Thursday, March 8, 2012

ANWAR TAK BERANI SUMPAH LAKNAT, NURUL IZZAH PULA MACAM MANA?


Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Tak habis-habis kau ni timbulkan macam-macam isu murahan. Kononnya nak jadi pejuang rakyat, tapi sebenarnya lebih kepada memecah-belah dan memesongkan rakyat.

Kali ni dia cuba bangkitkan isu pembangunan di Bukit Gasing pula. Kononnya kawasan hijau di sebelah KL akan habis ditarah sedangkan kawasan hijau di Selangor kekal sebagai hutan simpan.

Kelmarin Datuk Bandar KL buat sidang media untuk jelaskan isu ni. Kesian orang tua tu. Sepatutnya masa dia ditumpukan untuk mentadbir KL dan menjadikannya lebih berdaya saing tapi banyak masa terbuang untuk jawab fitnah si Nurul ni.

Jom tengok apa fitnah Nurul & jawapan Datuk Bandar.

TOHMAHAN 1: DBKL TELAH LULUSKAN PEMBANGUNAN BERKEPADATAN TINGGI DI BUKIT GASING

DBKL hanya meluluskan pembangunan untuk kediaman berkepadatan rendah sahaja sedangkan MBPJ di tapak Bukit Gasing di sebelah Negeri Selangor telah meluluskan pembinaaan kondominium dengan kepadatan 200 orang seekar.

Jika dibanding kedua-dua kelulusan diatas, kelulusan yang diberikan oleh DBKL iaitu pada kepadatan penduduk kira-kira 10 orang seekar adalah 20 kali ganda lebih rendah berbanding dengan kepadatan penduduk yang diluluskan di kawasan MBPJ.

KESIMPULAN: FITNAH

Habis tu Nurul, mengapa kau serang DBKL tentang isu ini? Mengapa kau tak serang MBPJ di bawah Negeri Selangor sedangkan kepadatan di kawasan mereka jauh lebih tinggi?

Kalau tempat yang berkepadatan tinggi, sudah tentu lebih banyak masalah alam sekitar, kesesakan dan pencemaran yang akan berlaku. Sebagai pejuang hak rakyat, sepatutnya kau bantai MBPJ dan Kerajaan Negeri Selangor kerana buat pembangunan yang terlalu padat dan mengabaikan keperluan penduduk! Mengapa kau tak buat begitu?

Ooooh, kalau Kerajaan Pakatan Haprak buat macam-macam benda tak berjadah kau tak kisah, tapi kalau Kerajaan BN buat sikit jer kau dah bising macam tong kosong! Bak kata pepatah, kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak!! Jelas sangat Nurul tak ikhlas dalam membangkitkan isu ini.

TOHMAHAN 2: DBKL TIDAK PERNAH MEMBERI PENERANGAN KEPADA AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI DAN PENDUDUK TENTANG ISU INI.

Pihak DBKL sebelum ini pernah menjelaskan isu Pembangunan Rumah Banglo ini kepada YB Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam Mesyuarat Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama dengan Ahli Parlimen yang diadakan di DBKL pada 4 Disember 2009.

Penduduk juga telah dimaklumkan hasil penilaian terperinci oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Wilayah Persekutuan dalam perjumpaan pada 10 Mei 2007

KESIMPULAN: FITNAH!!

Macam mana Nurul Izzah boleh buat dakwaan kononnya dia tak pernah diberi penjelasan tentang isu ni sedangkan dia dah terima penerangan sejak dari tahun 2009!! Penduduk juga telah terima penjelasan sejak tahun 2007!! Benda macam ni pun kau nak bohong, Nurul?

Nampak sangat kau ni jenis lidah bercabang. Macam ni ke pemimpin yang Lembah Pantai nak percaya?

Dalam sidang media tersebut, aku tengok Datuk Bandar macam sedikit sebak. Mana taknya, dia buat kerja secara jujur dan ikhlas, senang-senang je Nurul tabur fitnah.

Aku rasa Datuk Bandar memang dah tak tahan difitnah, tu sebab dia sanggup keluarkan cabaran kepada Nurul. 

Apa cabarannya?

DATUK BANDAR CABAR NURUL UNTUK BERSUMPAH DIA TIDAK PERNAH MENERIMA PENJELASAN TENTANG ISU INI PADA TAHUN 2009!

Apa lagi Nurul, berani ke tak?

Aku rasa dia takkan berani bersumpah sebab perangai dia memang sama macam Anwar. Nurul cuma berani tabur fitnah tapi kalau dicabar bersumpah, aku rasa mahu dia terus cabut lari macam anjing bercawat ekor ke London kot.

Kau memang takda kelas lah Nurul!! Memang layak digelar RATU FITNAH!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

p/s: Ada lagi tohmahan & jawapan yang belum disiarkan. Nak tahu lagi, esok boleh baca!!

1 comment: