Saturday, March 31, 2012

NURUL IZZAH TAKUT DITELANJANGKAN RAJA NONG CHIK?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ni , bila Dato’ Raja Nong Chik lancarkan Skim Pembiayaan Penjualan Perumahan PPR dan PA, Nurul Izzah adalah orang paling lantang menentang Skim ini.

Apa kata Nurul Izzah?

PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.

Maksudnya, Nurul Izzah tuduh penduduk PPR ni semuanya tak boleh dipercayai untuk diberi pinjaman. Penduduk PPR ni semuanya kaki kelentong, kaki temberang. Bila dapat duit pinjaman mereka tak akan bayar balik, mereka akan makan duit tu dan pinjaman akan hangus. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

YA ALLAH!! HINANYA PENDUDUK PPR DAN PA DI MATA NURUL IZZAH!!

Tapi Dato Raja Nong Chik masih percaya bahawa skim ini adalah peluang terbaik untuk membantu penduduk PPR dan PA memiliki rumah mereka sendiri sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah yang majoritinya Melayu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Maka Dato Raja Nong Chik pun membuat undangan terbuka kepada Nurul Izzah.

KERAJAAN AKAN BUAT SESI PENERANGAN KEPADA PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN TENTANG SKIM INI. NURUL IZZAH DIJEMPUT UNTUK BERSEMUKA DI HADAPAN PENDUDUK PPR DAN PA BAGI MENJELASKAN MENGAPA BELIAU MENUDUH TINDAKAN KERAJAAN MEMBERI PINJAMAN KEPADA PENDUDUK PPR ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL.

Eh, ini peluang baik untuk Nurul Izzah menjelaskan tentang tuduhannya itu… Sudah tentu Nurul akan datang untuk mempertahankan tohmah dan fitnahnya!

Maka sesi penerangan pun bermula.

Sesi penerangan yang pertama diadakan di Lembah Pantai, kawasan Nurul sendiri. Ini peluang baik Nurul nak tunjuk jaguh depan pengundi kawasannya! Mesti dia datang!

Majlis bermula. Majlis tamat. Batang hidung Nurul masih tak nampak.

Aik? Majlis kat kawasan sendiri pun tak datang?

Takpa, takpa… Mungkin dia sibuk. Masih banyak lagi sesi penerangan lain yang dia boleh hadir.

Malangnya dari sesi penerangan pertama hinggalah ke sesi penerangan ke 16, bukan setakat batang hidung, bayang Nurul pun langsung tak nampak.

Macam mana ni Nurul? Sesi pertama di Lembah Pantai pun kau tak berani tunjuk muka, padahal tu kawasan kau!

Lepas tu ada lagi 15 sesi untuk kau hadir, itu pun kau tak berani datang?

Kawan-kawan, sesi-sesi penerangan ni dibuat bukan dalam tempoh satu atau dua hari, tapi berlangsung selama SEBELAS HARI DARI 7 HINGGA 18 MAC! 16 SESI PENERANGAN DALAM TEMPOH 11 HARI!!

Mustahil Nurul terlalu sibuk sampai nak luangkan masa dua jam pun tak boleh!

Jadi, apa kesimpulannya?

Kesimpulannya, Nurul Izzah tak berani tunjuk muka depan penduduk PPR kerana dia tahu tuduhannya hanya fitnah dan tohmah tanpa sebarang asas yang kukuh!! Kalau dia tunjuk muka, sudah tentu Dato Raja Nong Chik akan menelanjangkan hujah-hujah dangkalnya itu!!

Maka akan terserlahlah sikap hipokrit Nurul Izzah kepada penduduk PPR dan seluruh rakyat Malaysia. Akan tersingkaplah hati busuk Nurul Izzah yang bermati-matian cuba menggagalkan semua usaha baik kerajaan demi kepentingan politik sempitnya!

PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TAK DAPAT MEMILIKI RUMAH!

PEDULI APA KALAU PENDUDUK PPR TERUS DIBELENGGU KEMISKINAN TANPA ADA PELUANG MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN!!

APA YANG PENTING, SEMUA USAHA BAIK KERAJAAN BN MESTI DIGAGALKAN!!

Macam ni ke pemimpin yang orang Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

NURUL IZZAH TAK BERANI IKRAR INTEGRITI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Transparency International Malaysia (TI-M) telah melancarkan ikrar integriti pilihan raya bagi melindungi integriti jawatan politik dan proses politik demokrasi.

Secara ringkasnya, ahli-ahli politik dari dari mana-mana parti politik, sama ada BN atau Pakatan, diseru untuk berikrar bahawa mereka komited terhadap amalan integriti dalam kegiatan politik mereka.

Dan orang pertama yang menandatangani ikrar ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Tahniah Datuk Saifuddin!!

Yang hairannya, awal-awal lagi Nurul Izzah dan Tian Chua telah mempertikaikan ikrar ini. Menurut mereka, ikrar ini hanya membuang masa sahaja.

Aik? Awal-awal lagi dah berdalih tak mahu tandangan ikrar integriti?

Mengapa ya?

Adakah keengganan ini kerana Nurul Izzah dan Tian Chua tahu bahawa Pakatan Haprak memang tidak berintegriti dari dahulu sampai sekarang?

