Apa kecoh-kecoh ni Azmin Ali & Khalid Ibrahim?
Baru-baru ni Khalid Ibrahim umumkan kenaikan gaji untuk kroni-kroninya
dalam Kerajaan Negeri Selangor sehingga mencecah 400%.
Lepas tu bila rakyat merintih kerana pemimpin Pakatan
lebih pentingkan tembolok sendiri berbanding penderitaan rakyat, Azmin pun cuba
jadi hero.
Apa kata Azmin?
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC)
Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan
pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker
dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu agar penilaian semula dengan
kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC
tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa
itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak
pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu
bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada
perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga
merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau pada masa turut
menyatakan perasaan terkilan dengan Abdul Khalid yang telah membelakangkan
kepentingan pendapat parti dalam pentadbiran kerajaan.
"Kita tidak pernah
diberitahu dan kita mengharapkan bahawa berbincang dengan kita namun tidak ada.
Yang kita persoalkan kenapa usul yang dibentangkan pada 19 November lalu dengan
begitu cepat dilaksanakan.”
Apa pula kata Khalid?
“Usul ni kita dah
bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan usul ini juga telah
diluluskan oleh Dewan. Kenaikan gaji ni tetap akan dilaksanakan. Kalau ada ADUN
yang tak setuju dengan kenaikan gaji ni, mereka boleh dermakan lebihan gaji tu.”
Keras betul bunyi si
Khalid.
Soalan mudah aku kepada
Azmin. Kau cakap BBC dan pucuk pimpinan parti tak tahu menahu tentang kenaikan
gaji ni. Tapi kau sendiri mengaku yang usul ni dah DIBENTANGKAN & DILULUSKAN
dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
BBC dan pucuk pimpinan
Pakatan Rakyat Selangor semuanya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
Jadi mengapa semasa usul ini dibentangkan di DUN Selangor, tak seorang pun ahli
BBC atau pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang membantah kenaikan gaji gila ni?
Sebelum satu-satu usul
diluluskan, ada perbahasan dahulu. Dalam usul tu dinyatakan dengan jelas berapa
kadar kenaikan gaji yang akan dilaksanakan, Jadi, semua ADUN dah tahu lebih
awal berapa banyak peningkatan gaji yang akan diterima. Kau kan ADUN, Azmin,
jadi semasa perbahasan, mengapa kau tak bangkitkan tentang kenaikan melampau
ni? Lepas tu, semasa undian, mengapa tiada seorang pun yang mengundi menentang
kenaikan melampau ni?
SEMUA ADUN PAKATAN
MENYOKONG USUL KENAIKAN GAJI MELAMPAU SEMASA IA DIBENTANGKAN DI DUN SELANGOR!
Tapi bila rakyat dah
marah, baru kau nak berdalih kononnya kau tak tahu pun pasal isu ni. Bila
rakyat dah melenting, baru kau nak berlagak jaguh, konon nak membela
kepentingan rakyat.
Pigiraaah Azmin, sandiwara
basi macam ni dah tak laku.
Semua orang dah tahu,
pemimpin Pakatan hanya pentingkan tembolok masing-masing sahaja, pergi
mampuslah dengan rakyat!
Apa kecoh-kecoh ni Azmin
Ali & Khalid Ibrahim?