Friday, March 30, 2012

NURUL IZZAH MEMANG SAH ANTI ISLAM!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Kalau sekali pandang, nampak seolah-olah Nurul Izzah ni orang yang patuh ajaran agama, pakai tudung dan bersopan. Tapi bila tengok dua kali, jelas bahawa tudung itu hanya sekadar topeng untuk mengabui mata rakyat. Sebenarnya Nurul Izzah adalah jaguh fahaman Islam liberal, sama seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Macam mana Islam liberal tu? Jom tengok contoh-contoh di sini:

Contoh 1:

Laporan dari MalaysiaKini:

DAP secretary-general Lim Guan Eng, in a bid to stem fears that its ally PAS will try to enforce an Islamic state if Pakatan Rakyat is voted into power, says the Islamic party is not seeking to impose hudud.

“It is not in Pakatan Rakyat’s manifesto… (so) it will not be implemented,” Lim told a predominantly Malaysian Chinese crowd at the DAP’s fundraising dinner in Petaling Jaya, Selangor,  last night.

Also present at the event was Lembah Pantai MP, Nurul Izzah.

Alih bahasanya:

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dalam usaha untuk membendung kebimbangan bahawa sekutunya PAS akan cuba untuk mewujudkan negara Islam jika Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan berkata, parti Islam itu tidak mahu mewujudkan hudud.

"Ianya tidak ada dalam manifesto Pakatan Rakyat ... (jadi) ia tidak akan dilaksanakan," kata Lim memberitahu orang ramai yang kebanyakannya berketurunan Cina pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Petaling Jaya,Selangor, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Hebat Lim Guan Eng, sekarang dah jadi jurucakap PAS. Dia boleh tetapkan polisi PAS dan seperti biasa, PAS cuma akur dan tak berani  untuk bersuara.


Dan Nurul Izzah juga turut hadir bagi menyokong pendirian DAP tu.

Bukankah ini bukti jelas Nurul Izzah anti Negara Islam dan hudud?

Contoh 2:


Nurul Izzah sibuk promosi perayaan Krismas dan acara minum arak.

Tak percaya? Tengok twitter dia sendiri.

Apa hukum orang yang promosi arak? Jom tanya Ustaz Azhar Idrus, ulama yang disanjung ramai rakyat Malaysia termasuklah pengikut PAS sendiri.

Dahsyat tuuuu… Hukum orang promosi arak sama laknat dengan orang yang minum arak!

Kau tu orang Islam Nurul, yang kau promosi arak tu mengapa?

Bukankah ini bukti jelas bahawa Nurul sebenarnya memandang enteng ajaran Islam yang menghalang penganutnya mempromosikan arak?

Contoh 3:


Baru-baru ni Nurul buat program di Kg Kerinchi kononnya untuk mempertahankan kampong tradisi.

Jom tengok gelagat pengikutnya dalam Madrasah Itifiqah Ad Diniah Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi, Lembah Pantai.



Wow!!! Pakai seluar pendek dan kasut dalam surau!! Hebat betul pengikut kau Nurul!! Pakcik kat belakang yang pakai kopiah pun terikut-ikut semangat Islam liberal si Nurul Izzah, dia biar je amoi-amoi Cina pakai seluar pendek dan kasut dalam surau.

Masya Allah… Bukankah ini bukti jelas, Nurul sebenarnya tidak menghormati masjid dan surau? Bukan setakat tak hormat tapi dah masuk kategori MENGHINA KESUCIAN AGAMA ISLAM!!

Nurul, budak tak sekolah pun tahu ORANG KAFIR YANG DATANG HAID TAK BOLEH BERSUKARIA SAMBIL MEMBUKA AURAT DAN PAKAI KASUT YANG DIKOTORI NAJIS DALAM SURAU DAN MASJID!!

Hukum asas agama macam ni kau tak tahu atau sengaja buat tak kisah?

Bukankah ini bukti jelas Nurul Izzah sebenarnya langsung tidak menghiraukan hukum-hakam Islam asalkan kepentingan politik beliau tercapai?

Jadi kawan-kawan, selepas tengok 3 contoh ni, apa lagi kesimpulan yang kita boleh buat melainkan 

NURUL IZZAH MEMANG ANTI ISLAM!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

No comments:

Post a Comment