Skandal pasir di Selangor dan skandal pemberian kontrak secara rundingan terus kepada kroni juga di Selangor – semua ini adalah bukti penyelewengan wang rakyat berjuta-juta ringgit!!

Maka sudah tentulah membuang masa sahaja untuk ahli politik Pakatan Haprak menandatangani ikrar ini kerana sudah pastinya mereka tak mampu mematuhi apa yang diikrarkan.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Friday, March 30, 2012

JELAJAH WARISAN KG TRADISI – PERJUANGAN IKHLAS ATAU GIMIK POLITIK NURUL IZZAH?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Nurul Izzah telah lancarkan Jelajah Warisan Kampung Tradisi, kononnya nak selamatkan kampung-kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan. Hebat Nurul!!! Pejuang hak Melayu rupanya dia ni!

Betul ke?

Jom tengok gambar aksi pengikutnya di konvoi tersebut.

Wow!! Bersemangat sungguh  mereka ni nampaknya!!

Jom tengok gambar-gambar lain pulak.




Eh, kata pejuang warisan kampung tradisi Melayu, tapi pasal apa yang ramainya Cina? Pasal apa sikit sangat Melayu?

Dan yang paling menghairankan, mereka mengaku mereka adalah pejuang warisan dan tradisi Melayu, tapi mereka sendiri tidak menghormati adat resam dan tatasusila Melayu.

Datang untuk selamatkan kampung Melayu, tapi berpakaian tidak senonoh dengan baju ketat, seluar pendek dan yang paling dahsyat, MEMAKAI KASUT YANG TELAH MEMIJAK NAJIS DI DALAM SURAU!! Kasut tu entah-entah dah pijak tahi kucing, pijak tahi anjing, lepas tu selamba je pakai kasut dalam surau.

Kalau mereka faham adat Melayu dan hukum Islam, sudah tentu mereka tahu AMAT KURANG AJAR memakai kasut di dalam rumah orang Melayu, apatah lagi di dalam surau yang menjadi tempat beribadat orang Islam!!

Ini bukan setakat tak menghormati adat resam dan tatasusila Melayu, ni dah masuk bab MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM!!

Kalau perkara asas tentang adat Melayu dan hukum Islam pun mereka tak tahu, logik ke kalau kita nak percaya Nurul Izzah dan kuncu-kuncunya ni adalah pejuang warisan kampung tradisi Melayu?

Nurul Izzah sendiri adalah jaguh Islam liberal yang memandang rendah hukum-hakam agama. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini.

Pengikutnya pula jelas langsung tak tahu pasal adat Melayu dan hukum Islam, dan yang paling dahsyat, Nurul Izzah sendiri tak ambil peduli tentang kelakuan biadap pengikutnya..

Macam ni perangai pejuang hak Melayu?

Boleh percaya ke?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

NURUL IZZAH MEMANG SAH ANTI ISLAM!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kalau sekali pandang, nampak seolah-olah Nurul Izzah ni orang yang patuh ajaran agama, pakai tudung dan bersopan. Tapi bila tengok dua kali, jelas bahawa tudung itu hanya sekadar topeng untuk mengabui mata rakyat. Sebenarnya Nurul Izzah adalah jaguh fahaman Islam liberal, sama seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Macam mana Islam liberal tu? Jom tengok contoh-contoh di sini:

Contoh 1:

Laporan dari MalaysiaKini:

DAP secretary-general Lim Guan Eng, in a bid to stem fears that its ally PAS will try to enforce an Islamic state if Pakatan Rakyat is voted into power, says the Islamic party is not seeking to impose hudud.

“It is not in Pakatan Rakyat’s manifesto… (so) it will not be implemented,” Lim told a predominantly Malaysian Chinese crowd at the DAP’s fundraising dinner in Petaling Jaya, Selangor,  last night.

Also present at the event was Lembah Pantai MP, Nurul Izzah.

Alih bahasanya:

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dalam usaha untuk membendung kebimbangan bahawa sekutunya PAS akan cuba untuk mewujudkan negara Islam jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan berkata, parti Islam itu tidak mahu mewujudkan hudud.

"Ianya tidak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat ... (jadi) ia tidak akan dilaksanakan," kata Lim memberitahu orang ramai yang kebanyakannya berketurunan Cina pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Petaling Jaya,Selangor, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Hebat Lim Guan Eng, sekarang dah jadi jurucakap PAS. Dia boleh tetapkan polisi PAS dan seperti biasa, PAS cuma akur dan tak berani  untuk bersuara.


Dan Nurul Izzah juga turut hadir bagi menyokong pendirian DAP tu.

Bukankah ini bukti jelas Nurul Izzah anti Negara Islam dan hudud?

Contoh 2:


Nurul Izzah sibuk promosi perayaan Krismas dan acara minum arak.

Tak percaya? Tengok twitter dia sendiri.

Apa hukum orang yang promosi arak? Jom tanya Ustaz Azhar Idrus, ulama yang disanjung ramai rakyat Malaysia termasuklah pengikut PAS sendiri.

Dahsyat tuuuu… Hukum orang promosi arak sama laknat dengan orang yang minum arak!

Kau tu orang Islam Nurul, yang kau promosi arak tu mengapa?

