Friday, March 2, 2012

PENDUDUK PPR CEMPAKA GEMBIRA, NURUL IZZAH BERDUKA. MENGAPA?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Hari tu aku ada terbaca dalam The Star & NST pasal loji kumbahan depan PPR Cempaka bakal diubah menjadi kawasan taman. Biar betul? Loji kumbahan macam mana nak jadi taman? Tak logik betul!!

Ooooooh… Rupa-rupanya loji tu akan dijadikan loji bawah tanah dan di atasnya dijadikan kawasan hijau dan ruang rekreasi untuk penduduk setempat.

Tengok gambar sekarang



Dan gambar lepas bakal siap…



Penduduk PPR Cempaka dan kawasan berdekatan termasuklah Pantai Ria memang confirm tengah bersorak keriangan. Mana taknya, dah berpuluh tahun mereka terpaksa hidup dengan ‘haruman’ dari loji kumbahan, tapi tak lama lagi bukan sahaja ‘haruman’ tu hilang, mereka dapat pula ruang untuk rekreasi! Ada dewan serbaguna, ada gelanggang futsal, ada gelanggang tenis, ada trek jogging. Pendek kata, macam-macam ada!!

Bagi yang memiliki rumah di kawasan tu, harga rumah pastinya akan melonjak berkali-kali ganda!! Kalau nasib baik, boleh jadi jutawan segera! Mana taknya, kawasan kediaman dikelilingi taman ni dah boleh dianggap kediaman eksklusif.

Tapi dalam penduduk Lembah Pantai bergembira, masih ada yang berduka…

Sapa tu? Tak lain tak bukan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Sebelum ni dah banyak kali dia cuba gagalkan projek ni. Walaupun tohmahannya telah dijawab oleh Kerajaan, dia masih cuba cetuskan prasangka dan kekacauan.

Aku rasa, inilah wakil rakyat pertama dalam dunia ni yang tak suka bila penduduk di kawasannya dapat pelbagai kemudahan. Patutnya dialah orang pertama yang bertepuk tangan bila dapat tahu pasal projek ni bukannya berterusan cuba menabur tohmah dan fitnah bagi menggagalkan projek ini. Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk selesaikan masalah rakyat, Nurul Izzah pula bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan rakyat terus hidup menderita.

Macam ni ke pemimpin yang penduduk Lembah Pantai nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Untuk ulasan lanjut, boleh baca blog sahabat, Berita Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment