Saturday, March 31, 2012

NURUL IZZAH TAK BERANI IKRAR INTEGRITI?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Baru-baru ni Transparency International Malaysia (TI-M) telah melancarkan ikrar integriti pilihan raya bagi melindungi integriti jawatan politik dan proses politik demokrasi.

Secara ringkasnya, ahli-ahli politik dari dari mana-mana parti politik, sama ada BN atau Pakatan, diseru untuk berikrar bahawa mereka komited terhadap amalan integriti dalam kegiatan politik mereka.

Dan orang pertama yang menandatangani ikrar ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Tahniah Datuk Saifuddin!!

Yang hairannya, awal-awal lagi Nurul Izzah dan Tian Chua telah mempertikaikan ikrar ini. Menurut mereka, ikrar ini hanya membuang masa sahaja.

Aik? Awal-awal lagi dah berdalih tak mahu tandangan ikrar integriti?

Mengapa ya?

Adakah keengganan ini kerana Nurul Izzah dan Tian Chua tahu bahawa Pakatan Haprak memang tidak berintegriti dari dahulu sampai sekarang?

Skandal pasir di Selangor dan skandal pemberian kontrak secara rundingan terus kepada kroni juga di Selangor – semua ini adalah bukti penyelewengan wang rakyat berjuta-juta ringgit!!

Maka sudah tentulah membuang masa sahaja untuk ahli politik Pakatan Haprak menandatangani ikrar ini kerana sudah pastinya mereka tak mampu mematuhi apa yang diikrarkan.

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

1 comment:

  1. Nurul ni buat lawak antarabnagsa betul....konon diala juara perjuangkan integriti, transperency, ketelusan entah apa kejadah lagi. Tapi bila suruh angkat sumpah ikrar, takmau buat pulak. Cakap berdegar2 ekor ko tu penuh penuh taik la nurul, sebijik macam perangai BAPAK dia...BUSUK!

    ReplyDelete