Bukankah ini bukti jelas bahawa Nurul sebenarnya memandang enteng ajaran Islam yang menghalang penganutnya mempromosikan arak?

Contoh 3:


Baru-baru ni Nurul buat program di Kg Kerinchi kononnya untuk mempertahankan kampong tradisi.

Jom tengok gelagat pengikutnya dalam Madrasah Itifiqah Ad Diniah Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi, Lembah Pantai.



Wow!!! Pakai seluar pendek dan kasut dalam surau!! Hebat betul pengikut kau Nurul!! Pakcik kat belakang yang pakai kopiah pun terikut-ikut semangat Islam liberal si Nurul Izzah, dia biar je amoi-amoi Cina pakai seluar pendek dan kasut dalam surau.

Masya Allah… Bukankah ini bukti jelas, Nurul sebenarnya tidak menghormati masjid dan surau? Bukan setakat tak hormat tapi dah masuk kategori MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM!!

Nurul, budak tak sekolah pun tahu ORANG KAFIR YANG DATANG HAID TAK BOLEH BERSUKARIA SAMBIL MEMBUKA AURAT DAN PAKAI KASUT YANG DIKOTORI NAJIS DALAM SURAU DAN MASJID!!

Hukum asas agama macam ni kau tak tahu atau sengaja buat tak kisah?

Bukankah ini bukti jelas Nurul Izzah sebenarnya langsung tidak menghiraukan hukum-hakam Islam asalkan kepentingan politik beliau tercapai?

Jadi kawan-kawan, selepas tengok 3 contoh ni, apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat melainkan 

NURUL IZZAH MEMANG ANTI ISLAM!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

Wednesday, March 14, 2012

NURUL IZZAH BAWA PENGUNDI HANTU KE LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sebelum ni kita selalu dengar Nurul Izzah mengutuk SPR kononnya terlibat dalam pendaftaran pengundi hantu. Kalau dengar cakap Nurul Izzah ni, seolah-olah dialah orang paling bersih, suci dari noda, tak pernah buat kerja tak berjadah.

Tapi dari sumber PKR sendiri, aku dengar Nurul Izzah sebenarnya giat membuat pendaftaran pengundi hantu di Lembah Pantai. Dia kutuk orang lain kononnya buat kerja tak elok, tapi dia sendiri yang jadi taukeh pengundi hantu di Lembah Pantai.

Dan kini terserlah bukti kerja kotornya itu…

Kad Pengenalan: 461214105273 / 0556617
Nama: ABD KHALID BIN IBRAHIM
Jantina: LELAKI
Lokaliti: 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2
Daerah Mengundi: 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16
DUN: 105 / 34 - BUKIT GASING
Parlimen: 105 - PETALING JAYA SELATAN
Negeri: SELANGOR
Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my 


Daftar pengundi MB Selangor, Khalid Ibrahim pada tahun 2008.


Daftar pengundi MB Selangor, Khalid Ibrahim sekarang.


MB Selangor, Khalid Ibrahim, yang asalnya berdaftar untuk mengundi di Petaling Jaya Selatan, sekarang dah jadi pengundi Lembah Pantai!!

Yang paling lawaknya, alamat pendaftaran ialah di Kuarters Kakitangan Universiti Malaya!!

Sejak bila MB Selangor jadi staf Universiti Malaya?

Nampak sangat Nurul Izzah dah terdesak untuk tambah bilangan pengundi hantu yang menyokong beliau di Lembah Pantai, sehinggakan MB Selangor pun terpaksa berpindah tempat mengundi semata-mata nak bantu Nurul Izzah!!

Jadi, lain kali kalau Nurul Izzah buka mulut untuk kutuk SPR bila cerita tentang pilihanraya yang adil atau pengundi hantu, kawan-kawan tolong tanya dia balik:

APA HAK KAU NAK KUTUK SPR SEDANGKAN KAU SENDIRI YANG BAWA MASUK PENGUNDI HANTU KE LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk ulasan lain isu ni, boleh rujuk blog sahabat, Suara Razlan’s.

NURUL IZZAH ADA KUASA AJAIB? HEBATTTT!!!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Seperti yang kita tahu, Nurul Izzah ni cukup alergik bila tengok projek-projek Kerajaan untuk kepentingan rakyat. Seboleh-bolehnya dia akan cuba cari kelemahannya, walau sehalus zarah. Kalau takda kelemahan, dia akan reka-reka FITNAH, sebab dia memang RATU FITNAH.

Tempoh hari, dia buat sidang akhbar di Brickfields. Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk memburukkan usaha Kerajaan membangunkan Brickfields.

Kali ini dia bawa wartawan berjalan di sekitar Brickfields, secara khususnya di lampu isyarat tempat pejalan kaki melintas.

Apa FITNAH dia kali ini?

Bila sampai di lampu isyarat tempat orang melintas, terus dia mengomel kepada wartawan, “Tengoklah macam mana DBKL buat kerja. Kawasan ini ramai orang buta, sepatutnya lampu isyarat pejalan kaki kena ada bunyi ‘BEEP’ supaya orang buta tahu bila masa untuk melintas. Tapi tengoklah lampu isyarat ni, lampu je ada, bunyi tak ada. ”

Nurul pun tekan butang lampu isyarat untuk buktikan tuduhannya itu.

Bila lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba keluar bunyi kuat “BEEP BEEP BEEP”!

Wartawan yang ikut rombongan tu terus ketawa terbahak-bahak. Nasib baik diorang tak berguling-guling atas jalan sambil ketawa.

Apaaaa ni Nurul? Nak buat fitnah pun boleh KANTOI macam tu kaaa?

Nurul dengan selambanya terus berkata, “Inilah keajaiban Ahli Parlimen Lembah Pantai. Bila saya ada, terus semuanya berfungsi dengan baik.”

YA ALLAH!!!

Macam ni punya perangai pun ada ke?

Nurul, dari awal lagi memang DBKL ada sediakan bunyi untuk lampu isyarat pejalan kaki kerana ianya memang terkandung dalam spesifikasi. Kalau ya pun kau nak buat FITNAH, buatlah kajian dulu, jangan pakai temberang je… Kan dah kantoi, RATU FITNAH!!!

Muka kau memang betul tak malu la Nurul. Memang patut dapat gelaran RATU CURI KREDIT!!!

Ada ke logik, lampu isyarat tu kononnya jadi elok sebab kau ada kat situ? Padahal lampu isyarat tu sebenarnya dari mula lagi dah OK sebab sentiasa diselenggara DBKL!

DBKL bersusah-payah buat kerja tiap-tiap hari untuk periksa dan selenggara lampu isyarat, kau senang-senang je mengaku tu semua usaha kau…

Nurul, kau memang perempuan takda kelas!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Monday, March 12, 2012

MENGAPA NURUL IZZAH GELAR PENDUDUK PPR SALAH, ZALIM & TAK BERMORAL?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni dah banyak kali aku laungkan kepada semua betapa Nurul Izzah sering memperlekehkan penduduk PPR dan PA, kononnya mereka ini tidak layak untuk diberikan pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Khas PPR/PA. Setiap kali aku jumpa saudara-mara dan sahabat-handai dari kalangan penduduk PPR, aku akan tetap beritahu mereka perkara yang sama.

Orang-orang PPR memang cukup marah dengan Nurul sampai Nurul nak pergi ke PPR pun dah cuak.

Tapi, baru-baru ni aku jumpa kawan dari PPR, dia kata kuncu-kuncu Nurul beria-ia menafikan dia memperlekehkan penduduk PPR, malah dia sebenarnya MENYOKONG PENUH USAHA UNTUK MEMBERI PELUANG PENDUDUK PPR MEMILIKI RUMAH!!

Eh, ye ke? Selama ni aku tersilap ke? Orang lain ke yang mencerca penduduk PPR?

Aku pun tengok semula Memorandum yang Nurul Izzah hantar ke KWSP.
 Kawan-kawan, tolong baca ayat di bawah perenggan 7.

“PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.”

Berikut penjelasan perenggan tersebut:

1.        Nurul Izzah kata penduduk PPR TAHAP KREDITNYA LEMAH sedangkan Dato’ Raja Nong Chik dah berkali-kali tegaskan pinjaman hanya diberi kepada mereka yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik kepada DBKL. Jadi macam mana Nurul boleh tuduh mereka ni tahap kreditnya lemah sedangkan mereka mampu membayar sewa setiap bulan?  

2.       Nurul Izzah kata bagi pinjaman kepada penduduk PPR adalah SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL! Nurul suruh Kerajaan jangan bagi pinjam kat penduduk PPR, kalau buat juga maknanya Kerajaan SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL

      Hina sungguh ke penduduk PPR, sampai dicerca begitu? Aku rasa yang SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL ni orang macam Yahudi dan Zionis je. Yang SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL  ni biasanya orang jahat macam perogol, pembunuh dan perompak je. Orang PPR ada SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL macam Yahudi dan Zionis ke? Orang PPR ada SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL macam perogol, pembunuh dan perompak ke? Sampai hati Nurul Izzah HINA penduduk PPR macam tu.

3.       Nurul Izzah kata bagi pinjaman kat penduduk PPR ni sama macam MEMPERJUDIKAN SIMPANAN PEKERJA. Kita sebagai orang Islam tahu JUDI tu HARAM. Judi tu HARAM kerana ianya bergantung kepada nasib semata-mata. Kalau nasib baik, menang. Nasib tak baik, kalah.

Maksudnya Nurul Izzah tuduh bila Kerajaan bagi pinjaman kepada penduduk PPR, kalau nasib baik, penduduk akan bayar. Kalau nasib tak baik, penduduk takkan bayar sampai bila-bila.

Nurul, bukankah dari awal tadi kita dah maklumkan, hanya penduduk PPR dengan rekod pembayaran sewa yang baik sahaja ditawarkan pembelian rumah. Kalau mereka mampu bayar sewa, Insya Allah mereka mampu bayar balik pinjaman. Kerajaan percaya dengan kemampuan mereka. Kerajaan juga percaya bahawa mereka takkan sengaja cuba mengelak dari membayar balik pinjaman.

Hina sangat ke penduduk PPR sampai bagi pinjaman kepada mereka disamakan dengan BERJUDI? Keji sangat ke penduduk PPR sampai kau terang-terang mempertikaikan keikhlasan dan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman? Mengapa teruk betul buruk sangka kau kepada penduduk PPR, kononnya mereka memang tak boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman?

