Monday, March 12, 2012

MENGAPA NURUL IZZAH GELAR PENDUDUK PPR SALAH, ZALIM & TAK BERMORAL?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni dah banyak kali aku laungkan kepada semua betapa Nurul Izzah sering memperlekehkan penduduk PPR dan PA, kononnya mereka ini tidak layak untuk diberikan pinjaman di bawah Skim Pembiayaan Khas PPR/PA. Setiap kali aku jumpa saudara-mara dan sahabat-handai dari kalangan penduduk PPR, aku akan tetap beritahu mereka perkara yang sama.

Orang-orang PPR memang cukup marah dengan Nurul sampai Nurul nak pergi ke PPR pun dah cuak.

Tapi, baru-baru ni aku jumpa kawan dari PPR, dia kata kuncu-kuncu Nurul beria-ia menafikan dia memperlekehkan penduduk PPR, malah dia sebenarnya MENYOKONG PENUH USAHA UNTUK MEMBERI PELUANG PENDUDUK PPR MEMILIKI RUMAH!!

Eh, ye ke? Selama ni aku tersilap ke? Orang lain ke yang mencerca penduduk PPR?

Aku pun tengok semula Memorandum yang Nurul Izzah hantar ke KWSP.
 Kawan-kawan, tolong baca ayat di bawah perenggan 7.

“PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.”

Berikut penjelasan perenggan tersebut:

1.        Nurul Izzah kata penduduk PPR TAHAP KREDITNYA LEMAH sedangkan Dato’ Raja Nong Chik dah berkali-kali tegaskan pinjaman hanya diberi kepada mereka yang mempunyai rekod pembayaran sewa yang baik kepada DBKL. Jadi macam mana Nurul boleh tuduh mereka ni tahap kreditnya lemah sedangkan mereka mampu membayar sewa setiap bulan?  

2.       Nurul Izzah kata bagi pinjaman kepada penduduk PPR adalah SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL! Nurul suruh Kerajaan jangan bagi pinjam kat penduduk PPR, kalau buat juga maknanya Kerajaan SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL

      Hina sungguh ke penduduk PPR, sampai dicerca begitu? Aku rasa yang SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL ni orang macam Yahudi dan Zionis je. Yang SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL  ni biasanya orang jahat macam perogol, pembunuh dan perompak je. Orang PPR ada SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL macam Yahudi dan Zionis ke? Orang PPR ada SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL macam perogol, pembunuh dan perompak ke? Sampai hati Nurul Izzah HINA penduduk PPR macam tu.

3.       Nurul Izzah kata bagi pinjaman kat penduduk PPR ni sama macam MEMPERJUDIKAN SIMPANAN PEKERJA. Kita sebagai orang Islam tahu JUDI tu HARAM. Judi tu HARAM kerana ianya bergantung kepada nasib semata-mata. Kalau nasib baik, menang. Nasib tak baik, kalah.

Maksudnya Nurul Izzah tuduh bila Kerajaan bagi pinjaman kepada penduduk PPR, kalau nasib baik, penduduk akan bayar. Kalau nasib tak baik, penduduk takkan bayar sampai bila-bila.

Nurul, bukankah dari awal tadi kita dah maklumkan, hanya penduduk PPR dengan rekod pembayaran sewa yang baik sahaja ditawarkan pembelian rumah. Kalau mereka mampu bayar sewa, Insya Allah mereka mampu bayar balik pinjaman. Kerajaan percaya dengan kemampuan mereka. Kerajaan juga percaya bahawa mereka takkan sengaja cuba mengelak dari membayar balik pinjaman.

Hina sangat ke penduduk PPR sampai bagi pinjaman kepada mereka disamakan dengan BERJUDI? Keji sangat ke penduduk PPR sampai kau terang-terang mempertikaikan keikhlasan dan kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman? Mengapa teruk betul buruk sangka kau kepada penduduk PPR, kononnya mereka memang tak boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman?

Kawan-kawan, memang jelas bahawa dari mula lagi Nurul Izzah sentiasa menghina dan mengeji penduduk PPR.

Dakwaan kononnya dia menyokong penuh usaha untuk memberi penduduk PPR peluang memiliki rumah hanya sekadar omong kosong yang direka kuncu-kuncu Nurul Izzah untuk menjaga air mukanya. Sedangkan Nurul Izzah sebenarnya dari awal lagi memang MENENTANG SEBARANG USAHA UNTUK MEMBERI PELUANG PENDUDUK PPR MEMILIKI RUMAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

5 comments:

  1. Nurul ni mewarisi perangai sesumpah bapak dia jugakla....depan penduduk PPR dia kata dia sokong tapi kat belakang dia hantar memorandum kepada KWSP....nak hidup beb, menipu je la cara paling mudah bila dia sendiri tak mampu berbakti kepada penduduk PPR.

    ReplyDelete
  2. Penduduk ppr dan pa adalah terdiri dr golongan miskin bandar. Jd pemberian kerajaan ni adalah bertetapan dgn kehendak kerajaan. Nurul izzah dan anwar patut digulingkan bersama pas dan daping

    ReplyDelete
  3. Penduduk ppr dan pa adalah terdiri dr golongan miskin bandar. Jd pemberian kerajaan ni adalah bertetapan dgn kehendak kerajaan. Nurul izzah dan anwar patut digulingkan bersama pas dan daping

    ReplyDelete
  4. Penduduk ppr dan pa adalah terdiri dr golongan miskin bandar. Jd pemberian kerajaan ni adalah bertetapan dgn kehendak kerajaan. Nurul izzah dan anwar patut digulingkan bersama pas dan daping

    ReplyDelete
  5. “PAKATAN RAKYAT BERPENDAPAT ADALAH SALAH, ZALIM DAN TIDAK BERMORAL UNTUK MEMPERJUDIKAN DAN MENDEDAHKAN KEPADA RISIKO TINGGI SIMPANAN PEKERJA KEPADA PIHAK YANG MEMILIKI TAHAP KREDIT YANG LEMAH.”

    bangkang..bangkang... tapi apa resolusinya...sampai bila kami perlu menanti???
    Raja Nongcik sudah dapat menyelesaikan masaalah kami. Kami pun tidak perlukan Nurul Izzah lagi sebagai kesimpulan yang muktamad dan tepat.

    ReplyDelete