Showing posts with label FAHMI FADZIL. Show all posts
Showing posts with label FAHMI FADZIL. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

MAHLIGAI ANWAR VS TERATAK RAJA NONG CHIK

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Aku rasa geng-geng Pakatan ni dah habis modal nak burukkan Dato' Raja Nong Chik, last-last sekali dia kutuk Dato' Raja Nong Chik kononnya ada rumah RM15 juta di TTDI. Antara yang giat sebar cerita palsu ni ialah Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil.

Mana datang harga RM15 juta? Saja diorang petik, bukannya ada apa-apa bukti pun. Aku pun boleh buat macam tu, setakat nak letak-letak harga ikut suka hati.

Rumah yang didakwa geng Pakatan kononnya milik Dato Raja Nong Chik.

Tapi kalau betul pun rumah Dato Raja Nong Chik RM15 juta, aku tak heran.

Pasal apa? Sebab sebelum jadi Menteri memang dia dah kaya pun. Dia dari dulu jadi ahli perniagaan yang berjaya. Kejayaannya diiktiraf rakan-rakan usahawan hingga dia dilantik menjadi Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia. 

Rumah ni pula dia beli berpuluh-puluh tahun dulu. Lamaaaaa sebelum jadi Menteri, masa dia jadi ahli perniagaan. Salah ke dia beli rumah hasil titik peluhnya sendiri berniaga?

Korang pernah dengar jenama air con Acson tak? Jenama tu diasaskan oleh syarikat Dato Raja Nong Chik beb. Hebat tu, jenama Malaysia sekarang dah terkenal seluruh dunia dan pengasasnya pula orang Melayu kita. 

Aku rasa bangga beb ada Melayu berjaya macam tu.

Jadi, kalau dia beli rumah mahal pun, memang logik lah.

Tapi aku nak tanya Nurul Izzah, Papa Hebat Anwar beli mahligai ni pakai duit mana beb?





Mahligai tersergam megah macam ni mesti mahal kan? Jauh lagi besar dari rumah Raja Nong Chik! Kawasan eksklusif atas bukit, jauh dari orang, siap ada private road lagi!

Kalau rumah Raja Nong Chik RM15 juta, mahligai Anwar mahu cecah RM100 juta!

Mahligai ni Anwar beli lepas kena penjara 6 tahun kerana meliwat. Sebelum dia dipenjara kerana meliwat, dia cuma jadi Menteri je. Menteri berapa ribu je gaji, macam mana mampu nak beli mahligai mewah macam ni? Mana datang duit beb? Dia bukan ahli perniagaan nak ada simpanan sampai beratus-ratus juta.

Musykil, musykil...

Cuba kita ingat balik. Lepas didapati bersalah kerana meliwat, Anwar kena penjara 6 tahun. Dalam penjara Anwar bukannya dapat gaji. Wan Azizah tak kerja, Nurul Izzah dan anak-anaknya yang lain semua tengah belajar, jadi mana datangnya duit belanja makan? Mana datang duit nak beli mahligai mewah?

Haiiii, takkanlah masa tengah penjara Anwar menang loteri RM1 bilion kan?

Haaaaaa, itulah soalan cepu mas kita hari ini...

APAKAH PUNCA KEKAYAAN MELIMPAH-RUAH ANWAR IBRAHIM?

Siapa dapat beri jawapan yang betul akan dapat pakej melancong ke seluruh dunia menggunakan private jet Anwar dengan syarat mesti bersedia untuk memburukkan nama negara di setiap lokasi yang diliwati.. Opps, sorry, yang dilawati.

Cepat, cepat, jangan ketinggalan hadiah lumayan ini!!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE & Anwar? 

Thursday, March 14, 2013

NURUL IZZAH MAHU MANSUH PASUKAN GERAKAN AM & SPECIAL BRANCH UTK TAMBAH POLIS DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sekarang ni memang ramai betul orang marah kat Nurul sebab nak mansuhkan PGA & SB di kala anggota PGA & SB telahpun mengorbankan nyawa mereka di Sabah menentang pengganas Sulu.

Bagi yang belum tengok lagi, boleh tengok di sini video kenyataan Nurul Izzah.



“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas)."

Jadi bila ramai dah marah, Nurul Izzah pun jadi kelam-kabut nak pertahankan kenyataan bodohnya itu.


Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah terus keluarkan tuduhan kononnya ucapan Nurul Izzah telah diedit dan tidak menggambarkan kenyataan sebenar Nurul Izzah.

Tapi Nurul Izzah KANTOI lagi sebab ada orang dah tengok ucapan penuh Nurul Izzah dan memang CONFIRM dia desak supaya dimansuhkan PGA & SB serta mahukan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia.

Boleh baca tweet yang ditujukan kepada Nurul Izzah:

@fahmi_fadzil @n_izzah @PDRMsia dah tgk video penuh. Nurul kata PGA kena mansuhkan sbb komunis dah takda. dia nak chin peng balik msia ke?

KANTOI lagi! Nak berdalih macam mana pulak ni Nurul?

Dalam keadaan kelam-kabut, terus Fahmi Fadzil kata ucapan tu untuk orang Lembah Pantai je, bukan untuk orang lain.

Ooooo itu macam kaaaaa?

Memang confirm Nurul Izzah ni anak didik Anwar Ibrahim, depan orang Lembah Pantai cakap lain, depan orang Sabah cakap lain, depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain.

Mentang-mentang la ucapan ni depan orang Cina Lembah Pantai, jadi Nurul Izzah anggap takda masalah kalau nak kutuk dan hina polis yang kebanyakannya orang Melayu?

Lepas tu semata-mata nak tambah pegawai penyiasat kat Lembah Pantai, maka Nurul nak mansuhkan PGA & SB? Memang le seronok orang Lembah Pantai dengar nak tambah jumlah polis di kawasan mereka, tapi Nurul Izzah sedar tak, bila PGA dimansuhkan, maka tiada lagi rondaan di sempadan? Bila tiada rondaan, pendatang haram boleh masuk dengan senang lenang! Lepas tu bila tiada Special Branch, maka tiadalah risikan anti pengganas dan anasir subversif lain. Makin selamat ke makin tak selamat, penduduk Lembah Pantai?

Nurul ni memang sebiji macam Papa Hebat, Anwar Ibrahim. Demi kepentingan politik, kepentingan negara ditolak tepi! Demi nak raih undi Cina di Lembah Pantai, Nurul Izzah sanggup mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Special Branch!

Pelbagai janji manis ditabur, tanpa mengambilkira kesannya kepada negara!

Janji manis Anwar Ibrahim boleh sebabkan negara bankrap. Janji manis Nurul Izzah boleh sebabkan keselamatan negara terjejas!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Monday, March 11, 2013

NURUL IZZAH TUDUH TRAGEDI LAHAD DATU SANDIWARA UMNO UNTUK TAMBAH UNDI POS!



Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Aku cukup tak faham perangai Nurul Izzah ni. Dalam masa kecemasan di mana keselamatan negara terancam, dia boleh desak Kerajaan mansuhkan Pasukan Gerakan Am & Cawangan Khas sedangkan anggota PGA & Cawangan Khas telah mengorbankan nyawa mereka demi kedaulatan tanah air tercinta. 

Dan kini, dia dan kuncu-kuncunya boleh buat tuduhan bahawa tragedi Lahad Datu ni cuma sandiwara UMNO untuk tambah undi pos!

Kalau tak percaya, boleh baca sendiri Twit dari Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil.

Now jadi postal voters “@NST_Online: PM : 5 battalions will be stationed at the newly established special security area to safeguard Sabah.”

Sekarang jadi pengundi pos. “@NST_Online: PM: 5 batalion akan ditempatkan di kawasan keselamatan khas yang baru diwujudkan untuk mengawal keselamatan Sabah.”

Bila PM buat pengumuman tu, apa agaknya perasaan pertama yang terdetik di hati kita?
  1. Semoga pertambahan tentera akan dapat menyelesaikan konflik ini secepat mungkin.
  2. Semoga tentera kita semuanya selamat.
  3. Semoga rakyat kita akan terpelihara keselamatannya.
  4. Kesemua di atas.
Kalau aku, pilihan aku ialah No 4. Kalau orang biasa, memang perasaan seperti inilah yang akan terdetik di hati kita.

Tapi kalau orang-orang yang memang niat dah jahat macam Nurul & Fahmi Fadzil, perkara baik macam ini pun dipandang serong.