Kawan-kawan, memang jelas bahawa dari mula lagi Nurul Izzah sentiasa menghina dan mengeji penduduk PPR.

Dakwaan kononnya dia menyokong penuh usaha untuk memberi penduduk PPR peluang memiliki rumah hanya sekadar omong kosong yang direka kuncu-kuncu Nurul Izzah untuk menjaga air mukanya. Sedangkan Nurul Izzah sebenarnya dari awal lagi memang MENENTANG SEBARANG USAHA UNTUK MEMBERI PELUANG PENDUDUK PPR MEMILIKI RUMAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

NURUL IZZAH – RATU CURI KREDIT MUNCUL KEMBALI!!


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kawan-kawan ingat tak dulu aku pernah tulis pasal gelaran-gelaran yang sesuai diberi kepada Nurul Izzah?


Antara gelaran yang diterima ialah PUTERI SPIN & RATU MENYELIT.

Aku nak tambah lagi 2 gelaran, RATU FITNAH sebab dia suka buat fitnah & RATU MAKAN ANGIN sebab dia lebih suka makan angin di luar negeri dari berada di kawasan Lembah Pantai…

Tapi ada satu gelaran yang aku beri pada masa itu dan kini terbukti kebenaran gelaran tersebut.

Apa gelarannya tuu?

RATU CURI KREDIT!!!

Dan Twit terbaru Nurul Izzah ini jelas membuktikan gelaran tersebut memang sangat sesuai untuk perempuan mulut jahat ini.

Nurul Izzah:
@RajaNongChik Alhamdulillah akhirnya Menteri beri ruang pilihan kpd penduduk flat utk pilih kontraktor, setelah didesak pihak ‘tertentu’.

Tengok tu kawan-kawan, bila Kerajaan buat sesuatu perkara yang baik, dialah orang pertama yang dengan tak malunya berkokok kononnya dialah juara rakyat, padahal bukannya dia buat apa-apa pun.

Kerajaan memang dari dulu sentiasa memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan hasrat mereka dan jika sesuai, sudah tentu hasrat mereka akan dituruti Kerajaan.

Dalam hal ni, yang patut dipuji sudah tentunya Raja Nong Chik dan juga Kerajaan kerana sensitif dengan keperluan rakyat.

Macam mana pulak perempuan tak tahu malu ni tiba-tiba nak jadi RATU MENYELIT lepas tu nak CURI KREDIT sedangkan dia langsung tak terlibat dari mula hingga akhir?

Inilah perangai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Tak buat kerja apa-apa lepas tu tiba-tiba dabik dada semua kebaikan adalah hasil usaha dia.

Pemimpin macam ni ke yang orang Lembah Pantai nak?

Jangan terkejut kalau tak lama lagi akan keluar Twit ini:

 Nurul Izzah:
Matahari terbit hari ni, bkn krn ianya lumrah alam, tp atas desakan pihak ‘tertentu’. Kalau x faham lg, pihak ‘tertentu’ tu SAYA lah!!

Pigiiirah perempuan tak tahu malu!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sunday, March 11, 2012

NURUL IZZAH KENA BALUN DENGAN RAJA NONG CHIK SEBAB HINA KAKITANGAN AWAM


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kelmarin Nurul Izzah kena balun kaw-kaw dengan Raja Nong Chik. Mengapa? Sebab perempuan mulut jahat ni dengan selambanya telah MENGHINA KAKITANGAN AWAM!

Aku biasanya tak suka tengok perempuan kena balun, tapi bagi RATU FITNAH macam Nurul Izzah ni, memang patut sangat dia kena balun selalu, biar serik sikit.

Apa fitnah Nurul Izzah kali ni?

Ooooh, dia tuduh Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M) yang diwujudkan Kerajaan untuk bantu menyelenggara perumahan kos rendah swasta di KL ditadbir secara tidak telus. Kononnya kontrak dibuat secara lantikan terus, tanpa melalui tender terbuka.

Biasalah, bila ada sesuatu skim Kerajaan yang banyak membantu rakyat, Nurul akan terus meroyan dan cuba menggagalkan Skim tu dengan pelbagai fitnah.

Sebelum ni dia cuba gagalkan Skim Pembiayaan Perumahan untuk Penduduk PPR & PA. DIA PERLEKEH PENDUDUK PPR KONONNYA MEREKA NI SEMUANYA TAK LAYAK DIBERI PINJAMAN DAN TAK BOLEH DIPERCAYAI. DIA TUDUH PENDUDUK PPR SEMUANYA KAKI PENIPU, BILA DAPAT PINJAMAN MEREKA AKAN LARI DAN TAKKAN BAYAR BALIK.

Sekarang ni dia cuba gagalkan TP1M pulak. KALAU DULU DIA HINA PENDUDUK PPR, SEKARANG DIA HINA KAKITANGAN AWAM PULA. DIA TUDUH KAKITANGAN AWAM SEMUANYA TAK BOLEH DIPERCAYAI. SEMUANYA KAKI RASUAH DAN SONGLAP.

Nurul, Nuruuul… Kalau sehari kau tak fitnah orang, tak hina orang, boleh tak? Mengapa busuk hati sangat kau ni sampai kakitangan awam yang buat kerja dengan ikhlas pun kau nak hina?

Apa pula respon Dato’ Raja Nong Chik bila dengar fitnah terbaru Nurul Izzah?

Sy selar tindakan tidak bertanggungjawab @n_izzah tuduh TP1M tak telus. Penghinaan kpd kakitangan awam yg jlnkan tugas dgn profesional!

TP1M tender terbuka dari dulu sampai skrg. Bila tuduh kata terpilih maksudnya @n_izzah pertikai kredibiliti penjawat awam!


Terus terduduk Nurul Izzah kena sound dengan Raja Nong Chik! Terima kasih Dato’ Raja Nong Chik kerana membela kakitangan awam!!! Pemimpin macam nilah yang kami nak! Membela masyarakat marhaen, bukannya sekadar nak maki, hina dan fitnah rakyat!!

Kakitangan awam kalau ada yang masih nak undi Nurul Izzah lepas ni, tolonglah fikir masak-masak.

Nurul Izzah dengan selambanya telah HINA KAKITANGAN AWAM & MEMPERSOALKAN INTEGRITI MEREKA. Mengapa kakitangan awam nak undi orang yang memperlekehkan mereka?

Lebih baik pilih pemimpin yang memperjuangkan nasib kakitangan awam dan membela mereka dari tuduhan tidak berasas pihak pembangkang.

Sebelum ni PM dah umumkan kenaikan gaji untuk semua kakitangan awam. Sekarang ni Dato’ Raja Nong Chik pertahankan kakitangan awam dari FITNAH Nurul Izzah.

Bukankah ini bukti kukuh keprihatinan Kerajaan terhadap kakitangan awam?

Apa yang Nurul dan Anwar buat selama ni? Habuk pun tarak. Yang diorang tahu – MAKI, HINA DAN FITNAH!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Friday, March 9, 2012

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Apa kau kata? Bukit Gasing di sebelah KL dah gondol? Oh tidaaaaaaaaak!!

Betul ke tuduhan Nurul ni? Mari kita tengok tohmahan Nurul dan jawapan Datuk Bandar KL tentang isu ini. Eh, pasal apa start dengan TOHMAHAN 3 terus? Sebab TOHMAHAN 1 & 2 dah disiarkan semalam.

TOHMAHAN 3: KERJA TANAH DI TAPAK DILAKSANAKAN TANPA KAWALAN

Isu tidak objektif dan telus dalam kerja tanah tidak timbul kerana pemaju di kawalselia oleh IKRAM, sebuah perunding Kerajaan. Sebelum pelaksanaan, laporan lengkap telah sediakan oleh IKRAM untuk pertimbangan Jawatankuasa Alam Sekitar.

Di samping itu, pemaju telah melantik IKRAM sebagai perunding kerja tanah dan cerun bagi projek ini. Keseluruhan kerja tanah dan cerun di awasi oleh IKRAM.

KESIMPULAN: FITNAH!!

Nurul, sebelum buat fitnah, pergilah dulu ke tapak. Kau boleh nampak pegawai IKRAM ada kat situ sedang buat pemantauan. Jangan datang masa tengah malam macam pencuri. Kalau tengah malam, jangankan pegawai IKRAM, pekerja pun tak ada!!

TOHMAHAN 4: KEBENARAN MERANCANG YANG DIBERI MELANGGAR PELAN STRUKTUR KL

Kebenaran merancang yang dikeluarkan DBKL adalah selaras dengan Pelan Struktur DBKL, dan tiada penyimpangan (deviation). Kawasan tersebut telah diluluskan untuk pembangunan sejak tahun 1972 lagi dan tidak pernah diwartakan sebagai kawasan hijau.

Nurul, apasal kau tak semak dulu Pelan Struktur DBKL sebelum buat fitnah? Kat Pelan Struktur DBKL jelas ditunjukkan kawasan mana yang diwartakan sebagai kawasan hijau dan kawasan mana yang diwartakan untuk pembangunan.

Tak reti baca peta ke? Isyyy, makan angin ke luar negeri hampir tiap-tiap bulan, tapi tengok peta pun tak tahu? Oh ye tak ye juga, kau pergi kat luar negeri ada pengiring yang uruskan semua keperluan, memang tak perlu baca peta untuk cari lokasi. Petik jari je, terus driver datang dengan limosin mewah!! Bukan begitu, RATU MAKAN ANGIN?

TOHMAHAN 5: KAWASAN HIJAU DI BUKIT GASING SEBELAH KL SUDAH TIADA, BERBANDING BUKIT GASING SEBELAH SELANGOR YANG MASIH BANYAK KAWASAN HIJAU

Ditegaskan di sini bahawa, DBKL masih mengekalkan kawasan hijau Bukit Gasing berkeluasan 130 ekar, lebih besar dari Petaling Jaya yang HANYA berkeluasan 90 ekar. Kawasan 130 ekar ini adalah dalam peringkat pewartaan sebagai kawasan hijau dan tiada pembangunan akan dibenarkan dalam kawasan tersebut. Kalau kawasan pembangunan tersebut ingin diwartakan sebagai kawasan hijau, DBKL perlu membayar pampasan kepada pemaju berjumlah RM135 juta.

KESIMPULAN: FITNAH!!

