Monday, March 5, 2012

KERAJAAN SELANGOR LANTIK KONSULTAN PROJEK JUTA-JUTA DALAM TEMPOH 24 JAM SAHAJA?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah?

Selama ni dah banyak kali kita serlahkan sikap Nurul yang jarang ada di kawasan dan lebih suka makan angin hingga dapat jolokan RATU MAKAN ANGIN.

Sekarang ni, untuk tunjuk jaguh di Lembah Pantai, dia pun mulalah buat bermacam-macam cabaran bongok. Cabaran bongok macam mana tuuu?

Inilah dia cabaran bongoknya…

SAYA BERI TEMPOH 24 JAM KEPADA RAJA NONG CHIK UNTUK LANTIK KONSULTAN TRAFIK DI BRICKFIELDS!!!

Agaknya dia ingat bila buat cabaran macam tu, orang Brickfields akan suka dia, tapi malangnya bila dia buat cabaran tu, terus orang Brickfields label Nurul Izzah sebagai WAKIL RAKYAT BANGANG!! Mengapa?

Sebabnya begini…

Nak lantik konsultan bukan macam beli keropok lekor kat pasar. Hari ni nak makan keropok lekor, esok boleh terus beli…

Nak lantik konsultan kena sediakan skop perundingan dulu. Maklumlah, nak bayar yuran konsultan juta-juta, kenalah bagi skop kerja yang menyeluruh dan lengkap. Kalau tak, nanti konsultan makan gaji buta je.

Lepas buat skop kerja yang menyeluruh kena buat tender terbuka pula untuk pilih konsultan. Tender terbuka bukan boleh buat dalam tempoh 24 jam. Kena sediakan dan cetak dokumen tender dulu. Lepas tu kena iklankan dalam akhbar. Kena ada tempoh jualan dokumen tender. Kena ada lawatan tapak bersama semua konsultan yang berminat. Lepas tutup tender, kena nilai dulu semua proposal dari konsultan. Lepas tu kena bentang ke Jawatankuasa Tender untuk kelulusan. Lepas tu baaaaaruuuu boleh bagi surat tawaran kat konsultan yang berjaya.

Agak-agaknya semua benda ni boleh buat dalam 24 jam ke?

Bangang ke tidak orang yang buat cabaran ni?

Nurul, kat Wilayah Persekutuan bukan macam kat Selangor. Kat Selangor bolehlah kot, hari ni Anwar nak lantik kroni jadi konsultan, esok terus boleh keluar surat lantik konsultan tu.

Tu yang selamba je kontrak sampai beratus-ratus juta Kerajaan Selangor bagi terus kat kroni dia. Tak percaya? Boleh baca portal pro-pembangkang Malaysia Today.

Berikut ulasan Raja Petra:

"In August 2008, Khalid Ibrahim announced that Selangor is going to end the practice of negotiated contract. But that same year, RM79 million worth of contracts were awarded on a negotiated basis. In 2009 it was RM27 million and in 2010 RM143 million. I do not have the figures for last year but looking at the trend we can safely assume it was in the region of RM100 million."

"Pada bulan Ogos 2008, Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa negeri Selangor akan menamatkan amalan runding terus bagi pemberian kontrak. Tetapi pada tahun yang sama, kontrak bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan terus. Pada tahun 2009 jumlahnya adalah RM27 juta dan pada tahun 2010 sebanyak RM143 juta. Saya tidak mempunyai angka-angka bagi tahun lepas tetapi melihat trend ini, kita boleh dengan selamat menganggap ia adalah di dalam lingkungan RM100 juta."

Ni bukan cakap kosong, ada senarai kontrak tersenarai di portal Malaysia Today. Masa terpilih dulu, lantang Pakatan Haprak berkokok kononnya akan hapuskan amalan kroni, tapi rupanya dialah yang paling banyak bagi kontrak kat kroni. Amalan tender terbuka terus ditolak ke tepi.

Itulah sebabnya Nurul dengan bongoknya mencabar Raja Nong Chik melantik konsultan dalam tempoh 24 jam. Dia lupa bahawa di Wilayah Persekutuan, kita mengamalkan tender terbuka, bukan seperti di Selangor yang boleh beri kontrak kat kroni bila-bila masa!!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 

1 comment: