Thursday, March 14, 2013

NURUL IZZAH MAHU MANSUH PASUKAN GERAKAN AM & SPECIAL BRANCH UTK TAMBAH POLIS DI LEMBAH PANTAI?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Sekarang ni memang ramai betul orang marah kat Nurul sebab nak mansuhkan PGA & SB di kala anggota PGA & SB telahpun mengorbankan nyawa mereka di Sabah menentang pengganas Sulu.

Bagi yang belum tengok lagi, boleh tengok di sini video kenyataan Nurul Izzah.



“General Operation Force (Pasukan Gerakan Am) untuk lawan komunis dulu. You do not need, okay, General Operation Force now. Komunis semua, Chin Peng pun BN tak bagi mai balik Malaysia. Okay? So you do not need anymore General Operation Forces. Polis dah cukup. You hanya perlu mansuhkan Special Branch (Cawangan Khas)."

Jadi bila ramai dah marah, Nurul Izzah pun jadi kelam-kabut nak pertahankan kenyataan bodohnya itu.


Fahmi Fadzil, Setiausaha Politik Nurul Izzah terus keluarkan tuduhan kononnya ucapan Nurul Izzah telah diedit dan tidak menggambarkan kenyataan sebenar Nurul Izzah.

Tapi Nurul Izzah KANTOI lagi sebab ada orang dah tengok ucapan penuh Nurul Izzah dan memang CONFIRM dia desak supaya dimansuhkan PGA & SB serta mahukan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia.

Boleh baca tweet yang ditujukan kepada Nurul Izzah:

@fahmi_fadzil @n_izzah @PDRMsia dah tgk video penuh. Nurul kata PGA kena mansuhkan sbb komunis dah takda. dia nak chin peng balik msia ke?

KANTOI lagi! Nak berdalih macam mana pulak ni Nurul?

Dalam keadaan kelam-kabut, terus Fahmi Fadzil kata ucapan tu untuk orang Lembah Pantai je, bukan untuk orang lain.

Ooooo itu macam kaaaaa?

Memang confirm Nurul Izzah ni anak didik Anwar Ibrahim, depan orang Lembah Pantai cakap lain, depan orang Sabah cakap lain, depan Melayu cakap lain, depan Cina cakap lain.

Mentang-mentang la ucapan ni depan orang Cina Lembah Pantai, jadi Nurul Izzah anggap takda masalah kalau nak kutuk dan hina polis yang kebanyakannya orang Melayu?

Lepas tu semata-mata nak tambah pegawai penyiasat kat Lembah Pantai, maka Nurul nak mansuhkan PGA & SB? Memang le seronok orang Lembah Pantai dengar nak tambah jumlah polis di kawasan mereka, tapi Nurul Izzah sedar tak, bila PGA dimansuhkan, maka tiada lagi rondaan di sempadan? Bila tiada rondaan, pendatang haram boleh masuk dengan senang lenang! Lepas tu bila tiada Special Branch, maka tiadalah risikan anti pengganas dan anasir subversif lain. Makin selamat ke makin tak selamat, penduduk Lembah Pantai?

Nurul ni memang sebiji macam Papa Hebat, Anwar Ibrahim. Demi kepentingan politik, kepentingan negara ditolak tepi! Demi nak raih undi Cina di Lembah Pantai, Nurul Izzah sanggup mansuhkan Pasukan Gerakan Am dan Special Branch!

Pelbagai janji manis ditabur, tanpa mengambilkira kesannya kepada negara!

Janji manis Anwar Ibrahim boleh sebabkan negara bankrap. Janji manis Nurul Izzah boleh sebabkan keselamatan negara terjejas!

Apa kecoh-kecoh ni NO ROLE?

No comments:

Post a Comment