Kawan-kawan, aku nak minta tolong sikit. Antara 90 ekar dan 130 ekar, mana yang lebih besar?

Kalau ada yang jawab 90 ekar, itu mesti orang yang dok sama kelas dengan Nurul, belajar Matematik songsang.

Mestilah 130 lebih besar dari 90 kan? Maknanya kawasan hijau seluar 130 ekar di Bukit Gasing belah KL adalah jauh lebih luas dari kawasan hijau di kawasan Bukit Gasing belah Selangor kan?

Jadi, kawasan mana yang lebih gondol Nurul? Kawasan Selangor ke kawasan KL?

Jawapannya sudah tentulah kawasan Selangor lebih gondol dari kawasan KL yang masih hijau!!

Jadi, mengapa DBKL perlu membazir duit rakyat, bayar pemaju RM135 juta untuk jadikan kawasan tersebut kawasan hijau sedangkan kawasan hijau di sebelah KL lebih besar dari kawasan hijau di sebelah Petaling Jaya? Sepatutnya Kerajaan Selangor lah yang perlu tukar status tanah di sebelah mereka untuk jadi kawasan hijau, bukannya DBKL!! Mengapa semua benda ni kau tak pernah highlight? Nampak sangat kau tak ikhlas, Nurul!!

Benda yang jelas nyata macam ni pun kau boleh buat fitnah. Memang kau ni layak digelar RATU FITNAH!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

P/s: Kalau belum baca lagi, boleh baca pasal tohmahan 1 & 2 Nurul di ANWAR TAKBERANI SUMPAH LAKNAT, NURUL IZZAH PULA MACAM MANA?

Thursday, March 8, 2012

FOMCA MINTA SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PENDUDUK PPR DAN PA DIPERLUAS


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni Nurul Izzah & Tony Pua lantang bersuara kononnya Skim Pinjaman Perumahan untuk Penduduk PPR dan PA tidak disokong oleh rakyat.

Semalam aku dah siarkan sokongan Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk yang mewakili 81 persatuan penduduk di sekitar ibukota.

Hari ini aku siarkan pula sokongan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mewakili 18 Persatuan Pengguna dari seluruh Malaysia!

FOMCA bukan setakat menyokong Skim ini, malahan mereka memohon agar ianya diperluaskan dengan menubuhkan sebuah Bank Perumahan untuk menyediakan pembiayaan bagi penyumbang yang jumlah pengeluaran perumahannya lebih rendah dari harga pembelian rumah mereka.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, “Kemudahan ini amat bermanfaat terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan akan mengatasi keperluan bagi pencarum untuk meminjam dari bank-bank yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.”

Nah, ini dia buktinya bahawa Skim ini memang menguntungkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan rendah. Yang iktiraf Skim ni bukannya orang politik atau orang perniagaan, tapi pejuang hak-hak pengguna di Malaysia.

FOMCA dan Presidennya, Datuk N Marimuthu sebagai pejuang hak pengguna, kalau Skim itu tidak bermanfaat kepada rakyat, mustahil mereka akan sokong.

Inilah bukti kukuh bahawa rakyat sebenarnya amat menghargai Skim ni. Yang menentang cuma orang dengan agenda untuk kepentingan peribadi seperti Nurul Izzah dan Tony Pua sahaja!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

ANWAR TAK BERANI SUMPAH LAKNAT, NURUL IZZAH PULA MACAM MANA?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak habis-habis kau ni timbulkan macam-macam isu murahan. Kononnya nak jadi pejuang rakyat, tapi sebenarnya lebih kepada memecah-belah dan memesongkan rakyat.

Kali ni dia cuba bangkitkan isu pembangunan di Bukit Gasing pula. Kononnya kawasan hijau di sebelah KL akan habis ditarah sedangkan kawasan hijau di Selangor kekal sebagai hutan simpan.

Kelmarin Datuk Bandar KL buat sidang media untuk jelaskan isu ni. Kesian orang tua tu. Sepatutnya masa dia ditumpukan untuk mentadbir KL dan menjadikannya lebih berdaya saing tapi banyak masa terbuang untuk jawab fitnah si Nurul ni.

Jom tengok apa fitnah Nurul & jawapan Datuk Bandar.

TOHMAHAN 1: DBKL TELAH LULUSKAN PEMBANGUNAN BERKEPADATAN TINGGI DI BUKIT GASING

DBKL hanya meluluskan pembangunan untuk kediaman berkepadatan rendah sahaja sedangkan MBPJ di tapak Bukit Gasing di sebelah Negeri Selangor telah meluluskan pembinaaan kondominium dengan kepadatan 200 orang seekar.

Jika dibanding kedua-dua kelulusan diatas, kelulusan yang diberikan oleh DBKL iaitu pada kepadatan penduduk kira-kira 10 orang seekar adalah 20 kali ganda lebih rendah berbanding dengan kepadatan penduduk yang diluluskan di kawasan MBPJ.

KESIMPULAN: FITNAH

Habis tu Nurul, mengapa kau serang DBKL tentang isu ini? Mengapa kau tak serang MBPJ di bawah Negeri Selangor sedangkan kepadatan di kawasan mereka jauh lebih tinggi?

Kalau tempat yang berkepadatan tinggi, sudah tentu lebih banyak masalah alam sekitar, kesesakan dan pencemaran yang akan berlaku. Sebagai pejuang hak rakyat, sepatutnya kau bantai MBPJ dan Kerajaan Negeri Selangor kerana buat pembangunan yang terlalu padat dan mengabaikan keperluan penduduk! Mengapa kau tak buat begitu?

Ooooh, kalau Kerajaan Pakatan Haprak buat macam-macam benda tak berjadah kau tak kisah, tapi kalau Kerajaan BN buat sikit jer kau dah bising macam tong kosong! Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak!! Jelas sangat Nurul tak ikhlas dalam membangkitkan isu ini.

TOHMAHAN 2: DBKL TIDAK PERNAH MEMBERI PENERANGAN KEPADA AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DAN PENDUDUK TENTANG ISU INI.

Pihak DBKL sebelum ini pernah menjelaskan isu Pembangunan Rumah Banglo ini kepada YB Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam Mesyuarat Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama dengan Ahli Parlimen yang diadakan di DBKL pada 4 Disember 2009.

Penduduk juga telah dimaklumkan hasil penilaian terperinci oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Wilayah Persekutuan dalam perjumpaan pada 10 Mei 2007

KESIMPULAN: FITNAH!!

Macam mana Nurul Izzah boleh buat dakwaan kononnya dia tak pernah diberi penjelasan tentang isu ni sedangkan dia dah terima penerangan sejak dari tahun 2009!! Penduduk juga telah terima penjelasan sejak tahun 2007!! Benda macam ni pun kau nak bohong, Nurul?

Nampak sangat kau ni jenis lidah bercabang. Macam ni ke pemimpin yang Lembah Pantai nak percaya?

Dalam sidang media tersebut, aku tengok Datuk Bandar macam sedikit sebak. Mana taknya, dia buat kerja secara jujur dan ikhlas, senang-senang je Nurul tabur fitnah.

Aku rasa Datuk Bandar memang dah tak tahan difitnah, tu sebab dia sanggup keluarkan cabaran kepada Nurul. 

Apa cabarannya?

DATUK BANDAR CABAR NURUL UNTUK BERSUMPAH DIA TIDAK PERNAH MENERIMA PENJELASAN TENTANG ISU INI PADA TAHUN 2009!

Apa lagi Nurul, berani ke tak?

Aku rasa dia takkan berani bersumpah sebab perangai dia memang sama macam Anwar. Nurul cuma berani tabur fitnah tapi kalau dicabar bersumpah, aku rasa mahu dia terus cabut lari macam anjing bercawat ekor ke London kot.

Kau memang takda kelas lah Nurul!! Memang layak digelar RATU FITNAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Ada lagi tohmahan & jawapan yang belum disiarkan. Nak tahu lagi, esok boleh baca!!

MAJLIS GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN PENDUDUK KL SOKONG SKIM PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK PPR & PA


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni Nurul Izzah dan Tony Pua asyik berkokok kononnya mereka mewakili suara rakyat yang membantah Skim Pinjaman untuk Penduduk PPR & PA. Betul ke rakyat bantah Skim ni? Rakyat mana pula yang mereka wakili?

Kalau dilihat balik, semasa Nurul & Tony menyerahkan memorandum bantahan kepada KWSP, ianya adalah sebagai mewakili sebuah NGO di Selangor iaitu Pertubuhan Kemajuan & Kebajikan Rakyat Selangor (Prorakyat).

Eh, yang nak jualnya di KL, pasal apa NGO Selangor yang masuk campur? Patutnya kalau nak bantah isu di KL, dapatkanlah sokongan NGO-NGO di KL.

Kalau nak tahu, sebenarnya NGO-NGO di KL menyokong skim ni. Salah satu NGO besar yang menyokong ialah Majlis Gabungan Persatuan-persatuan Penduduk yang mewakili 81 persatuan penduduk di sekitar ibukota. Berita lanjut boleh baca di sini.

81 NGO Nurul!! Bukan satu sahaja!!

NGO-NGO ni pula semuanya dari KL, bukannya diimport khas dari Selangor!! Dan banyak juga NGO-NGO ni yang datang dari Lembah Pantai, iaitu kawasan yang kau sendiri wakili.

Persoalannya, kalau NGO-NGO dari kawasan kau sendiri menyokong Skim ni, mengapa kau pula mati-matian nak menghalang Skim ni?

Kau ada selami kehendak dan kemahuan rakyat tak sebelum kau suka-suka nak bantah Skim ni?

Nurul, nampak sangat pendirian kau dalam isu ni tak dapat sokongan NGO-NGO di Lembah Pantai khususnya dan KL amnya, sampai kau kena minta tolong dengan Khalid Ibrahim dan Papa Hebat, Anwar Ibrahim, untuk dapatkan NGO proksi dari Selangor bagi menyampaikan memorandum bantahan.

Lain kali Nurul, kau kena tahu isi hati rakyat sebelum kau cuba bantah mana-mana Skim yang Kerajaan cuba perkenalkan. Kalau Skim tu baik untuk rakyat, kau WAJIB sokong kerana sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kau ialah kepada rakyat, bukan kepada Papa Hebat!!

Jangan biarkan rakyat menderita kerana fahaman politik sempit!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?