Apa agaknya perasaan yang terdetik di hati mereka bila dengar berita pertambahan tentera di Sabah?
  1. Sial, bertambahlah undi pos untuk BN!
  2. Celaka, kalau cepat selesai konflik ni, rakyat mesti sokong Kerajaan BN!
  3. Bangsat punya Najib, time nilah nak tunjuk sifat kepimpinan. Apasal tak dok diam-diam je kat Putrajaya?
  4. Kesemua di atas.
Aku tak hairan kalau pilihan Nurul & Fahmi ialah pilihan No 4.

Orang biasa takkan terfikir pasal undi pos semasa keadaan cemas & darurat macam di Sabah. Yang fikir macam tu memang confirm cuma orang yang bersangka buruk sahaja. Keselamatan polis dan tentera langsung tak difikirkan, jauh sekali keselamatan penduduk di Sabah. Apa yang difikirkan cuma KUASA, KUASA & KUASA!

Orang-orang macam ni ke yang layak dijadikan pemimpin?

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Thursday, February 21, 2013

NURUL IZZAH KEMARUK NAK DEBAT DENGAN RAJA NONG CHIK. PINANGAN DITOLAK TAPI KENDURI KAHWIN BUAT JUGA!

Nurul Izzah dah gila bayang. Pinangan dah kena tolak tapi kenduri kahwin nak buat  juga

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik.

Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni.

Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri.

Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul?

Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, “Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai.”

“Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai.”

Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik.

“Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi.”

Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik.

Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik.

Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan.

Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke?

Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang.

Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

Thursday, December 13, 2012

FAHMI FADZIL HEBAT FITNAH MACAM SIFUNYA, NURUL IZZAH



Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Nampaknya Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah, masih tak serik-serik menabur fitnah. Memang sah dia ni anak didik Nurul Izzah!

Sebelum ni dia buat fitnah kononnya Masjid Ar Rahman di Lembah Pantai telah ditutup oleh DBKL atas arahan Dato' Raja Nong Chik, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Penutupan pula kononnya tanpa alasan kukuh.

Tapi Fahmi Fadzil kantoi bila aku keluarkan bukti bahawa JAWI yang sebenarnya mengeluarkan arahan untuk menutup sementara Masjid Ar Rahman. Penutupannya pula hanya untuk sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan bukannya secara tetap sepertimana yang dibayangkan Nurul Izzah dan Fahmi Fadzil . Menteri yang bertanggungjawab ke atas JAWI pula ialah Dato' Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Dato' Raja Nong Chik!

Bila dah malu besar kerana kantoi, Fahmi Fadzil buat fitnah baru pula.

Apa fitnah Fahmi Fadzil kali ni?

Boleh baca sendiri artikel dari Suara Keadilan:

Agenda Nong Chik?

Penutupan Masjid Ar Rahman dipercayai didalangi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik atas tujuan politik. 

"JAWI sahkan penutupan masjid atas arahan DBKL sekaligus arahan Dato' Raja Nong Chik," kata Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Fitnah macam ni pun boleh jadi berita kat Suara Keadilan? Patut pun dapat gelaran Suara Keldai-an.

Macam ni lah Fahmi, kau cakap JAWI dah sahkan fitnah kau tu.

Jadi, boleh tak kau tunjukkan bukti yang JAWI sahkan penutupan masjid tu atas arahan DBKL? 

Ada tak surat dari DBKL kepada JAWI arahkan penutupan masjid tu? 

Ada tak surat dari JAWI kepada kau sahkan arahan datang dari DBKL?

Siapa pegawai JAWI yang sahkan benda ni? Sila kemukakan nama dan jawatan pegawai tu. Aku sendiri akan pergi JAWI untuk semak betul ke ada kenyataan sebegitu dibuat.

Tak payah sembang banyak Fahmi, tunjuk je bukti.

Apasal senyap je Fahmi? Cakaplah sikit. Takkan kecut telur Fahmi, sampai tak keluar suara?

Laaaaa, kalau setakat cakap kosong macam ni, orang gila tepi jalan pun boleh. Tak payah jadi Setiausaha Politik!

Macam ni je ke standard Setiausaha Politik Nurul Izzah? Kaki fitnah macam bosnya jugak rupanya!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil? 

Wednesday, October 10, 2012

PENIAGA PASAR MALAM KERINCHI TIADA TAPAK BARU: SALAH SIAPA?



Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sejak kebelakangan ini, Nurul Izzah asyik berlagak hero meminta supaya Pasar Malam Kerinchi dikekalkan di tempat asal. Dia juga menuntut supaya tapak alternatif diberikan oleh DBKL sekiranya mereka perlu berpindah.

Bila penduduk tak puas hati kerana isu ini masih berlarutan dan marah kepada Nurul Izzah kerana mempolitikkan isu ini, cepat sahaja Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil, menuding jari kepada DBKL.

 tak dipolitikkan, masalah timbul krn DBKL enggan beri tapak pasar mlm baru.

Soalnya sekarang, tanggungjawab siapa untuk menyediakan tapak alternatif? 

Minta maaf ya Fahmi Fadzil, BUKAN tanggungjawab DBKL untuk sediakan tapak baru. Permohonan tapak baru perlu dibuat oleh penganjur.

Perkara asas macam ni pun kau tak tahu, macam mana nak jadi Setiausaha Politik?

Untuk makluman kau ya Fahmi Fadzil, kelulusan diberikan DBKL apabila ada permohonan dari Persatuan Penduduk di mana permintaan melebihi bantahan dan tapak yang dipohon sesuai. Jika di kemudian hari, tapak tidak lagi sesuai, maka DBKL berhak menarik balik kelulusan.

Dalam kes Pasar Malam Kerinchi, penganjur ialah Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat dan Persatuan Penduduk Flat 17 Tingkat yang kemudiannya diambil alih oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Bila DBKL memutuskan bahawa tapak Pasar Malam Kerinchi tidak lagi sesuai atas sebab keselamatan, maka pihak penganjur dan peniaga telah dimaklumkan. Persatuan Penduduk Flat 4 Tingkat setuju dengan penutupan manakala JMB Flat 17 Tingkat tidak setuju.

DBKL telah cadangkan supaya tapak Pasar Malam dipindahkan ke dalam kawasan Flat 17 Tingkat tetapi ianya perlu dipohon secara rasmi oleh JMB Flat 17 Tingkat. 

Haaa, nampak tak? DBKL bukan terus suruh tutup, malah beri cadangan tapak alternatif!

Sekarang ni, Pengerusi JMB Flat 17 Tingkat ialah Zamri, penyokong Nurul Izzah. 

Isunya sekarang, notis penutupan telah diberi sejak bulan Mac 2012, sekarang dah bulan Oktober, maknanya dah LAPAN BULAN Zamri tahu tapak alternatif perlu dipohon tetapi mengapa sehingga sekarang Zamri belum mengemukakan permohonan untuk memindahkan tapak pasar malam? Adakah kerana Nurul Izzah sengaja mahu memanjangkan isu ini? Kalau dari dulu Zamri dah mohon perpindahan tapak, sekarang takkan ada isu penutupan pasar malam ni!

Mujurlah Dato' Raja Nong Chik prihatin dengan masalah yang dihadapi penduduk dan peniaga. Beliau berusaha mencari penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Semalam, Dato' Raja Nong Chik telah umumkan perpindahan Pasar Malam Kerinchi ke Vista Angkasa. Maknanya, penganjur Pasar Malam Kerinchi sekarang ialah JMB Vista Angkasa, bukan lagi JMB Flat 17 Tingkat.

Nak harapkan si Zamri, confirm sampai bila-bila lah dia takkan mohon perpindahan tapak pasar malam! Maklumlah, Nurul dah arah supaya isu ni dipanjangkan selama mungkin.

Penduduk Lembah Pantai boleh tengok sendiri, siapa yang ambil inisiatif selesaikan masalah dan siapa yang cuma mahu buat kecoh. 

Nurul buat kecoh dan bising satu kampung kononnya takda tapak pasar malam alternatif. Habis tu, kau carilah tapak baru dan cadangkan! Dok buat memorandum, demonstrasi sana-sini bukannya dapat selesaikan masalah!

Bandingkan pula dengan Dato' Raja Nong Chik. Dalam diam, tanpa demonstrasi sana-sini, beliau buat kerja cari tapak pasar malam baru. 

Sekarang isu dah selesai. Penduduk Flat 4 Tingkat gembira kerana projek pembangunan semula kawasan mereka dapat diteruskan. Penduduk Flat 17 Tingkat gembira kerana masalah kesesakan dan parkir telah selesai. Peniaga pun gembira kerana dapat tapak baru. 

