Monday, April 8, 2013

NURUL IZZAH GUNA MALAYSIAKINI UNTUK FITNAH RAJA NONG CHIK


Apa kecoh-kecoh ni Nurul Izzah, anak kesayangan Anwar Ibrahim?

Nampak sangat si Nurul dah gerun dengan bayang Raja Nong Chik, sampai habis dikerahnya Malaysiakini untuk tabur fitnah kepada Raja Nong Chik!!

Apa fitnah terkini Malaysiakini?

Malaysiakini buat fitnah kononnya semasa jadi Menteri, Dato’ Raja Nong Chik ada syarikat luar pesisir bertujuan untuk mengelakkan cukai dan menjalankan urusniaga haram.

Tetapi Malaysiakini kantoi kerana sebelum artikel tu keluar, Dato’ Raja Nong Chik dah hantar secara BERTULIS jawapan kepada Malaysiakini menegaskan bahawa syarikat itu dibuka oleh bapanya SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri dan juga ditutup SEBELUM Dato’ Raja Nong Chik menjadi Menteri.

Syarikat ditutup kerana pelaburan yang dirancangkan tak sesuai untuk dilaksanakan, maka ianya ditutup TANPA MELAKUKAN SEBARANG TRANSAKSI! Kalau dah ditutup tanpa sebarang transaksi, macam mana boleh Malaysiakini tuduh Dato’ Raja Nong Chik menjalankan urusniaga haram? Aku ulang semula, TAKDA SEBARANG URUSNIAGA PUN DIBUAT. Itupun Malaysiakini tak faham? Jawapan bertulis pun Malaysiakini tak boleh baca?

Nampak sangat Malaysiakini ada agenda untuk memburukkan nama baik Dato’ Raja Nong Chik. Walaupun dah ada jawapan bertulis, Malaysiakini langsung tidak mengendahkan fakta sebenar dan dengan sewenang-wenangnya menerbitkan fitnah.

Boleh baca sendiri Kenyataan Media Dato’ Raja Nong Chik menyelar tindakan tidak beretika dan berniat jahat dari Malaysiakini.

Kenyataan Media Dato' Raja Nong Chik

Artikel Malaysiakini bertarikh 5 April 2013 bertajuk “Politicians among 1,500 who own offshore companies” yang memetik nama saya dan secara tidak langsung menyentuh pemilikan dan pembabitan saya di dalam sebuah syarikat luar pesisir (offshore company), RZA International Corporation adalah dirujuk.

Saya ingin menjelaskan bahawa permohonan Malaysiakini bertarikh 29 Mac 2013 melalui email mengenai RZA International Corporation telah dijawab dan dijelaskan oleh saya pada 2 April 2013 seperti  fakta-fakta di bawah;

1.    RZA International Corporation ditubuhkan oleh bapa saya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik pada 21 Ogos 2007.

2.    Bapa saya menubuhkan syarikat berkenaan untuk membuat pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarganya.

3.    RZA International Corporation kemudiannya ditutup kerana ia tidak menjalankan sebarang pelaburan luar pesisir.

Walaubagaimanapun, fakta-fakta tersebut telah diputar belit oleh pihak Malaysiakini dengan melaporkan bahawa “Raja Nong Chik set up RZA International Corporation with his father, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik, a number of his sisters and brothers as well as other family members (Raja Nong Chik menubuhkan RZA International Corporation bersama bapanya, Raja Zainal Abidin bin Raja Haji Tachik, beberapa adik-beradiknya dan juga ahli keluarga yang lain). Saya secara jelas telah menyatakan bahawa syarikat tersebut ditubuhkan oleh bapa saya seperti email saya bertarikh 2 April 2013.


Walaupun saya telah menulis kepada mereka, Malaysiakini sekali lagi memutar belit kenyataan saya dengan melaporkan bahawa “The Minister did not elaborate on the offshore investments made by his family through the company”. (Menteri tidak menjelaskan tentang pelaburan luar pesisir yang dibuat oleh keluarganya menerusi syarikat tersebut) sedangkan saya telah menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut TIDAK membuat sebarang pelaburan luar pesisir. 

Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua pihak kerana Malaysiakini telah memburukkan dan mencemarkan nama baik bapa saya dengan menggambarkan bahawa bapa saya terlibat dengan “wang haram”, “pengelakan cukai” dan “transaksi tidak sah” semata-mata untuk memberikan kelebihan kepada calon mereka di dalam pilihan raya yang akan datang.. Ini jelas menunjukkan sikap tidak beretika dan niat jahat Malaysiakini dengan memutarbelit fakta dalam pelaporan mereka yang seterusnya merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kelebihan politik.

Bapa saya memulakan perniagaannya pada tahun 1974 dan seterusnya menubuhkan Kumpulan RZA Sdn Bhd pada tahun 1979. Beliau membina perniagaan keluarga ini dengan penuh dedikasi, komitmen dan usaha yang gigih. Beliau juga telah membuat pilihan untuk mengagihkan harta dan pengurusan pelaburannya kepada semua ahli keluarga.

Pada Ogos 2007, SEBELUM saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, bapa saya telah membuat keputusan untuk mengagihkan saham RZA International Corporation kepada ibu, adik beradik, anak-anak arwah abang saya dan juga kepada saya. Ini menunjukkan bapa saya seorang ketua keluarga yang pemurah, penyayang serta konsisten dengan apa yang telah diusahakan selama ini dalam Kumpulan RZA Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, tidak ada satupun pelaburan luar pesisir yang dibuat dan pada Disember 2008 (SEBELUM saya menjadi Menteri), bapa saya telah mengarahkan agar RZA International Corporation ditutup. Secara rasminya, RZA International Corporation telah ditutup selepas arahan beliau. Untuk rekod, saya tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham untuk mana-mana syarikat luar pesisir yang lain.

3 comments:

  1. Astaghfirullahalazim...Berani perempuan ni fitnah bekas bos aku...keluarga RZA orang warak,bayar zakat,bayar income tax,business dah lama sebelum RNC jadi menteri lagi...Ko patut jaga bapak ko tu Izah...

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Ropahjamil atau penulis artikel blh tak keluarkan artikel mengenai kehidupan RNC dan keluarga nya. difahamkan beliau dtg dari keluarga yg warak. sbg panduan untk kita semua dan mengelakkan salah faham yg akan dikeluarkan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Raja Nong Chik patut saman saja Nurul Izzah dan MalaysiaKini.

    ReplyDelete