kalau rakyat berterima kasih dengan Kerajaaan, mereka takkan undi kau masa pilihan raya nanti. Jadi, kau seboleh-bolehnya nak gagalkan semua projek Kerajaan.
Peduli apa kalau orang Bangsar menderita sangkut dalam traffic jam lama-lama. Yang penting, mereka undi kau masa pilihan raya nanti. Bukan begitu Nurul?
Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?
Apa kecoh-kecoh ni Nurul?
No comments:
Post a Comment