Yang tak gembira seorang sahaja. 

Siapa yaaa? Tak lain tak bukan si Nurul lah!! 

Bukan sahaja rancangan dia nak cetuskan kekacauan gagal, tapi Dato' Raja Nong Chik pula jadi hero kerana berjaya menggembirakan semua pihak.

Nampak sangat Nurul bukan peduli masalah penduduk dan peniaga. Dia cuma nak cetuskan kekacauan dan huru-hara!! 

Dia langsung takda peranan untuk menyelesaikan masalah penduduk. Patut pun sekarang dia dapat gelaran baru - NO ROLE IZZAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Sunday, October 7, 2012

SETIAUSAHA POLITIK NURUL IZZAH KATA PENDUDUK BANGSAR MENGARUT!!



Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Aku rasa ramai dah tahu bahawa Fahmi Fadzil ni adalah Setiausaha Politik Nurul Izzah. Bila dah pegang jawatan besar macam tu, sudah tentunya kita beranggapan orangnya tentulah berwibawa sepertimana jawatan yang dipegang.

Malangnya, Fahmi Fadzil ni rupanya setakat kaki kutuk dan kaki caci sahaja. Kalau dulu dia pernah disaman kerana membuat fitnah melalui Twitter, sekarang dia memperlekehkan pula penduduk Bangsar, iaitu sebahagian dari pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Apa kata Fahmi kali ni?

There's this Minister who wants to rename Taman Weng Lock, near Jln Riong, into Taman Bangsar Pertama or some such nonsense.

Seorang Menteri ni ada idea mengarut nak namakan semula Taman Weng Lock dekat Jalan Riong kpd Taman Bangsar Pertama

Eh, ni Twit kutuk Menteri, bukan Twit kutuk penduduk Bangsar kan?

Haaaa… Ni lah cerita sebenarnya…

Dato’ Raja Nong Chik telah turun padang ke kawasan tersebut tidak lama dulu. Semasa beramah mesra dengan persatuan penduduk, mereka telah mengemukakan permohonan untuk menukar nama kawasan tersebut kepada Bangsar Pertama kerana menurut para penduduk, kawasan perumahan tersebut adalah kawasan perumahan pertama yang dibangunkan di Bangsar. Jadi, Menteri pun kata dia akan pertimbangkan permohonan penduduk tersebut.

Jadi, idea nak tukar nama sebenarnya adalah luahan hati penduduk kawasan itu sendiri, bukannya idea dari Dato’ Raja Nong Chik.

Jadi, bila Fahmi Fadzil kata idea ini adalah idea mengarut, dia bukannya mengutuk Menteri tapi sebenarnya mengutuk penduduk Bangsar sendiri!!

Tu lah Fahmi, sebelum nak kutuk, buatlah kajian dulu. Jangan ikut seronok je nak kutuk. Haaa, sekarang kan dah tersilap kutuk? Nak kutuk Menteri tapi rupa-rupanya kutuk pengundi sendiri!!

Macam ni je ke standard Setiausaha Politik Nurul Izzah? Caci maki, kutuk, keji, umpat je ke yang dia tahu buat?

Aku tak hairan. Maklumlah sifunya ialah Nurul Izzah, dan mahagurunya tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.  Memang caci maki, kutuk, keji, umpat menjadi mainan mereka selama ini.

Bak kata pepatah, bila Nurul kencing berdiri, Fahmi pula kencing berlari!!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Saturday, May 26, 2012

FAHMI FADZIL KANTOI LAGI DI LEMBAH PANTAI!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?

Aku memang dah lama tahu, Setiausaha Politik Nurul Izzah, si Fahmi Fadzil ni penipu. Dulu dia pernah kena hukum sebab menyiarkan fitnah menerusi Twitter. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca di sini.

Sekarang ni blogger Joe Pisang telah buktikan sekali lagi bahawa tabiat menipu ni memang tak boleh dipisahkan dari Fahmi Fadzil.

Semasa di Pantai Permai, dia kata dikepung oleh 50 orang. Sebenarnya cuma ada 4,5 orang yang nak suruh dia belah. 

Dalam Twitter pun dia kantoi. Mula-mula kata dikepung, lepas tu tukar jadi 'percubaan mengepung' pula!


Fahmi oh Fahmi!

Apa kecoh-kecoh ni Fahmi Fadzil?