Friday, March 9, 2012

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Apa kau kata? Bukit Gasing di sebelah KL dah gondol? Oh tidaaaaaaaaak!!

Betul ke tuduhan Nurul ni? Mari kita tengok tohmahan Nurul dan jawapan Datuk Bandar KL tentang isu ini. Eh, pasal apa start dengan TOHMAHAN 3 terus? Sebab TOHMAHAN 1 & 2 dah disiarkan semalam.

TOHMAHAN 3: KERJA TANAH DI TAPAK DILAKSANAKAN TANPA KAWALAN

Isu tidak objektif dan telus dalam kerja tanah tidak timbul kerana pemaju di kawalselia oleh IKRAM, sebuah perunding Kerajaan. Sebelum pelaksanaan, laporan lengkap telah sediakan oleh IKRAM untuk pertimbangan Jawatankuasa Alam Sekitar.

Di samping itu, pemaju telah melantik IKRAM sebagai perunding kerja tanah dan cerun bagi projek ini. Keseluruhan kerja tanah dan cerun di awasi oleh IKRAM.

KESIMPULAN: FITNAH!!

Nurul, sebelum buat fitnah, pergilah dulu ke tapak. Kau boleh nampak pegawai IKRAM ada kat situ sedang buat pemantauan. Jangan datang masa tengah malam macam pencuri. Kalau tengah malam, jangankan pegawai IKRAM, pekerja pun tak ada!!

TOHMAHAN 4: KEBENARAN MERANCANG YANG DIBERI MELANGGAR PELAN STRUKTUR KL

Kebenaran merancang yang dikeluarkan DBKL adalah selaras dengan Pelan Struktur DBKL, dan tiada penyimpangan (deviation). Kawasan tersebut telah diluluskan untuk pembangunan sejak tahun 1972 lagi dan tidak pernah diwartakan sebagai kawasan hijau.

Nurul, apasal kau tak semak dulu Pelan Struktur DBKL sebelum buat fitnah? Kat Pelan Struktur DBKL jelas ditunjukkan kawasan mana yang diwartakan sebagai kawasan hijau dan kawasan mana yang diwartakan untuk pembangunan.

Tak reti baca peta ke? Isyyy, makan angin ke luar negeri hampir tiap-tiap bulan, tapi tengok peta pun tak tahu? Oh ye tak ye juga, kau pergi kat luar negeri ada pengiring yang uruskan semua keperluan, memang tak perlu baca peta untuk cari lokasi. Petik jari je, terus driver datang dengan limosin mewah!! Bukan begitu, RATU MAKAN ANGIN?

TOHMAHAN 5: KAWASAN HIJAU DI BUKIT GASING SEBELAH KL SUDAH TIADA, BERBANDING BUKIT GASING SEBELAH SELANGOR YANG MASIH BANYAK KAWASAN HIJAU

Ditegaskan di sini bahawa, DBKL masih mengekalkan kawasan hijau Bukit Gasing berkeluasan 130 ekar, lebih besar dari Petaling Jaya yang HANYA berkeluasan 90 ekar. Kawasan 130 ekar ini adalah dalam peringkat pewartaan sebagai kawasan hijau dan tiada pembangunan akan dibenarkan dalam kawasan tersebut. Kalau kawasan pembangunan tersebut ingin diwartakan sebagai kawasan hijau, DBKL perlu membayar pampasan kepada pemaju berjumlah RM135 juta.

KESIMPULAN: FITNAH!!

Kawan-kawan, aku nak minta tolong sikit. Antara 90 ekar dan 130 ekar, mana yang lebih besar?

Kalau ada yang jawab 90 ekar, itu mesti orang yang dok sama kelas dengan Nurul, belajar Matematik songsang.

Mestilah 130 lebih besar dari 90 kan? Maknanya kawasan hijau seluar 130 ekar di Bukit Gasing belah KL adalah jauh lebih luas dari kawasan hijau di kawasan Bukit Gasing belah Selangor kan?

Jadi, kawasan mana yang lebih gondol Nurul? Kawasan Selangor ke kawasan KL?

Jawapannya sudah tentulah kawasan Selangor lebih gondol dari kawasan KL yang masih hijau!!

Jadi, mengapa DBKL perlu membazir duit rakyat, bayar pemaju RM135 juta untuk jadikan kawasan tersebut kawasan hijau sedangkan kawasan hijau di sebelah KL lebih besar dari kawasan hijau di sebelah Petaling Jaya? Sepatutnya Kerajaan Selangor lah yang perlu tukar status tanah di sebelah mereka untuk jadi kawasan hijau, bukannya DBKL!! Mengapa semua benda ni kau tak pernah highlight? Nampak sangat kau tak ikhlas, Nurul!!

Benda yang jelas nyata macam ni pun kau boleh buat fitnah. Memang kau ni layak digelar RATU FITNAH!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

P/s: Kalau belum baca lagi, boleh baca pasal tohmahan 1 & 2 Nurul di ANWAR TAKBERANI SUMPAH LAKNAT, NURUL IZZAH PULA MACAM MANA?

1 comment:

  1. I stay in bukit Gasing pj, that area are green since b4 PR, why this pr bitch took credit?

    ReplyDelete