Thursday, March 8, 2012

MAJLIS GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK KL SOKONG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PPR & PA


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni Nurul Izzah dan Tony Pua asyik berkokok kononnya mereka mewakili suara rakyat yang membantah Skim Pinjaman untuk Penduduk PPR & PA. Betul ke rakyat bantah Skim ni? Rakyat mana pula yang mereka wakili?

Kalau dilihat balik, semasa Nurul & Tony menyerahkan memorandum bantahan kepada KWSP, ianya adalah sebagai mewakili sebuah NGO di Selangor iaitu Pertubuhan Kemajuan & Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat).

Eh, yang nak jualnya di KL, pasal apa NGO Selangor yang masuk campur? Patutnya kalau nak bantah isu di KL, dapatkanlah sokongan NGO-NGO di KL.

Kalau nak tahu, sebenarnya NGO-NGO di KL menyokong skim ni. Salah satu NGO besar yang menyokong ialah Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk yang mewakili 81 persatuan penduduk di sekitar ibukota. Berita lanjut boleh baca di sini.

81 NGO Nurul!! Bukan satu sahaja!!

NGO-NGO ni pula semuanya dari KL, bukannya diimport khas dari Selangor!! Dan banyak juga NGO-NGO ni yang datang dari Lembah Pantai, iaitu kawasan yang kau sendiri wakili.

Persoalannya, kalau NGO-NGO dari kawasan kau sendiri menyokong Skim ni, mengapa kau pula mati-matian nak menghalang Skim ni?

Kau ada selami kehendak dan kemahuan rakyat tak sebelum kau suka-suka nak bantah Skim ni?

Nurul, nampak sangat pendirian kau dalam isu ni tak dapat sokongan NGO-NGO di Lembah Pantai khususnya dan KL amnya, sampai kau kena minta tolong dengan Khalid Ibrahim dan Papa Hebat, Anwar Ibrahim, untuk dapatkan NGO proksi dari Selangor bagi menyampaikan memorandum bantahan.

Lain kali Nurul, kau kena tahu isi hati rakyat sebelum kau cuba bantah mana-mana Skim yang Kerajaan cuba perkenalkan. Kalau Skim tu baik untuk rakyat, kau WAJIB sokong kerana sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kau ialah kepada rakyat, bukan kepada Papa Hebat!!

Jangan biarkan rakyat menderita kerana fahaman politik sempit!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

No comments:

Post a Comment